Skip to main content

Suci sekeping hati


Suci Sekeping Hati

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba 
nasyid ni selalu mjadi lagu kegemaran ana dan kawan ana di KEM REMAJA BESTARI...
sampai satu kem tau lagu tu sebab kumpulan ana suka memainkan nasyid tu....
menjadi usikkan jugak kadang2 dari rakan-rakan....
Satu kenangan yg tidak akan dilupakan....Selamanya kerana Allah... 
“Tak apalah dik.. Akak tahu Allah sentiasa jaga Huda, lagipun akak tak perlu risau.. Huda kan selalu mengutamakan Allah dalam segala hal”
 
Huda tersenyum...
Naemah mengesat air matanya, terharu melihat senario yang berlaku di hadapan mata. Suci sungguh sekeping hati milik mereka.

“Akak, tengok tu.....ada orang pula yang feeling.” Serentak ana dan Huda memandang wajah bersih Naemah

“Anti ni nakal laaaa...”

Ketawa bergema, menghiasi ruang yang menyimpan 1001 rahsia....

Ya Allah...
Letakkanlah dunia di tangan kami agar kami bisa menggunakannya,
Bukan di hati kami agar kami tidak terpedaya dengannya,
Dan sucikanlah hati kami, agar kami bisa merasa manisnya hidup bersamaMu...

Comments

Popular posts from this blog

Ibrah Aidiladha

"Wanita jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail." . Suka untuk share 1 pengajaran dari peristiwa korban ini. Siti Hajar, seorang isteri dan ibu. Taat perintah ALLAH dengan cara (meredhai anaknya di sembelih, meredhai dirinya ditinggalkan bersama Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim yang mempunyai urusan diluar kota). Tidak mengeluh apapun beliau, berterusan memastikan anaknya dijaga baik walau tiada suami disisi, tiada wang ringgit, tiada bekalan. Tidak berputus asa berlari-lari anak berulang kali dari safa ke marwah untuk mendapatkan air untuk diminum dan menyusui anaknya. Namun setiap kali itu, bukan air yang ditemui akan tetapi ianya hanyalah bayangan haba dari jauh yang nampak seperti air. Disebalik seorang lelaki, suami & ayah yang  hebat  itu iaitu Nabi Ibrahim serta seorang anak yang sabar dan taat itu iaitu Nabi Ismail, pernahkah kita menyingkap ada seorang insan bernama WANITA, ISTERI dan IBU itu...

Faridah jadi aspirasi pelajar ACCA, perakaunan UiTM

Date: 29 Nov 2004 Publication: Berita Harian PROFESOR Madya Faridah Ahmad adalah salah seorang ahli ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) yang mengambil keputusan untuk memberi sumbangan melalui pendidikan. Kini, setelah memiliki pengalaman luas di dalam dan luar negara, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Perakaunan, di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Sejarah beliau dengan ACCA bermula selepas menamatkan pengajian sekolah menengahnya pada 1970-an. Faridah kemudian mengambil kursus Diploma Perakaunan di UiTM pada 1972. Tiga tahun kemudian, Faridah dengan berbekalkan sijil diploma memulakan kerjayanya dalam industri kewangan dan perakaunan. Dengan semangat dan daya usaha tinggi, Faridah mempelajari teori perakaunan, kewangan sehingga beliau mampu memegang jawatan lebih tinggi. Namun, untuk menjadikan beliau lebih berjaya di bidang perakaunan, beliau perlu kelayakan profesional. Atas keperluan itulah, Faridah m...

Hikmah Sedekah

"Semakin sedekah, semakin kaya." "Ada RM50 je ni dekat tangan, dalam bank ada RM22.15. Macam mana nak survive untuk beberapa minggu ni?" Bisik hati kecil ini. "Dah plan nak ke Port Dickson ada PRK Port Dickson minggu ini, semua pakat turun infak tenaga." "Sayangnya tak dapat turun sebab dah dekat sangat dengan Shah Alam." Google harga tiket bas pergi balik Shah Alam ke Port Dickson. Alhamdulillah okay cukup. Tapi nanti macam mana nak survive nak makan, dan kelas lagi. Sebab sejenis orang yang tak suka beritahu ibu ayah duit dah habis. Hmm. "Kena cancel lah ni nak ke Port Dickson." Sedih sangat. Log in Bank Islam, nak buat online banking transfer ke akaun PAS untuk pujuk hati dan diri ini, "Takpelah tak dapat pergi sana, dapat infak sikit pun jadilah." Masa ni kempen dari Ustaz Idris Ahmad, kempen infak PRK Port Dickson RM10. "Alhamdulillah, done transfer RM10 ke akaun PAS." Ada la...