Skip to main content

Posts

Showing posts with the label koleksi cerpen
  Baginya mencintai dalam diam itu lebih indah dan terjaga. Tetapi bisakah dia mengetahui... # http://www.iluvislam.com/ karya/cerpen/ 1674-cinta-cahaya-iman.html #.UQDPitfFRfg.facebook

Itu Yang Tertulis...

 Suasana agak redup pagi itu. Matahari mula menyingsingkan sinarnya ke seluruh alam. Tenang dan damai di jiwa melihat kebesaran Allah. Sungguh bersyukur dirinya dengan segala nikmat kurniaan Ilahi. Tanpa-Nya, tidak mungkin dia masih di sini. Ya, pengembaraan hidup menuju redha-Nya.           Matanya memerhati sekeliling tasik. Agak berkurang orang kala ini. Mana perginya semua orang? Bukankah hari minggu seperti ini ramai orang berkunjung ke tasik itu? Kawasannya agak lapang dan segar tanpa sebarang pencemaran. Boleh memuatkan ramai orang dalan satu-satu masa. Kakinya meneruskan lagi langkah bagi mencari tempat berteduh. Dia ke situ bukan sahaja ingin menenangkan minda tetapi ada kerja lain yang perlu disiapkan. Mudah-mudahan, semuanya berjalan lancar.           Kelihatan sebatang pokok rendang di timur tasik. Tempatnya agak menarik. Kedudukannya membuatkan insan yang berada d...

CINTA SEJATI AIMAN DAN SYAHIRAH

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadiny...

PANAHAN CINTA REMAJA

kisah ini panjang dan harap semua bersabar membaca dari bait  ke bait perkataan...^__^ enjoy your reading..!! Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah. Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya. Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu mem...