Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kisah-kisah

Kisah Cinta Agung Saidina Ali dan Saidatina Fatimah..

********** Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah. ”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagai...

TELITILAH MENILAI

Khalifah Islam yang terkenal, Sayidina Umar al-Khattab memang sangat teliti dalam meletakkan kaedah yang betul untuk mengenali keperibadian seseorang. Suatu hari, beliau  didatangi lelaki yang menjadi saksi bagi pihak seorang yang lain (tertuduh). Umar bertanya : Adakah kamu mengenali orang ini? Dijawab : Ya! Umar bertanya lagi : Adakah kamu jirannya yang mengenali selok-belok kehidupannya? Dijawab : Tidak! Umar bertanya : Adakah kamu pernah bermuamalah dengannya melalui wang sehingga kamu boleh mengukur sifat warak yang ada dalam diri orang itu? Dijawab : Tidak! Umar bertanya : Adakah kamu berkawan dengannya semasa belajar sehingga kamu tahu kemuliaan dan kelebihan akhlaknya? Dijawab : Tidak! Umar bertanya : Adakah kamu sentiasa melihatnya dalam masjid bersembahyang, kadangkala mengangkat kepalanya untuk berdoa dan kadangkala menunduk khusyuk? Dijawab : Ya! Umar langsung menghalau lelaki itu sambil berkata : Kamu memang tidak mengenalinya! ...

SIAPA DI HATI KITA??

Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. “Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” “Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.” “Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya,” desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji. “Kalau begitu, di mana ALLAH?” ujar budak itu. Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya p/s : renung-renungkan & ambil ikhtibar ^_^