Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

Hikmah Sedekah

"Semakin sedekah, semakin kaya." "Ada RM50 je ni dekat tangan, dalam bank ada RM22.15. Macam mana nak survive untuk beberapa minggu ni?" Bisik hati kecil ini. "Dah plan nak ke Port Dickson ada PRK Port Dickson minggu ini, semua pakat turun infak tenaga." "Sayangnya tak dapat turun sebab dah dekat sangat dengan Shah Alam." Google harga tiket bas pergi balik Shah Alam ke Port Dickson. Alhamdulillah okay cukup. Tapi nanti macam mana nak survive nak makan, dan kelas lagi. Sebab sejenis orang yang tak suka beritahu ibu ayah duit dah habis. Hmm. "Kena cancel lah ni nak ke Port Dickson." Sedih sangat. Log in Bank Islam, nak buat online banking transfer ke akaun PAS untuk pujuk hati dan diri ini, "Takpelah tak dapat pergi sana, dapat infak sikit pun jadilah." Masa ni kempen dari Ustaz Idris Ahmad, kempen infak PRK Port Dickson RM10. "Alhamdulillah, done transfer RM10 ke akaun PAS." Ada la

Allah Bagi Cuti aka ABC?

Allah Bagi Cuti? Here we go! Semoga bermanfaat.

Mutabaah Amal.

Let’s be a productive and better Muslim. InsyaAllah  🌸

Cintailah wanita yang suka membaca.

Tatkala kita sibuk membawa dia ke shopping mall untuk berbelanja, tempat utama yang dituju adalah kedai buku dan bukannya  kedai emas permata. . Cintailah wanita yang suka membaca. . Kerana dia bukan sahaja cintakan ilmu, bahkan dia cintakan Tuhan pemilik ilmu. Dan apabila cinta Tuhan memayungi segalanya. Sempurnalah hidup kita sebagai hamba. . Cintailah wanita yang suka membaca. . Orang yang berilmu ini darjatnya di angkat, hidupnya berkat. Rezekinya murah, hidupnya dipermudah. Kerana ilmu menyempurnakannya. . Cintailah wanita yang suka membaca. . Kerana cinta ilmu yang dia rasa, bukannya cinta manusia yang sementara. Sekelumit cinta buat manusia yang ada di dadanya pasti berpaksikan ilmu dan cinta Pencipta. . Jadi cintailah wanita yang suka membaca, pimpinlah tangannya. Agar kita juga dapat menjejakkan kaki bersamanya di syurga.  💌

Dr Dinie ^^

Selamat Hari Doktor Sedunia! Darjah 4. Apa cita-cita kamu? Saya ingin menjadi seorang Doktor. *I’m so into it. I want to be a Doctor that could serve Ummah! Tingkatan 2. Lepak di dewan makan dan terjumpa buku bio. Ambil dan baca. Mula dari hari tu seorang dinie baca buku Bio dan semakin kuat cita-cita ingin menjadi seorang Doktor. Tingkatan 4. Masuk kelas sains fizikal (fizik,kimia & akaun) takde rezeki nak ambik biologi. Dan time tu kalau tak silap tak ramai juga cikgu bio. Salah satu sebab kenapa pilih untuk tak tukar ke kelas bio. Seorang pencinta Subjek Sains since sekolah rendah sampai sekolah menengah. Dan sebab tu masa jadi cikgu di SRIBU paling excited mengajar Sains sebab nak mereka (anak2 murid) minat dan suka subjek Sains macam mana cikgu dia ni suka sangat Sains  😂 Dinie minat Sains dulu sebab cikgu yang mengajar Sains semua best. Haha.  🤣 Darjah 4 - Cikgu Tengku Zakaria Darjah 5 - Cikgu Saifulizam Ibrahim Darjah 6 - Wan Nor Azlina Kelas Tamb

Aku & Al Quran

Pesannya ringkas namun membawa seribu makna,  "Carilah sesuatu yang menjadi asbab untuk kau terus jaga Al Quran," pesan Ust Uqbah.  Ada orang, seusai sahaja menkhatamkan hafalannya terus menyambung pengajian ke bidang yang lain. Ada juga orang yang seusai sahaja tamat pengajian dalam bidang Al Quran, lari ke pekerjaan bidang lain pula.  Ada yang bercita cita menjadi seorang doktor al hafiz, ada juga ingin menjadi usahawan al hafiz yang berjaya. Namun bukanlah gelaran itu sahaja yang dikejarkan. Akan tetapi sejauh mana Al Quran itu mampu dijaga. Iya, pekerjaan itu tampak gah sekali di mata manusia. Tapi bagaimana pula dengan amanah al hafiz yang telah Tuhan pertanggungjawabkan? Al hafiz itu bukanlah sekadar nama yang harus dibanggakan, akan tetapi suatu hari nanti ia akan dipersoalkan. Sejauh mana kita menjaganya? Kita selalu kata, bukan mudah untuk menjaga aaptahlagi tidak berada di suasananya. Ini benar sekali. Saya akui kerna saya juga pernah berada di situasi itu. Tapi