Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Buat adi-adik lepasan PMR

Adik-adikku... Akak tahu, semalam adik-adik semua baru dapat keputusan PMR,ada yang gembira. Tidak kurang ada yang berduka. Tapi ketahuilah adik-adikku.. Bagi yang mendapat keputusan cemerlang, tahniah akak ucapkan. Namun jangan dikau lupa untuk membelek kembali jauh ke sudut hati. Apakah nikmat yang Allah beri itu Allah beri dalam keadaan redha atau dalam keadaan murka? Sudahkah dikau melakukan sujud syukur atas kurniaan Allah? Sudahkah dikau meminta ampun lantaran betapa dosamu banyak menggunung tapi Allah tidak pernah putus mahu memberikan nikmat. Bagi adik-adik yang keputusannya kurang cemerlang, janganlah bersedih. Mungkin itu caranya Allah mentarbiyah hati. Allah tahu apa yang terbaik buatmu, sedang kita, manusia biasa yang tidak tahu apa maksud tersirat yang Allah beri... Jangan melihat semua peluang sudah tertutup. Hakikatnya apabila satu pintu tertutup, banyak lagi pintu yang boleh dibuka cuma kadangkala kita terlepas pandang kerana terlalu lama menghadap pint

Nota Untuk Hati

Duhai hati, apakah bukti kasih dan cintamu kepada Allah dan Rasulullah? Lupakah dikau hati... Lupakah dikau pada pengorbanan Asiah isteri Firaun, yang kekal beriman meski suaminya dimurkai Allah atau mungkin dikau terlupa hati... Pada pengorbanan Zainab-puteri Rasulullah, yang rela meninggalkan suami tercinta yang masih belum beriman.... Lupakah duhai hati... Pada Bilal bin Rabah yang dihempapkan batu besar ke dadanya, namun bibir tetap terus-menerus mengeluarkan kalimah "ahad, ahad," Ya, pengorbanan itu hakikatnya manis bukan? Jika tidak masakan golongan ansar sanggup berkorban segala-galanya untuk golongan muhajirin yang tidak pernah mereka kenali. Jika tidak, masakan saidina Ali rela berkorban dengan tidur di tempat Rasulullah untuk mengelirukan musuh dan masakan para sahabat rela berkorban segala-galanya demi Islam jika pengorbanan itu pahit. Duhai hati, sedarlah dikau,Allah sentiasa bersama dan pengorbanan yang dilakukan sekarang pastinya membuahkan manis di pe

Nikmatnya Bercinta...

Indahnya cinta itu, Jika cinta itu cintakan Allah... Buku Travelog Dakwah Meniti Hari Esok karangan Muhd Kamil Ibrahim ana tutup. Nafas ditarik sedalam-dalamnya, titis-titis air jernih yang kian bertakung di kelopak mata elok dikesat. Sungguh, cerita-cerita di dalamnya menyentuh hari ana,hati ana yang amat merindui suasana itu... suasana yang diselubungi dengan iman dan amal.... Tahajud pengubat hati nan lara Jika hati kita sakit, maka tahajudlah pengubatnya. Jika hati kita letih, maka tahajudlah pengubatnya. Jika hati kita malas, maka tahajudlah pengubatnya. Umpama set bijiran sihat, dalam tahajud mengandungi 'pelbagai vitamin' untuk menyihatkan hati. Jika hati sihat, maka badan pun sihat. Jika hati sakit, badan terasa lemah dan tidak berdaya. Lantas, diri mudah menjadi berputus asa dan memandang segalanya pada sudut negatif. Nikmatnya bertahajud, sama seperti merasai nikmatnya kemanisan Iman. Jangan dilupa bahawa tahajud juga menjadi PENGUAT hati tatkala lemah.

Suci sekeping hati

Suci Sekeping Hati Sekeping hati dibawa berlari Jauh melalui jalanan sepi Jalan kebenaran indah terbentang Di depan matamu para pejuang Tapi jalan kebenaran Tak akan selamanya sunyi Ada ujian yang datang melanda Ada perangkap menunggu mangsa Akan kuatkah kaki yang melangkah Bila disapa duri yang menanti Akan kaburkah mata yang meratap Pada debu yang pastikan hinggap Mengharap senang dalam berjuang Bagai merindu rembulan di tengah siang Jalannya tak seindah sentuhan mata Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba  nasyid ni selalu mjadi lagu kegemaran ana dan kawan ana di KEM REMAJA BESTARI... sampai satu kem tau lagu tu sebab kumpulan ana suka memainkan nasyid tu.... menjadi usikkan jugak kadang2 dari rakan-rakan.... Satu kenangan yg tidak akan dilupakan....Selamanya kerana Allah...  “Tak apalah dik.. Akak tahu Allah sentiasa jaga Huda, lagipun akak tak perlu risau.. Huda kan selalu mengutamakan Allah dalam segala hal”   Huda tersenyum... Naemah mengesat air matanya, terh

dalam rindu ada pilu...dalam pilu tergambar kepuasan....

hampir seminggu ana dah keluar sekolah... smk agama nibong tebal... sekolah penuh tarbiyah.... yang mgajar ana erti kehidupan yg nyata dan tidak nyata.... untuk lebih mengenali bakat sendiri.... yang mjadikan diri ana ini makin berisi dgn ilmu yg disampaikan.... yg semakin berani utk tampil kehadapan utk mgemukakan pndapat.... tidak bermakna pilu itu sesuatu yg myedihkan.... tapi ana puas.... ilmu yang diperolehi tidak akan ana sia-siakan.... terima kasih semua.... semoga apa yg berlaku penuh dgn barakah dan hikmah... ini bukan lah pengakhiran utk ana terus bersama smk agama nibong tebal.... insyaAllah....  

Hukum Bulu kucing

menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yg t'tanggal dri bdnnya adalah najis... bkn kucing je tapi semua binatang yg tak boleh makan...sma ada hidup@tlh mati... menurut Hanafi dan Maliki adalah suci... binatang yg tidak halal dimakan dagingnya... antaranya kucing,monyet,musang dan sebagainya... kalau bulu yg tertanggal dah jadi najis...demikian pula dgn anggota yg lain jika bercerai daripada binatang tersebut adalah dikira bangkai...(mughni al-muhtaj, kitab al-taharah, bab al-najasah, jil. 1, hlm. 115) hubungan dengan solat... menuru hukum syarak, syarat sah solat itu hendaklah bersih drpd sgala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tmpt smbahyang... oleh sebab itu, jika terdapat bulu binatang yg dhukumkan najis pada pakaian@badan maka sembahyang tidak sah kerana menanggung sesuatu yg najis....kecuali bulu yg najis itu sedikit, sprti sehelai @ 2 helai...melainkan bulu anjing dan babi walaupun sedikit tetap dikira najis....(al-fiqh al-islami wa adillatuh,

BINGKISAN RINDU...

l agu di ana kenal tahun lepas dari seorang sahabat ana.... dia bagi dekat masa dia nak pindah.... seorang sahabat yang sangat ana sayang dan terlalu cinta.... hanya Allah yang tahu... biNgKisAn riNdu Antara kita tiada rahsia Susah dan senang tetap bersama Terpatri namamu Kau takkan kulupa Sudah bertahun lama Kita tidak lagi bersua Hanya tinggal kenangan Yang tak mungkin kita lupa Kirimkan khabar selalu Seiringan hembusan bayu Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu Pantas masa berlalu Meninggalkan kita semua Tanpa disedari bertambahlah usia kita Potret lama masih kusimpan Kubingkaikan kenangan Hingga terkadangku Tersenyum sendirian Oh perjalanan kita masih jauh Jalanan berliku akan kita tempuh Imbaslah kenangan semalam jadi azimat Penguat semangat menempuh masa hadapan Harapanku kau kan bahagia selalu Padaku engkau penghibur duka Pengubat hati resah kecewa Dikala malamku kau bawa cahaya Antara kita tiada rahsia Susah dan senang tetap bersama Terpatri na

Senyum

Ending kumpulan nasyid ana tahun lps.... senyum seindah suria.. yang membawa cahaya.. senyumlah dari hati... duniamu berseri.. senyum umpama titian dalam kehudupan... kau tersenyum... ku tersenyum... kemesraan menguntum... senyum... kepada semua... senyum mu amatlah berharga... senyum.. membahagiakan... dengan senyuman terjalinlah....... ikatan...

jaga aurat anda ye...

Semasa ana ke KEM tahun lps.... “Kak nene, kenapa pakai tudung dalam rumah?” Seorg junior itu bertanya ramah. Mata beningnya menusuk ke dalam hati. Suasana di asrama yang hingar-bingar pada ketika itu tidak lagi menjadi perhatian ana. Persoalannya merentap jiwa. Ligat otak ana berfikir untuk menterjemah kata ke dalam perkataan yang paling mudah sekali buat si dia itu, tapi entah kenapa fikiran ana seolah-olah buntu. Ana diam seribu bahasa, sesekali mengukir senyuman buatnya. Tangan ana mengusap-usap rambutnya yang lembut. Dalam hati tidak putus berdoa, agar dia memahaminya suatu hari nanti... Rukhsah Aurat “Enti, takkanlah nak buat kerja semua kena pakai tudung labuh-labuh, susahlah nak buat kerja. Takkan cuci pinggan nak kena pakai handsock, habis basah. Takkan nak pergi mencuci lantai pun pakai stokin?” Jangan bimbang. Allah itu tidak zalim dan tidak pernah membebani hambaNya. Buktinya? Allah membenarkan solat qasar dan jama' atau juga dikenali dengan rukhsah solat (ke

Ana sayang mereka

Ada orang berkawan tatkala suka, Ada yang bersama ketika susah, Dan aku... Berasa sangat bertuah, Kerana dikurniakan kawan tatkala suka dan susah.. Ini bukan sebuah tazkirah. Bukan jua sebuah cerpen. Cuma, sekadar luahan hati jua ekspresi sayang kepada sahabat seperjuangan.. "Dinie, kenapa nak pergi..." Satu-satu wajah sahibah ana tatap penuh sayu. Perasaan sayang yang menjalar sekian lama membuatkan kaki ana berat untuk melangkah pergi. Terkenang semula segala onak dan duri yang pernah dilalui bersama. Mereka menghulur tangan tatkala ana jatuh. Mereka mengesat air mata duka ana. Mereka menggenggam erat tangan ana tatkala ana mahu tersungkur lemah. Sungguh, ana terlalu mencintai mereka. Tangan didepangkan. Ana mendakap lagi satu-satu sahibah penuh erat.. Kaki melangkah pergi, tapi hati tetap tertinggal di situ... Salam kwn2, thx.. syg kamu kerana Allah Ana menaip SMS itu ketika diri sudah pun berada di dalam kereta. Rasa rindu tidak terperi. Seorang sah

Buat insan bergelar..Adam...

Perempuan Sombong! Jika itulah gelaran yang dikau berikan, Maka aku menerima dengan redha, Apalah lagi diri yang hina ini mampu berbuat? Apakah layak untukku mengatakan, “Berhenti! Jangan menganggapku begitu” Perempuan Sombong! Jika itulah tafsiranmu padaku, Maka teruskanlah, Apalah lagi yang mampu aku lakukan, Selain berdiam dan berdoa, Agar Allah merahmatimu sentiasa, Perempuan Sombong! Tidak tahu bersosial dan perasan bagus, JIka itu yang terkeluar dari mulutmu, Maka aku hanya mampu tersenyum hambar, Meski di dalam hati berselimut duka… Duhai insan yang bergelar Adam.. Ketahuilah hakikat yang tersurat, Aku ini adalah Hawa yang dicipta dari tulang rusuk yang bengkok, Diutus ke dunia sebagai perhiasan matamu, Setiap saat diriku mampu menjadi fitnah dunia, Setiap saat ku berjalan, Mengharap pada redhaNya yang satu.. Aku bukan insan sempurna, Bukan jua insan maksum yang tak punya dosa, Dosaku menggunung tinggi, Dalam keterbatasanku menjaga syariat, Terkadang aku tersungkur

Sahabat,berjanjilah!!

  Puas ana menghadap laptop. Lama. Ana seolah-olah buntu mahu menaip apa.. Butang 'new post' ditekan, namun di hadapan ana hanyalah satu skrin putih yang ana tidak tahu apa mahu dicoretkan. kosong. Cuma, entah kenapa.. Ana terasa mahu membelai lagi jiwa sahabat.. Tidak ada dalil yang ana ingin persembahkan. Hanya cerita keimanan, semoga ia mampu meresap jauh ke relung hati dan membangkitkan keimanan dalam diri.. Sahabat... Saban hari yang kita lalui penuh dosa dan noda. Terkadang kemaksiatan yang kita lakukan seolah-olah kabur dari pandangan mata dan hati kerana kita sudah terbiasa dengan kemaksiatan itu. Terkadang kita sedar dosa yang dilakukan tapi kita terlalu ego dengan Allah, kita mengenepikan dosa.... Seolah-olah kita kebal dari seksa dan azab neraka. Tapi.... Allah masih lagi bersabar, Allah memberi kita waktu untuk bertaubat.. Allah sentiasa ada untuk membantu waktu kita dalam kesusahan, waktu kita mengangkat tangan dan berdoa, Allah masih lagi mendengar deng

Senyumlah..Bahagia Di Hadapan..

Kita ada banyak sebab untuk takbur, tapi Allah beri kita kekurangan agar kita sedar kita manusia tidak sempurna, yang sempurna...yang hebat hanyalah Allah. Ana mulakan kalam dengan ayat daripada sahibah ana yang amat ana cintai dan kasihi. Manusia.... punya banyak sebab untuk takbur. Lihat sahaja betapa banyak nikmat yang telah Allah beri dengan percuma, bertimbun-timbun sehingga kita tidak sedar, bahawa semua itu datangnya dari Allah. Tapi... Tapi Allah juga beri musibah, beri dugaan dan ujian, terkadang satu nikmatnya ditarik. Kita cepat pula melatah, mengutuk dan menyalahkan Allah, sedangkan Allah mahu kita sedar bahawa kita tidak sempurna, Allah mahu kita kembali mengingati diri yang kian alpa ditelan arus duniawi. Tapi...Kita masih lagi tidak sedar bahawa Allah amat sayangkan kita.. Dengan penuh kasih sayang, Allah berfirman dalam sebuah hadith Qudsi ; Jika hambaKu datang dalam keadaan berjalan padaKu, Aku akan datang dalam keadaan berlari kepadanya. Allah... lekan

salam ukhuwah

Pertama kali ana mencoret di blog.. selama ni asyik membaca orang punya aja.. rasa tertarik mula dari kawan ana Syafawani Jamil , Fathiah Raihana,Basyir Burhanuddin,Muhammad Syahmi ,Mustaqim.. Semoga dari sini bermula ukhuwah kita...InsyaAllah UKHWAH yg kita bina biarlah seprti seutas tasbih.. ada awal dan tiada penghujung.. dicipta untuk mengingati-Nya... dicantum dengan cinta-Nya... diratib demi redha-Nya... Salam Ukhuwah fillah abadan abada...