Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Sahabat

Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu.. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku.. Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai temana seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu.. Kau jadikanlah ukhuwah ini disemai atas redhaMu.. Teguhnya atas cintaMu.. Ya Allah, bahagiakanlah hatinya dan hatiku dengan cinta kepadaMu.. Uhibbuki Fillah.. =)

shuuHHH

"Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik, atau diam." (Riwayat riwayat Bukhari dan Muslim)

BenCinta ??

Ramai pasangan berpisah kerana tidak cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini..pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisah pun masih bertemu..♥ ”Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.” (Surah al-Baqarah 2:156 )

Jom tutup aurat

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya , kecuali yang (biasa) nampak darinya." [TMQ An-Nur (24):31]. "Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka...", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya." - al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada 'Aishah r.a.

Ask Yourself

ASK YOURSELF.... 1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah? 2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku? 3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku? 4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah? 5. Ikhlaskah aku dalam beramal? 6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku? 7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya? 8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku? 9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya? 10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku? 11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh? 12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit? 13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka? 14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar? 15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan? 16. Adakah aku seorang pema

Shabab

SHABAB “Pemuda, dari dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan, malahan angkatan pemudalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi perjuangan Islam.”

An Nisa'

WANITA SOLEHAH Jika engkau menjadi ibu.... Jadilah engkau ibu yang bijak . . Bimbinglah anak-anakmu dengan air susumu . . Jadikanlah mereka Mujahid_Mujahidah . . Jadikanlah mereka tentera-tentera Allah . . Jangan biarkan mereka bermalas-malas . . Siapkan mereka untuk menjadi hamba yang Soleh, Solehah . Hamba yang siap menegakkan Risalah Islam . . ♥ ♥ ♥

Ayah dan Ibu

Ayah dan Ibu.... dalam kepayahan kau mendidik ku dalam keharuan kau ukir senyuman dalam kesibukkan kau luangkan untuk ku menjadi lilin menerangi jiwa ku menjadi tongkat membantu ku berjalan menghulur tangan untuk ku sambut mengejar bila ku berlari menanti hingga aku kembali Ayah ibu ku.. kau hiburkan hati ku yang nestapa walau sesekali terusik hati mu dengan kelancangan bicara ku kau beri aku madu tika aku menelan hempedu kau sentiasa bangga dengan ku bila aku petah berbicara kau gembira bila anak mu semakin dewasa.. sayu pandangan mata mu bila aku tekad untuk tinggalkan mu mengejar cita-cita untuk hari muka Ayah ibu ku... ku pohon restu mu redhailah aku dalam mencari ilmu demi kasih seorang ibu demi sayang seorang ayah... ampunkan diri ku besar pengorbananmu tak tergalas di bahu hanya pada mu ku pinta izinkan pemergian ku bersama doa restu mu dan keazaman ku untuk merubah kehidupanku.. . DARIPADA ANAKMU.. — 

Cinta Hakiki

CINTA HAKIKI Sesungguhnya jika rindu itu dirasai rindulah pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Nya Jika rindu seseorang… moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah Jangan biarkan rindu itu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Nya ♥

Halaqah Cinta

HALAQAH CINTA ♥ "Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong." # gmbr hiasan...
Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu.. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku.. Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai temana seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu.. Kau jadikanlah ukhuwah ini disemai atas redhaMu.. Teguhnya atas cintaMu.. Ya Allah, bahagiakanlah hatinya dan hatiku dengan cinta kepadaMu.. Uhibbuki Fillah.. =)

Ikhlas Kerana Allah

IKHLAS KERANA ALLAH Siapa yg mencintai orang lain krn Allah, maka Allah mencintainya, malaikat mendoakannya, dinaungi arsynya Allah disaat tiada naungan nanti stlh kiamat, wajahnya bercahaya diatas mimbar-mimbarnya Allah shg para Ulama & syuhada iri kpdnya, dimudahkan jalannya ke surga. Jadi cintailah orang yg seiman scr tulus krn Allah, bukan krn wajahnya, kekayaannya atau kedudukannya

Solat 5 Waktumu

RENUNGAN "Semoga Allah jadikan Subuhmu cahaya, Zuhurmu gembira, Asarmu bahagia, Maghribmu keampunan, dan Isyakmu keberkatan. Moga doamu tidak ditolak, serta diluaskan rezekimu dan dibuka untukmu pintu syurga tanpa sempadan."

Bina Cinta Suci

BINA CINTA SUCI Ya Allah..penuhilah piala hatiku dengan cintaMu..sehingga aku tidak pernah lagi mengharap cinta makhluk ciptaanMu..Putuslah dariku keperluan-keperluan dunia dengan rasa rindu akan hari pertemuan denganMu.Apabila Engkau jadikan penyejuk mata orang yang cinta dunia dengan dunia mereka, maka jadikanlah penyejuk mataku dgn beribadah kepadaMu..amen
4 AMALAN DI HILANGKAN DENGAN 4 SEBAB "Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak. Amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."
RENUNGAN.. "Milikilah insan yang apabila kamu pandang wajahnya kamu ingAtkan ALLAH, apbila kamu dengar kata-katanya ilmu tentang ISLAM bertambah, apabila kamu lihat kelakukannya kamu teringatkan AKHIRAT dan apabila kamu bercakap denganya kamu berusaha untuk BERTAUBAT..."
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan ALLAH, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’ :: “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (H.R al-Hakim)  *teman yang kurindui dan ingati...satu dalam jutaan, memberi kekuatan di saat kedukaan dan putus asa...penawar hati..menceriakan suasana,bersabar atas kelemahanku... may ALLAH bless you abadan abada~*

Macaroon

Introducing my lovely and cute macaroons. Apekah macaroons ini? A-Ha ia ialah makanan dari France yg membuatkan ia cute ialah sbb ada mcm2 warna. Sebenarnya tingin nk makan macaroons ni sejak tgk anime Yumeiro Patissiere. Dlm cite ni pelajar sekolah masakan yg of course la memasak pelbagai jenis makanan untuk memenangi pertandigan. Salah satu makanan yg cute ialah macaroons. ^^
Wahai wanita, tahukah anda bahawa wanita adalah golongan yang paling mudah untuk memasuki syurga jika sentiasa mengikut landasan agama. Tetapi, wanita juga antara penghuni yang teramai di neraka kerana dosa-dosa yang dimiliki. Maka, apakah pilihan anda? Sudah tentu syurga jawapannya. Mari kita mengimbau kehebatan kaum Hawa pada zaman Rasulullah SAW yang boleh dijadikan sumber inspirasi agar kita menjadi lebih berani, taat kepada Allah dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri.

PONYO..!!

SASUKE DAN PONYO # ENJOY WATCHING THIS MOVIE.... PONYO COMEL :)
SAHABAT ABADI Teruja aku pada kata-kata Imam al-Ghazali yang mulia : "Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." Kuharapkan mekar di hati Agar persahabatan suci ini Kan terus mantap Terukir indah Di pintu jannah. 

Itu Yang Tertulis...

 Suasana agak redup pagi itu. Matahari mula menyingsingkan sinarnya ke seluruh alam. Tenang dan damai di jiwa melihat kebesaran Allah. Sungguh bersyukur dirinya dengan segala nikmat kurniaan Ilahi. Tanpa-Nya, tidak mungkin dia masih di sini. Ya, pengembaraan hidup menuju redha-Nya.           Matanya memerhati sekeliling tasik. Agak berkurang orang kala ini. Mana perginya semua orang? Bukankah hari minggu seperti ini ramai orang berkunjung ke tasik itu? Kawasannya agak lapang dan segar tanpa sebarang pencemaran. Boleh memuatkan ramai orang dalan satu-satu masa. Kakinya meneruskan lagi langkah bagi mencari tempat berteduh. Dia ke situ bukan sahaja ingin menenangkan minda tetapi ada kerja lain yang perlu disiapkan. Mudah-mudahan, semuanya berjalan lancar.           Kelihatan sebatang pokok rendang di timur tasik. Tempatnya agak menarik. Kedudukannya membuatkan insan yang berada di situ kurang terkena panahan cahaya mentari. Irdina membimbit laptop kesayangannya ke situ.

Kisah Cinta Agung Saidina Ali dan Saidatina Fatimah..

********** Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah. ”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana

I miss he and she every second in my life (:

♥ Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.. ♥ Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.. ♥ Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.. ♥ Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.. :: Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... " :: Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... " TETAPI... ♥ Bila hati mak kita terguris, mak kata ..." Tak apa , dia masih muda... " ♥ Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... " Tak mengapa , belum sampai akalnya... " ♥ Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki... ♥ Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena... ♥ Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal... ♥ Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga... #Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia Anak yang

behave yourself (:

Nabi SAW memuji orang yang dapat mengendalikan hawa nafsunya ketika marah. Sabda Baginda yang bermaksud : " Bukanlah dikatakan orang kuat kerana dapat menumbangkan lawannya, tetapi orang yang kuat ialah orang yg mampu mengendalikan hawa nafsunya di waktu marah." Allah juga memuji orang yg dapat mengendalikan nafsunya ketika marah dan suka memberi maaf kepada orang lain. Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang menahan marahnya padahal dia boleh melepaskannya, kelak Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segala makhluk sehingga dia diberi hak untuk memilih bidadari yang disukainya."