Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Itu Yang Tertulis...

 Suasana agak redup pagi itu. Matahari mula menyingsingkan sinarnya ke seluruh alam. Tenang dan damai di jiwa melihat kebesaran Allah. Sungguh bersyukur dirinya dengan segala nikmat kurniaan Ilahi. Tanpa-Nya, tidak mungkin dia masih di sini. Ya, pengembaraan hidup menuju redha-Nya.           Matanya memerhati sekeliling tasik. Agak berkurang orang kala ini. Mana perginya semua orang? Bukankah hari minggu seperti ini ramai orang berkunjung ke tasik itu? Kawasannya agak lapang dan segar tanpa sebarang pencemaran. Boleh memuatkan ramai orang dalan satu-satu masa. Kakinya meneruskan lagi langkah bagi mencari tempat berteduh. Dia ke situ bukan sahaja ingin menenangkan minda tetapi ada kerja lain yang perlu disiapkan. Mudah-mudahan, semuanya berjalan lancar.           Kelihatan sebatang pokok rendang di timur tasik. Tempatnya agak menarik. Kedudukannya membuatkan insan yang berada di situ kurang terkena panahan cahaya mentari. Irdina membimbit laptop kesayangannya ke situ.

Kisah Cinta Agung Saidina Ali dan Saidatina Fatimah..

********** Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah. ”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana

I miss he and she every second in my life (:

♥ Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.. ♥ Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.. ♥ Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.. ♥ Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.. :: Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... " :: Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... " TETAPI... ♥ Bila hati mak kita terguris, mak kata ..." Tak apa , dia masih muda... " ♥ Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... " Tak mengapa , belum sampai akalnya... " ♥ Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki... ♥ Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena... ♥ Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal... ♥ Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga... #Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia Anak yang

behave yourself (:

Nabi SAW memuji orang yang dapat mengendalikan hawa nafsunya ketika marah. Sabda Baginda yang bermaksud : " Bukanlah dikatakan orang kuat kerana dapat menumbangkan lawannya, tetapi orang yang kuat ialah orang yg mampu mengendalikan hawa nafsunya di waktu marah." Allah juga memuji orang yg dapat mengendalikan nafsunya ketika marah dan suka memberi maaf kepada orang lain. Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang menahan marahnya padahal dia boleh melepaskannya, kelak Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segala makhluk sehingga dia diberi hak untuk memilih bidadari yang disukainya."