Skip to main content

Posts

Showing posts with the label muslimah solehah

Wanita Syurga Bidadari Dunia

Lirik lagu Wanita Syurga bidadari OSD... JOM hayati Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah.. Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa Laksana surga di dunia Keteguhan hatimu oh wanita muslimah Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa Sejukmu menentramkan jiwa Engkau wanita syurga bidadari dunia Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta Engkau wanita syurga bak permata berharga berbinar indah dalam kesucian jiwa   
Muslimah solehah, ucapanmu menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan.

Ini buat kamu sahabiah (sahabat wanita ku)

via Koleksi Short Note Kuliah (ustaz Azhar Idrus) :: Ini buat kamu sahabiah (sahabat wanita ku) :: Petikan Nasihat Ali Thantawi kepada Puterinya Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk. Engkau berkata kepada pencuri : "Silakan masuk"…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .."tolong….tolong…aku kecurian." Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala. Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri. Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing ad...

STudy itu AMANAH, Cinta Itu fitrah =)

A : Nak nikah x ? Q : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah A : Dah ada calon? ... Q : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH A : Siapa dia? Q : Insyaallah dia adalah lelaki pilihan ALLAH A : Kenapa nak nikah dgn dia ? Q : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH A : Bagaimana nanti nak jumpa ? Q : Yakin je, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya je dgn ALLAH A : Laa, bila nak nikahnya ? Q : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik A : Jadi kat mana jumpanya ? Q : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH A : Jadi ? Q : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk gapai redha nya je, insyaallah beres ~ See more

5 CARA AWAL BAGI WANITA UTK BELAJAR MENUTUP AURAT =)

"Aku bangga menjadi wanita muslimah disaat wanita lain bangga menjadi wanita moden. Aku tak kisah menyarung stokin kaki dimasa wanita lain sibuk menyingkatkan kainnya. Aku gembira labuhnya tudungku menghiasi rupaku berbanding singkatnya tudung itu mempamer mahkotanya dan Aku senang sekali andai Allah tersenyum padaku melihat istiqamahnya aku mentaati perintah-Nya.." ♥ :') #LUkisanDakwahIslam :) come and take a look :) http://www.youtube.com/ watch?v=bYvy5wJTAOY&feature =share                

JOm tutup aurat =)

Sahabat

Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu.. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku.. Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai temana seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu.. Kau jadikanlah ukhuwah ini disemai atas redhaMu.. Teguhnya atas cintaMu.. Ya Allah, bahagiakanlah hatinya dan hatiku dengan cinta kepadaMu.. Uhibbuki Fillah.. =)

Jom tutup aurat

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya , kecuali yang (biasa) nampak darinya." [TMQ An-Nur (24):31]. "Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka...", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya." - al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada 'Aishah r.a.

An Nisa'

WANITA SOLEHAH Jika engkau menjadi ibu.... Jadilah engkau ibu yang bijak . . Bimbinglah anak-anakmu dengan air susumu . . Jadikanlah mereka Mujahid_Mujahidah . . Jadikanlah mereka tentera-tentera Allah . . Jangan biarkan mereka bermalas-malas . . Siapkan mereka untuk menjadi hamba yang Soleh, Solehah . Hamba yang siap menegakkan Risalah Islam . . ♥ ♥ ♥

Cinta Hakiki

CINTA HAKIKI Sesungguhnya jika rindu itu dirasai rindulah pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Nya Jika rindu seseorang… moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah Jangan biarkan rindu itu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Nya ♥

Halaqah Cinta

HALAQAH CINTA ♥ "Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong." # gmbr hiasan...