Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Faridah jadi aspirasi pelajar ACCA, perakaunan UiTM

Date: 29 Nov 2004 Publication: Berita Harian PROFESOR Madya Faridah Ahmad adalah salah seorang ahli ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) yang mengambil keputusan untuk memberi sumbangan melalui pendidikan. Kini, setelah memiliki pengalaman luas di dalam dan luar negara, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Perakaunan, di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Sejarah beliau dengan ACCA bermula selepas menamatkan pengajian sekolah menengahnya pada 1970-an. Faridah kemudian mengambil kursus Diploma Perakaunan di UiTM pada 1972. Tiga tahun kemudian, Faridah dengan berbekalkan sijil diploma memulakan kerjayanya dalam industri kewangan dan perakaunan. Dengan semangat dan daya usaha tinggi, Faridah mempelajari teori perakaunan, kewangan sehingga beliau mampu memegang jawatan lebih tinggi. Namun, untuk menjadikan beliau lebih berjaya di bidang perakaunan, beliau perlu kelayakan profesional. Atas keperluan itulah, Faridah m

TELITILAH MENILAI

Khalifah Islam yang terkenal, Sayidina Umar al-Khattab memang sangat teliti dalam meletakkan kaedah yang betul untuk mengenali keperibadian seseorang. Suatu hari, beliau  didatangi lelaki yang menjadi saksi bagi pihak seorang yang lain (tertuduh). Umar bertanya : Adakah kamu mengenali orang ini? Dijawab : Ya! Umar bertanya lagi : Adakah kamu jirannya yang mengenali selok-belok kehidupannya? Dijawab : Tidak! Umar bertanya : Adakah kamu pernah bermuamalah dengannya melalui wang sehingga kamu boleh mengukur sifat warak yang ada dalam diri orang itu? Dijawab : Tidak! Umar bertanya : Adakah kamu berkawan dengannya semasa belajar sehingga kamu tahu kemuliaan dan kelebihan akhlaknya? Dijawab : Tidak! Umar bertanya : Adakah kamu sentiasa melihatnya dalam masjid bersembahyang, kadangkala mengangkat kepalanya untuk berdoa dan kadangkala menunduk khusyuk? Dijawab : Ya! Umar langsung menghalau lelaki itu sambil berkata : Kamu memang tidak mengenalinya! Dem

PERMATA YANG DICARI (:

Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirinya bukan untukku Redha hatiku dengan ketentuan-Mu Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu p/s : haaa...nasyid ni? emm.... hayati okay, special dedicate to all of you, act lagu ni start dgr balik lepas baca novel ni 'CINTA KONTRAK' by nutul ain syuhada (: nak cari? cari2...ehehe...okay semua...jom layan sudu & garfu TV3 ^_^V

ISTHIKARAH CINTA

Bersaksi cinta diatas cinta Dalam alunan tasbih ku ini Menerka hati yang tersembunyi Berteman dimalam sunyi penuh do'a Sebut nama Mu terukir merdu Tertulis dalam sajadah cinta Tetapkan pilihan sebagai teman Kekal abadi hingga akhir zaman Istikharah cinta memanggilku Memohon petunjukmu satu nama teman setia Naluriku berkata Dipenantian luahan rasa Teguh satu pilihan Pemenuh separuh nafasku Dalam mahabbah rindu diistikharah cinta.. p/s : emmm....sebab apa poat lagu ni....saja nak share dah lama tak share note...lagu first yg dinie tau dari intan nur alia...ehehe :D thanks Intan, song with meaningful lyrics :D enjoy dan hayati ye korang....dinie tag note ni random (:

SEBUAH RENUNGAN YANG BERMAKNA BAGI DIRIKU DAN KALIAN SEMUA (:

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya... Kerana Allah teramat mencintainya... tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, Di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang ebih byk mengecewakan kita " "Jika Allah mendatangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya... Mengapa masih ragu-ragu? "Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan.... "Sebesar-besar dosaadalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya " ~IMAM GHAZALI~ p/s : ukhti, aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan, dari melihat kamu gembira dalam kelalaian, ukhti, aku bangga mendengar tangisanmukerana pengorbanan.... dari melihat tawamu dalam pengkhianatan... aku bangga anda

HAKIKAT BAHAGIA

Hakikat Bahagia Album : See You D IPT Munsyid : Unic http://liriknasyid.com Bahagia itu dari dalam diri Kesannya zahir rupanya maknawi Terpendam bagai permata di dasar hati Bahagia itu ada pada hati Bertakhta di kerajaan diri Terbenam bagai mutiara di lautan nurani Bahagia itu ada di jiwa Mahkota di singgahsana rasa Bahagia itu adalah suatu ketenangan Bila susah tiada gelisah Bila miskin syukur pada Tuhan Bila sakit tiada resah di jiwa Bukankah Tuhan telah berfirman Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang C/O : Kebahagiaan itu suatu kesyukuran Bila kaya jadi insan pemurah Bila berkuasa amanah Bila berjaya tidak alpa Bila sihat tidak lupakan Tuhan Hakikatnya bahagia itu Adalah ketenangan Bila hati mengingati Tuhan Semua insan kan mengerti Maksud terseni Ilahi Itulah zikir yang hakiki p/s : my favourite song ! heehe ^___^ hayatilah byk makna yang tersurat :) kawan2 doakan saya dan kawan2 yg lain semoga berjaya dlm final yg lep

ISTIMEWA :)

Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaanNya.. Maka jadilah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah, jihad di jalan Allah... Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang... Cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang... Jadikanlah dirimu gadis manis yang tidak pernah kalah dengan redup panahan mata adam... Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah bertintakan darah dan air mata perjuangan, ditits atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk mejahadah menuju Tuhan.. Salam rindu dan Mujahadah... p/s : post kali ini khusus buat semua kawan2 perempuan di FB ni... kepada senior, junior, kawan2 1 batch, family... maaf kepada siapa yg tak di'tag' sbb ruang tag hanya utk 30 org... but ini semua untuk korang :) doakan dan dinie dan kawan2 yg lain yg sedang menduduki final ye :)

KERELAAN HATI KITA :)

Iringi setiap langkah kakimu dengan hati yang berani... Tabah dalam mengharungi segala pahit getir dalam perjuangan mencapai keredhaan Allah... Ukirlah senyuman dibibirmu meskipun hatimu sakit dipanah ujian... sampaikanlah segala pengharapanmu dalam doa yang tulus dari hatimu, ketahuilah.... sesungguhnya Allah sentiasa menyayangimu... Walaupun berat mana cabaran yang dibekalkan padamu, takpernah sedetik pun dari masa berlalu Dia meninggalkanmu, kerana itulah tandanya Dia merindui dan mencintaimu... Barakullahu fik :) p/s : apa pun yang hadir dalam hidup kita ketahuilah ianya adalah takdir yg telah ditetaplan, jangan salahkan takdir... ia bersamaan kita menyalahkan pencipta takdir tersebut.... apa pun yang jadi 'please' peringatan utk diri ini dan kalian YNWA... ada beberapa nasyid utk kalian...hayatilah setiap bait2 liriknya.... dengan makna yang mendalam yang sangat bermakna bagi diriku ini... yang sentiasa menjadi penguat tatkala diri ini hampir rebah dan te

singgah-singgah..!! 5minit je..!! :D

sahabatku... tika hatimu gundah, antara kecintaan hatimu dan redha Tuhanmu, ku ingin sekali kau mengerti... sesungguhnya apa yang diredhaiNya, pastinya yang terbaik untuk dirimu... duhai sahabat, jika kau meninggalkan sesuatu yang kau cintai hanya untuk Tuhanmu, pasti Dia akan mengantikan untukmu sesuatu yang jauh lebih baik dari itu... percayakah kau pada janji-janjiNya ?? tunggulah sahabatku, janjiNya pasti akan datang...hanya Dia yang Maha Mengetahui, betapa keranaNya kau korbankan hidupmu (: p/s : fuhh...baru update blog...tapi mcm biasa draft dulu...hehe (: act baru terbaca kawan punya note fb.. terdetik dihati untuk berkongsi dengan kata-kata ini... seriously ini yg dinie pgg sampai hari ni... YNWA (hah..!! jangan ingat liverpool je okay..hehe^^ ) He's always by your side...percayalah... okay 2 down 3 left...hehe next paper MAT112, FAR100, AIS130 :) *comment2 anda akan dilayan... please note something here to share with others :) sharing is caring..! Am

test final exam quiz carrymark

assalamualaikum, lama dah tak update.. sebenarnya update je cuma byk je dalam draft belum di publish..hehe (: okay utk masa yg terdekat ni semua sibuk siapkan assignment dari lecture, test and quiz yg tak jemu menjengah hari kami... masing2 pegang buku kegemaran masing2 haha... test FAR100, presentation AIS130 selesai semalam (: *carrymark mat112 selasa ni okay, bel120 ...okay nanti dinie update lagi lepas balik dari annual camp (: doakan dinie dan kawan-kawan disini dapat pointer tinggi, kepada bdk2 DIA jersi korang yg tak dapat nanti dinie usahakan tanya DAIS..

CINTA SEJATI AIMAN DAN SYAHIRAH

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadiny

SALAM RAMADHAN :)

ASSALAMUALAIKUM, KAIFAHALUKA/KI? SIHAT SEMUA? salam ramadhan moga ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelum ni... semoga pada tahun ini kita sempat menghabiskan bulan ramadhan dengan sebaiknya... Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain. Amat banyak kelebihan bulan Ramadhan yang kesemuanya insya Allah akan kita bentangkan satu persatu dalam risalah kecil ini. p/s : alhamdulillah test FAR100 dan AIS130 hari tu :)

test??

assalamualaikum semua :) okay, selepas balik cuti ni... tibalah minggu TEST... okay 1 test dah lepas..ada lagi 3 test... sabtu ni dah start training :))) itu je buat masa ni... p/s : doakan dinie dan semua budak2 fakulti perakaunan uitm perlis dapat menjawab test ahad ni, test FAR100 and AIS130 dengan baik..jazakallah..jumpa lagi ye :))

TAQWA

Keutamaan taqwa, pakaian orang-orang yang begitu hampir rohani dan jasmaninya terhadap Allah dijelaskan dalam Al-Quran al Karim menerusi Firman-Nya dalam surah Al-Hujurat ayat 13 “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. Daripada ayat ini, kita sebagai insan yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan bumi Allah ini, seharusnya berusaha untuk mengabdikan jiwa raga terhadap keEsaanNya, melaksanakan amalan soleh dan kebajikan setiap ketika serta menjauhi segala laranganNya. Dalam kata lain, insan muslim mu’min seharusnya mendidik diri, keluarga dan masyarakat mengusahakan segala yang perlu untuk menegakkan kalimah Tauhid, mendokong syariat atau

ACD1Da ---> 1+ 1 TAK SEMESTINYA 2 (^_^)

GAMBAR KORPORAT ACD1Da P/S : nice toknow all of you =)

bertaubat dan istighfar

SENTIASA BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR "DARIPADA ABU HURAIRAH BAHAWA RASULULLAH S.A.W. BERSABDA YANG BERMAKSUD : "SESUNGGUHNYA ALLAH BERFIRMAN :  'AKU BERSAMA HAMBA-KU SELAGI MANA IA MENGINGATI-KU DAN KEDUA-DUA BIBIRNYA BERGERAK (UNTUK BERZIKIR). " (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah) p/s : mudahkan, namun senangkah kita untuk mengamalkannya? tepuk dada tanya iman, walaupun terjatuh jangan la kita mengungkapkan kata-kata yang dusta, sematkanlah bibir kita dengan alunan yang baik-baik, biasakan dengan mengungkapkan perkara yang baik2 dan insyaAllah bila kita dah terbiasa kita akan dapat mengamalkan...kalau sakit pun ingatlah itu salah satu kafarah dari dosa dan cara Allah menguji kita...betulkan jika saya salah (^___^) ilmu..iman..amal. .mempelajari ilmu...maka berimanlah dengannya..akhirnya beramallah dengan sebaiknya...bak kata perpatah, ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah =)
assalamualaikum nice to meet all of you... setelah sekian lama saya kembali.. sangat rindu kepada anda semua... bila dah jadi mahasiswi mcm ni la... busy sangat.. mcm2 kerja... ok skrg ni dekat lab 8..kelas AIS130 ada masa ni kejap je la... cuti mid year ni dinie cerita mcm2 ye... byk pgalaman yang dinie dapat dekat sini... ok jumpa nanti ye... ok semua sir dah nak mula... jumpa lagi... =) p/s : malam ni ada meeting dgn exco part 1 PERSIDA...esok ada AGM PERSIDA...nak tau PERSIDA tu apa nanti dinie cerita lagi ye...doakan dinie untuk test yang akan datang ni,...see you then =)

JAUHI HASAD DENGKI

Dalam dunia penuh pancaroba, Nikmat Allah tidak terkira, Namun mengapa manusia masih bermusuhan? "Alah, dia tu bukannya baik sangat" "Macamlah bagus sangat" Banyak ikan, banyak garam. Banyak orang, banyak ragam. Dunia dan Perhiasannya Demi Allah, dunia ini penuh dengan perhiasan, ibarat syurga bagi mereka yang kufur tetapi dipandang sebagai penjara oleh mereka yang hatinya dihias dengan iman. Dunia yang kelihatan cantik pada luaran, seringkali memberi satu impak ke dalam hati-hati manusia yang diberi nafsu oleh-Nya. Bagi yang bijak mengawalnya, insyaAllah nafsu berjaya ditundukkan tetapi bagi yang tidak berjaya, nafsu akan terus bergelora dan timbul pula satu perasaan hasad dan dengki, di mana pengakhirannya adalah kemusnahan. "Hei dalam nasi ni ada cicak!!!" Jerit seorang pelanggan di sebuah restoran yang terkenal dengan kesedapan makanannya. Di raut wajahnya, terukit satu senyuman kepuasan lantaran ramai pengunjung di situ me

motivAsi diRi

Kita selalu mengeluh tatkala ujian menimpa kita. Kita merasakan kitalah yg paling malang. Hanya dibibir mengaku bahawa Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa dgn takdirNya yg satu ini kita enggan menerimanya+meredhoinya, semacam kita terlupa bahawa beratnya ujian dan hebatnya cabaran itu berkadar terus dgn kuatnya Iman kita. LA HAWLAWALAQUWWATAILLA BILLAHIL'ALIYYIL'AZIM.

titipan doa buat yg dirindui...

wahai pemilik nyawaku betapa lemah diriku ini berat ujian dariMu Tuhan...baru ku sedar indah nikmat sehat itu tak pandai aku bersyukur kini kuharapkan cintaMu kata-kata cinta terucap indah mengalun zikir di kidung doaku sakit yg kurasa biar mjadi penawar dosaku butir-butir cinta air mataku teringat semua yg Kau berikan untukku ampuni khilaf dan salah selama ini ya Ilahi MUHASABAH CINTAKU tuhan...kuatkan aku lindungiku dari putus asa jika aku harus mati pertemukan aku denganMu ~salam ukhuwah buat semua ^_^~

10 jenis solat yang tidak diterima oleh Allah.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solatnya,maka solat itu sebagai cahaya baginya,petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solatnya ,maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya,dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."(Tabyinul Mahaarim) Rasulullah SAW telah bersabda bahwa:"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT,antaranya: 1.Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 2.Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat 3.Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 4.Orang lelaki yangmelarikan diri. 5.Orang lelaki yang meminum arak tanpa mahu meninggalkannya. 6.Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 7.Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 8.Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 9.Orang-orang yang suka makan riba. 10.Orang yang solatnya tidak

SIAPA DI HATI KITA??

Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. “Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” “Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.” “Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya,” desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji. “Kalau begitu, di mana ALLAH?” ujar budak itu. Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya p/s : renung-renungkan & ambil ikhtibar ^_^

KEM PENGENALAN TARBIYYAH ISLAMIYAH II

YEAH KEMBALI DGN SEASON II ^_^V third- KITA SAUDARA tepat 6.50 petang semua berkumpul... huhu...penuh lif nak turun bawah... kami jalan kaki je ke masjid yg dimaksudkan pada post yg lepas... muslimin dah sampai dulu kot sebab blok hotel diorang paling dekat dengan masjid... azan berkumandang...maka masuklah waktu solat maghrib.. kami solat berjemaah maghrib dan masing-masing solat sunat selepas maghrib... slot malam itu di isi dengan ceramah ringkas tapi padat dengan fakta,pengajaran dan dalil oleh imam masjid berkenaan.. perbincangan menjadi panjang...apabila 8 mikrofon yg diedarkan kepada peserta...4 muslimin 4 muslimat.. maka berlakulah perbincangan soal jawab pada malam itu... saya juga tidak melepaskan peluang apabila mikrofon itu dipas kepada saya... biasalah bila 300 orang nak bercakap macam-macam yang ingin ditanya... cuma rasa kagum itu timbul bila suasana masjid tidak riuh dengan suara peserta untuk bersembang kosong... cuma kedengaran suara penyoal dan penjaw

KEM PENGENALAN TARBIYYAH ISLAMIYAH I

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera... i'm back...hehe ^_^ dah lama post ni diperam dlm draft... kini saya published ye... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ nak cerita apa ye? emm... KEM PENGENALAN TARBIYYAH ISLAMIYAH saya menyertai kem ini melalui kawan-kawan... bukan bawah program sekolah tapi program sebuah organisasi.. sepanjang darjah 1 sehinggalah tingkatan 5... kem ini mendapat tempat ke-2 di hati...hehe ^_^ syok ke? jom teroka..!! ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ program ini berlangsung selama 5 hari 4 malam... menempatkan hampir 300 org peserta seluruh semenanjung... sampai je situ..waaa...nga..nga la..ramai sgt..hehe ^_^ tak terkecuali sabah & sarawak... program 5 hari? waa.lama tu buat apa ye... emm...ok nak mula yg mana satu ni...saya skip2 ye boleh? ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ TALIAN UKHUWAH - selalunya lebih dikenali dgn sesi 'ice breaking' atau taaruf mcm biasa bila baru sampai mestilah kena kenal2 dulu... kena tubuhkan kumpulan... satu slot yg mmg tak boleh lupa...a