Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

~assalamualaikum@as salam@salam@akum@semekom~

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya?? Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) baik gunakan,,, ASSALAMUALAIKUM  atau  ASSALAMUALAIKUM WARAHMATU ... LLAH HIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio  ikim (91.50 fm) . Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum”  dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu  “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”  Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan -  “Assalamualaikum” dan…Jawab salam -  “Waalaikumussalam warahm

iQra...kejayaAn...doA....

assalamualaikum.... apa khabar semua?? sihat?? iman ok??? post kali ni bukan cerpen...bukan juga ceramah....tapi insyaAllah santapan rohani buat semua..... **************************** IQRA' TERAS KEJAYAAN.... masa ni ada motivasi utk pelajar f4 dan f2 sekolah ana....form lain dikecualikan utk study.... tapi ana dan sahibah2 f5 turun padang jugak....tak semua la cuma geng2 study surau je yg ada.... sbb motivasi di surau sekolah....rugi pulak kalau tak pegi....dengan kebenaran semua kami pun duduk la sekali....putera ana tak pasti la.... ***************************** permulaan yg mmg semangat oleh pensyarah dari matrikulasi Kedah...kalau ana tak silap Changlun... alunan ayat suci Al-Quran iaitu surah Al-Fatihah sbgai pmbuka tirai majlis....surau sunyi...sambil menghayati maksud setiap ayat....Ya Allah...itu lah bacaan kita dalam mlakukan ibadah fardu... diikuti alunan zikir2 ringkas dari pelajar2 mengamit perasaan...MasyaALLAH....sgt indah... ******************************

Doa-Doa Indah

Alhamdulillah berjodoh dengan artikel ini, doa-doa yang indah menyentuh sekali..Subhanallah..Alhamdulillah Wallahuakbar. Semoga bermanfat untuk sahabat-sahabat semua. Doa-Doa Rasulullah Doa adalah ibadah yang sangat agung, yang tidak boleh dipalingkan kepada selain Allah Subhanahu wata’ala. Hakikat doa adalah menunjukkan ketergantungan kita kepada Allah Ta’ala dan berlepas diri dari daya dan upaya makhluk. Doa merupakan tanda Ubudiyah (penghambaan diri secara totalitas kepada Allah Ta’ala). Doa juga merupakan lambang kelemahan manusia. Di dalam ibadah doa terkandung pujian terhadap Allah Ta’ala. Disamping itu terkandung juga sifat penyantun dan pemurah bagi Allah Ta’ala. Oleh sebab itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “ Doa itu adalah ibadah.” (HR. Tirmidzi) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang banyak berdoa, memohon dan menunjukkan ketergantungan kepada Allah Subhanahu wata’ala. Beliau sangat menyukai kalimat-kalimat yang ringkas

Ada apa dengan BISMILLAH......

Bismillahhirrahmanirrahim... Basmalah; Bagian Awal Dari Setiap Surah Atau Berdiri Sendiri ? Para sahabat yang mengumpulkan Al Qur’an dalam satu mushhaf mengawali Kitabullah dengan Bismillahirrahmanirrahim. Kalimat ini dijadikan sebagai ayat pembuka Al Qur’an. Para ulama juga bersepakat bahwa kalimat ini juga adalah sebagian ayat dari surah An Naml ; Ø¥ِÙ†َّÙ‡ُ Ù…ِÙ†ْ سُÙ„َÙŠْÙ…َانَ ÙˆَØ¥ِÙ†َّÙ‡ُ بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ “Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi) nya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” (An Naml : 30) Lalu kemudian mereka berbeda pendapat ; apakah basmalah adalah ayat yang berdiri sendiri di awal setiap surah, atau apakah ia termasuk bagian dari setiap surah ? Pendapat-pendapat itu dapat disimpulkan sebagai berikut : 1. Basmalah adalah merupakan ayat dari setiap surah kecuali surah At Taubah (Bara’ah). Pendapat ini diriwayatkan dari Ibn ‘Abbas, Ibn ‘Umar, Ibn Az Zubair, Abu Hurairah, ‘Ali ibn Abi Tha

Doa Keikhlasan....

assalamalaikum... hurmm...lama ana tak update blog.... kerana ana terlibat dgn sesuatu dan lepas ni pun sama..... dalam kekalutan ni ana dah kumpul tajuk2 utk blog... insyaAllah ana akan smpikan.... moga2 entry kali ni mberi info kpada semua.... **************************** ikhlas apa ye?? ada nak explain.... mula kan entry saya ye... "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada menyekutukan Engkau pada hal aku mengetahui dan aku memohon keampunan Engkau (daripada myekutukan Engkau dgn sesuatu) yg tidak aku ketahui.... ****** BEBERAPA PENGAJARAN DOA ****** Orang yg riya' dan sum'ah sebenarnya myekutukan Allah (syirik) krana dia melaksanakan sesuatu ibadah utk org lain selain Allah...rasulullah SAW pernah menegaskan, "Mahukah aku khabarkan kpada kalian dengan sesuatu yg lebih aku bimbangi ke atas kalian daripada al-Masih al-Dajjal?" Para sahabat berkata,"sudah tentu!" Maka Rasululah mjawab , "(Ia adalah) s

SALAM PERKENALAN

Nama asal: Azazil Nama baru: Iblis LAKNATULLAH Nama glamor: Hantu,syaitan,pelesit,jembalang kuntilanak, dll.. Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam A.S Status Diri: Fasik kelas pertama Agama : Kufur Tempat tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai Alamat Tetap : Neraka Jahannam Kawasan : Di sekitar penjuru yang di dalamnya tiada langsung usaha mengingati Allah Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang-bengkok Isteri : Setiap wanita yang tidak menutupi aurat,tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya. Kaum Kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah Modal Pusingan : Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus Tempat Pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli Musuh Ketat : Setiap orang yang beriman dan bertakwa Sahabat Karib : Anak-anak Adam Motto Kerja : ‘Hipokrasi asas akhlak’ Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah,menggoda manusia lalu menyesatkannya Cita-cita : Supaya semua makhluk di

..SURAT SEORANG LELAKI UNTUK 'FUTURE WIFE'..

Kehadapan my future wife(s) I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju. So, wahai my future wife(s) I don't know who the hell are you and I have no idea where you are ri...ght now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun. I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem. Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Mal

Bagaimana Menyakinkan Diri bahawa Allah Akan memakbulkan Doa...

Firman Allah taala bermaksud : Berdoalah kamu kepadaku, nescaya akan aku perkenankan bagimu (surah Ghafir ayat 60) tu pndapat aku...ok...ada 10 faktor yg masyhur oleh Ibrahim bin Adham... faktor sebab2 doa di tolak... 1.kamu mgenal allah taala,ttapi tidak tunaikan hak-Nya 2.kamu menyangka cinta akan nabi,tapi tinggalkan sunnahnya... 3.kamu mbaca al-quran,tapi kamu tdak beramal dgnnya 4.kamu nikmati nikmat allah,tapi tidak tunaikan rasa syukur.. 5.kamu kata syaitan musuhmu, tapi kamu tidak menentangnya... 6.kamu kata syurga itu benar ... ,tapi kamu tidak beramal utknya... 7.kamu kata neraka itu benar, tapi kamu tidak lari darinya... 8.kamu kata mati itu benar, tapi kamu tak bersedia baginya... 9.kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia sehingga kamu lupa keaiban sendiri.... 10.kamu kebumikan mayat2 manusia tapi tidak mgambil ikhtibar.... p/s : kepada sesiapa yg ingin mengemukakan pendapat dipersilakan.....

Asma Allah

nasyid kegemaran ana.... Allah...ana suka sgt2... jom la....dengar... sangat menenangkan hati.... allahuakhbar.... Rahim Karimun 'Adim 'Alimun Halim Hakimun Matin Mannan Rahmaanun Fattah Gaffarun Tawwab Razzaqun Syahid Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad Ya Muslimin shallu alayh Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad Ya Mu�minn shallu alayh Latif  Khabirun Sami� Basirun Jalil Raqibun Mujib Ghafuur Syakuurun Waduud Qayuumun Ra�uuf  Shabuurun Majid Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad Ya Muslimin sallu alayh Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad Ya Mu�mineen shallu alayh Allahu Akbar Allahu Akbar La ilaha illa hu Al Malikul Quddus Allahu Akbar Allahu Akbar Ya Rahmanul irham da�fana Allahu Akbar Allahu Akbar Ya Ghaffaru ighfir dhunubana Allahu Akbar Allahu Akbar Ya Sattaru ustur 'uyubana Allahu Akbar Allahu Akbar Ya Mu�izu a�izza ummatana Allahu Akbar Allahu Akbar Ya Mujibu a

Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan, Kecewa kehampaan, Mencalar ketabahan, Impian seringku harapkan menjadi kenyataan Namun tak kesampaian, Allah… Inginku hentikan langkah ini Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan Semangat tenggelam lemah daya, Haruskah aku mengelamun jiwa Ku berbisik inilah dugaan Dan langkahku kini terbuka Pada hikmah dugaan uji keimanan Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan Allah… Pimpini diriku, Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini Cekalkan hati dan semangatku Kurniakan ketabahan........ Agar mimpi jadi nyata.. padaMu ku meminta Dan ku mohon agung kudratMu Wahai Tuhan Yang Satu Segalanya dariMu

Tips/Panduan Zina Hati

Selagi dinamakan manusia,kita mpunyai perasaan suka mgasihi dan dikasihi. memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dgn berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. kerinduan kpda kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit myebabkan kelemahan hati. kita sebenarnya berperang dgn perasaan. namun,seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat mjauhi keluhan,kesedihan dan kerinduan ini..... Ibnu Qayyim ...memberikan terapi mujarab mgenai masalah rindu. Sebelum itu beliau mberikan sbb mgapa rasa rindu blebihan terjadi antaranya : hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kpda Allah sebaliknya mbiarkan mata meliar. pandangan dan renungan mata adalah jalan mbawa kpada kesedihan dan keresahan... Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud : "Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panas iblis." Setiap pyakkit ada ubatnya. ubat yg terbaik adalah meneguk daripada pgajaran al-Quran seprti firman ALLAH yg bmaksud : "Demikia

Keajaiban Azan-Halaqah

1) Betha-otak kira(fikir)....13-29Hz-90% pduduk bumi dalam keadaan ini...nakal,jahat,stress 2)Alpha- 8-12Hz....santai relaks... 3)Tetha- 4-7Hz...rehat,tidur2 ayam...azan dalam situasi ni... 4)Detha- 1-3Hz...tidur nyenyak tanpa mimpi.. *bila azan gelombang bumi akan menurun.... isra'&mikraj - Rasulullah diperdengarkan azan di langit yg ke-7... PENTING - masa azan jangan bercakap masa azan... BILAL BIN RABBAH -sej peradaban ummah.. -muazzin -7 terawal memeluk islam... -berkulit hitam, suara merdu, bukan luaran cantik tapi dalaman cantik... Kata2 Saidina Umar - Aku cukup terkilan bila aku tak dengar kalimah dari Bilal... Apabila Saidina Abu Bakar azan... Umar berkata lagi...Aku teringin dengar Bilal azan lalu semua sahabat menangis... CARA UTK MENGUBATI.... Firman Allah : Apabila azan diseru maka bertempiaran syaitan... 1) Azan mgubati HISTERIA.... *syaitan dan jin berada digelombang yg tinggi...apabila azan akan merendahkan gelombang tersebut... 2)80-90%

Perhiasan Dunia-Akhirat II

Bismillaahirrahmaanirrahiim Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh... ===== MUSLIMAH SEHAT PART 1 Berpuasa memiliki banyak efek, yakni: ♥ meningkatkan produksi magnesium (terhindar dari penyakit), ♥ pembentuk enkefalin dan endorfin (pemberian rasa habagia), ♥ memperbaiki kualitas pembuluh darah, ♥ pembakaran lemak viseral (dapat menjadi langsing), ♥ dan lain sebagainya Subhanallah... cara yang sangat simpel namun banyak hikmah'na. Asalkan niat lurus.. sudah langsing disayang Allah pula... nikmatnya... ^^ Yuuuk sering-sering puasa sunah... Presented by: ♥ Bidang PJEKAIS PII Wati Semarang, Jawa Tengah-Indonesia ===== Sebuah renungan untukku, untukmu, untuk kita semua. Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci Barakallahufiikum.semoga bermanfaat Mohon sampaikan ini kepada yang lain. Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh ^_senyum_^

Perhiasan Dunia-Akhirat

Bismillaahirrahmaanirrahiim Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh... ===== Awalnya aku tidak percaya diri dengan pakaian yang tertutup rapi.. Dalam pandangan sebagian manusia aku tidak trendi.., Tapi.. ku percaya akan ada penghargaan yang lebih baik dalam pandangan-NYA.. Wahai saudari yang aku cintai . . . Cantik bukan berarti buka-buka'an Cantik bukan berarti selalu berdandan Cantik bukan berarti seorang pujaan Ku ulurkan jilbab ku, hingga terasa damai hati ku.. Ku longgarkan pakaian ku, hingga tertutup bentuk tubuh ku.. Ku lakukan semuanya demi perintah Ilahi Rabbi dan ku berbisik dalam hati Semoga Engkau ridha terhadap amal dan niat tulus ku karena-MU... Andai semua orang memahami CANTIK LAHIR BUKANLAH UKURAN tetapi.. CANTIK HATI menyentuh hati semua orang dan suri tauladan Rasulullah yang patut kita junjung tinggi dalam hidup kita . . . ^^ pesan dari saudari kita ♥ ukhti AGUSTINA in ACEH ===== Sebuah renungan untukku, untukmu,

siApakaH idola kiTa??

assalamualaikum.... ana tertarik dengan video yg ditagkan pada kali ini.... terfikir ana sejenak.... adakah cukup dengan pengaku di mulut..... renungkanlah..... siapakah idola kita??        ......:::::selamat menonton dan ambil pengajaran::::.....      sama-samalah kita muhasabah diri.....jazakillah....

tips menjaga kesihatan

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:- 1. Bersenam @ beriadah. 2. Makan Pil melangsingkan badan. 3. Mengawal makanan. Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:- 1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas

100,000 peluk Islam di Britain

100,000 peluk Islam di Britain 2011/01/05 Kajian Faith Matters tunjuk ada pertambahan LONDON: Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru. Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan. Hasilnya, mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan mualaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent. Tinjauan itu mendapat, 60,699 ‘saudara baru’ menetap di Britain pada 2001. Tanpa data bancian baru sejak itu, penyelidik membuat tinjauan di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun. Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekali gus bermakna 5,200 di seluruh Britain. Angka ya

Bedah Lagu: Untuk Santapan Rohani buat kaum Hawa jua kaum Adam

Lirik: mshariffuddin Lagu: mshariffuddin Susunan Muzik: mshariffuddin Studio Rakaman : MS STUDIO Dalam doaku mencari-cari, wajah kasih suri, hidup ini, namun masih, belum ku temui, kasih hati, Cinta Hakiki. Rindu hati ingin berjumpa, siapa dia? isteri solehah, teman hidup, dikala duka, Ubat tawa jua jiwa. Ya Allah, kurniakanlah, padaku, isteri solehah, temani, tika gelisah, merawat hati yang gundah. Tidak ku tagih setia hawa, jua rindu bagaikan laila, yang kuharap, terima seadanya, dalam hati, wahai isteri.

Cinta daripada pandangan Imam Al-Syafie

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia". Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masi

Satu Tekad

Berikan ku sebaris kata Untuk ku susuri jalan gelita Mentera keramat kata pujangga Azimat yang bermakna Di depan simpang bercabang tiga Tak tahu mana satu arahnya Kanan kiri manusia berdusta Mungkir pada yang Esa Mungkin ku bukan watak utama Dalam pentas lakonan dunia Bimbang juga ku turut sama Pastinya aku yang binasa Berikan aku pedoman Arah mana jalan kehidupan Untukku teruskan pengembaraan Tak rebah dan tak tersalah langkah Tunjukkan aku kawan Simpang mana arah kejayaan Timur, utara juga selatan Atau arah matahari terbenam "Bersama menyusuri jalan Para rasul nabi junjungan Menuju ke puncak gemilang terbilang Iman di dada mengiring langkah"

See You Di IPT

Santun pekertimu Dan lembut tutur katamu Menarik minatku Untukku mendekatimu Sepucuk surat ku tulis Menyatakan harapan Walaupun ku kebimbangan Kau berbeza pandangan Namun ku tetap menanti jawapan C / O 1: Alangkah riangnya di hatiku Luahan hasratku mendapat perhatian Ku terima balasan darimu Kau jua menyimpan perasaan Warkahmu memberi kepastian Hanya kejayaan menentu pertemuan Setiap kali di akhir katamu Kau selalu tulis See You D IPT Guru selalu mengingatkan Kita dilarang berkasihan Ketika masih di alam persekolahan Bangkit semangat keazaman Memburu cita dan impian Biar terpaksa rahsiakan hubungan (Ulang C/O 1) Guru selalu mengingatkan Kita dilarang berkasihan Ketika masih di alam persekolahan Dengan segala kesungguhan Ku timba ilmu pelajaran Tinggal warkahmu menjadi kenangan Betapa syukurnya di hatiku Segala impian menjadi kenyataan Terpancarlah cahaya gemilang Kini kejayaan di genggaman Andai kau kembali ku temui Akan k

Jangan Kedekut Mendoakan Ibu Bapa

amalkan selepas solat fardu lima waktu doa memohon kesejahteraan mereka. "Allah huma firlizunubihi waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani soghira" maksudnya : " Ya Allah! ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidukku semasa kecil" (surah al-Isra' 12:24)

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah...

Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran. Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana? Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga? Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku? Aduhai pria. Adakah kau yang tercipta untukku? Jawab pertanyaanku ini. Jawab! Kau takkan pernah dapat memberi jawapan, Kerna jawapannya bukan di tanganmu, Tetapi di tangan-Nya. Di tangan Tuhan kita; Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Gelisahku memikirkan dirimu, Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku, Aduhai pria, Maafkan aku, Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu. Jemput diriku pabila waktunya tiba, Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia, Akan kucipta cinta bersama Dia, Sebelum kucipta cinta antara kita. Jadilah dirimu kumbang yang hebat, Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar, Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu, Tidak ada

kau penggerak ummah....

Laju jari-jemari Faiz menari di papan kekunci laptopnya. Assignment Ulum Al-Quran yang baru diberi oleh Ustaz Zamri tadi telah dimulakannya. “Oi Faiz! Kau buat apa tu?” Kedengaran suara Hamdi, merangkap teman sebilik dan juga sekelasnya melaung dari muka pintu. Faiz menoleh sekilas. “Assignment” Jawabnya ringkas. “Assignment Ustaz Zamri tu ke?” Hamdi melangkah masuk, meletakkan dirinya di sisi Faiz. “Ha ah” Terbeliak mata Hamdi melihat Faiz telah siap menaip satu muka surat penuh. “Fulamak! Skema la kau. Awal betul buat, kan kena hantar minggu depan. Enjoy la beb!” Bahu Faiz ditepuk kasar. Faiz menghela nafas berat. Hamdi memang terkenal dengan sikap sambil lewanya. “Aku banyak kerja lain lagi nak kena buat. Lagi pun, program-program dakwah dan tarbiyyah banyak minggu ni.Aku tak nak sebab program-program tu amanah aku sebagai mahasiswa terabai. Nanti jadi fitnah pada Islam” Faiz cuba menjawab setenang mungkin. Hamdi tergelak. Tubuhnya dihempas ke a

Pahitnya Perjuangan...

Tit..Tit… Handphone jenama myiman kesayangan Fatin berbunyi sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik mesyuarat di blok pengurusan. Mesyuarat yang diadakan pada waktu malam memang sungguh memenatkan, namun demi tanggungjawab dan amanah yang digalas, dia redha… Segera tangannya mencapai handphone di poket jubah birunya dan menekan butang read. Assalamualaikum akak.. saya nak tumpang tanya sikit boleh? Terukir senyuman di bibir gadis solehah itu sebaik sahaja melihat mesej daripada seorang insan yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Hidayah – namanya seindah tuannya, tidak pernah jemu mencari walau secebis cahaya Ilahi. Terkenang kembali detik-detik pertemuan mereka. Pada waktu itu Fatin menyertai program wawasan desa anjuran kolejnya dan menginap di rumah Hidayah selama 4 hari. Di situlah ukhwah bermula, semuanya kerana Allah.. Waalaikumsalam adikku sayang… untuk adik, boleh je.. nak tanya apa ye? Segera dia membalas. Sementara menunggu balasan

jagalah Islam....

Mawar Berduri Itu Indah, Apatah lagi berkembang mekar di taman larangan... "Awak, apa ni?" Ana tersentak melihat figura seorang teman di dalam handphone teman yang lain duduk bersebelahan dengan lelaki dan saling berpandangan. Serta-merta hati ana menjadi sebak, takungan air jernih di kelopak mata cuba ditahan meski dada berombak kencang. Allah... titipkan daku secebis sabar Siti Hajar... "Bukan kita lah awak.. mana ada gambar kita sebelah budak lelaki." Ana menatap satu-persatu gambar yang ada. Benar, tidak ada gambarnya duduk bersebelahan pelajar lelaki. Hati ana bertambah gundah. "Tulah kadang-kadang jadi hilang respect kat orang yang bertudung labuh" Ana diam. Kata-kata itu ada benarnya, Namun,menjaga nama baik Islam bukanlah pada mereka yang bertudung labuh dan berkopiah sahaja, malahan ia adalah tanggungjawab setiap orang Islam, apatah lagi kepada mereka yang sedar dan mengaku sebagai 'full time muslim' Beristiq