Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tazkiyah al-Nafs

UJIAN

Makin berat ujian Allah pada kita. Makin kuat sayang Allah pada kita.  Hadapilah dengan sabar dan tenang. Jangan mengeluh. Iman sedang diuji.

04052013 - PRU13

Semua orang dah semangat berkempen macam2... ! PASTIKAN UNDIAN ANDA TIDAK TERBATAL ! #fighting !  semuanya dengan izin Allah..  "...kurangkan BENDERA, banyakkan DOA..." - quoteBanner #ehh Semoga kita semua bermunajat Allah menurunkan rahmat dan pertolongan dengan malaikat kepada orang orang yang benar dan menghalang orang zalim melakukan kezaliman. Jom solat tahajud, taubat dan solat hajat esok pagi dan berdoa pada Allah supaya semua berjalan dengan rahmat Allah. Kita ambil wudhu semasa keluar mengundi dan teruskan berzikir sepanjang menunggu giliran dan berdoa diberi hidayah membuat pilihan yang betul dunia akhirat- Prof Dr Muhaya

Ini buat kamu sahabiah (sahabat wanita ku)

via Koleksi Short Note Kuliah (ustaz Azhar Idrus) :: Ini buat kamu sahabiah (sahabat wanita ku) :: Petikan Nasihat Ali Thantawi kepada Puterinya Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk. Engkau berkata kepada pencuri : "Silakan masuk"…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .."tolong….tolong…aku kecurian." Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala. Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri. Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing ad...
  Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia. Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya k ... erana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna. ♥ "Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya" (Surah al-Furqan, ayat 75) See more
  Janganlah engkau risau akan nikmat-nikmat yang belum engkau miliki, tapi risaulah akan nikmat-nikmat yang belum engkau syukuri. Sudahkah anda mengucapkan Alhamdulillah hari ini? :')

Allah knows BEST :)

  8 DECEMBER 2012 Hari ini hati saya berbisik, ada sesuatu dalam solatmu, ayuh segerakan solat. Lantas setelah saya terjaga saya terus solat. hati saya tenang...Alhamdulillah... Tiba waktu maghrib. Hati saya berbisik lagi... "ada sesuatu di dalam solatmu...ayuh raih perkara itu..." ... Dikeheningan maghrib itu. Maghrib itu sungguh mendinginkan dengan titisan hujan. Hati saya tiba-tiba turut dibasahi dengan hujan. Ada hujan dalam hati. Sedih... Sedih kerana mengenangkan nasib... kerana apa yang saya pinta tidak saya dapat... Lalu saya menangis...menangis menangisi takdir mungkin... Lantas saya bangunkan solat hajat... Disujud yang terakhir, saya berdoa "Ya Allah..andai kesusahan ini...hanya dengan kesusahan ini sahaja jalan yang dapat mendekatkan aku denganMu, aku redha Ya Allah...Tolonglah...tolong lah kurniakan aku sifat redha dan sabar. Tolonglah Ya Allah...aku tidak mahu terus menangisi takdir, aku mahu sabar dan redha" Saya tidak p...
  Baginya mencintai dalam diam itu lebih indah dan terjaga. Tetapi bisakah dia mengetahui... # http://www.iluvislam.com/ karya/cerpen/ 1674-cinta-cahaya-iman.html #.UQDPitfFRfg.facebook

Semoga dipermudahkan urusan

  ..mulailah dengan sabar sehingga dirimu mampu melangkah dengan redha..Akhirnya, dirimu akan memahami kehendak ALLAH kepadamu.. Seimbangkan antara akademik dan koko. !! :D #semoga dipermudahkan urusan, ya Allah. Amin :D

STudy itu AMANAH, Cinta Itu fitrah =)

A : Nak nikah x ? Q : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah A : Dah ada calon? ... Q : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH A : Siapa dia? Q : Insyaallah dia adalah lelaki pilihan ALLAH A : Kenapa nak nikah dgn dia ? Q : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH A : Bagaimana nanti nak jumpa ? Q : Yakin je, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya je dgn ALLAH A : Laa, bila nak nikahnya ? Q : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik A : Jadi kat mana jumpanya ? Q : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH A : Jadi ? Q : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk gapai redha nya je, insyaallah beres ~ See more

STUDY =)

sebelum start study betulkan niat dan baca doa tau :D

senyum...!! SAY TIGEEE =)

BenCinta ??

Ramai pasangan berpisah kerana tidak cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini..pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisah pun masih bertemu..♥ ”Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.” (Surah al-Baqarah 2:156 )

Jom tutup aurat

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya , kecuali yang (biasa) nampak darinya." [TMQ An-Nur (24):31]. "Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka...", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya." - al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada 'Aishah r.a.

Ask Yourself

ASK YOURSELF.... 1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah? 2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku? 3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku? 4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah? 5. Ikhlaskah aku dalam beramal? 6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku? 7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya? 8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku? 9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya? 10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku? 11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh? 12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit? 13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka? 14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar? 15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan? 16. Adakah aku seorang pema...

Cinta Hakiki

CINTA HAKIKI Sesungguhnya jika rindu itu dirasai rindulah pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Nya Jika rindu seseorang… moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah Jangan biarkan rindu itu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Nya ♥

Ikhlas Kerana Allah

IKHLAS KERANA ALLAH Siapa yg mencintai orang lain krn Allah, maka Allah mencintainya, malaikat mendoakannya, dinaungi arsynya Allah disaat tiada naungan nanti stlh kiamat, wajahnya bercahaya diatas mimbar-mimbarnya Allah shg para Ulama & syuhada iri kpdnya, dimudahkan jalannya ke surga. Jadi cintailah orang yg seiman scr tulus krn Allah, bukan krn wajahnya, kekayaannya atau kedudukannya

Solat 5 Waktumu

RENUNGAN "Semoga Allah jadikan Subuhmu cahaya, Zuhurmu gembira, Asarmu bahagia, Maghribmu keampunan, dan Isyakmu keberkatan. Moga doamu tidak ditolak, serta diluaskan rezekimu dan dibuka untukmu pintu syurga tanpa sempadan."
4 AMALAN DI HILANGKAN DENGAN 4 SEBAB "Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak. Amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."
SAHABAT ABADI Teruja aku pada kata-kata Imam al-Ghazali yang mulia : "Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." Kuharapkan mekar di hati Agar persahabatan suci ini Kan terus mantap Terukir indah Di pintu jannah. 

I miss he and she every second in my life (:

♥ Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.. ♥ Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.. ♥ Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.. ♥ Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.. :: Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... " :: Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... " TETAPI... ♥ Bila hati mak kita terguris, mak kata ..." Tak apa , dia masih muda... " ♥ Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... " Tak mengapa , belum sampai akalnya... " ♥ Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki... ♥ Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena... ♥ Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal... ♥ Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga... #Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia Anak yang ...