Skip to main content

100,000 peluk Islam di Britain

100,000 peluk Islam di Britain
2011/01/05

Kajian Faith Matters tunjuk ada pertambahan

LONDON: Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.

Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan.

Hasilnya, mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan mualaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent.

Tinjauan itu mendapat, 60,699 ‘saudara baru’ menetap di Britain pada 2001. Tanpa data bancian baru sejak itu, penyelidik membuat tinjauan di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun.

Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekali gus bermakna 5,200 di seluruh Britain.

Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memeluk Islam setiap tahun.

Seorang guru tarian, Denise Horsley, 26, ketika mengulas keputusannya memeluk Islam berkata:

“Saya diperkenalkan kepada agama Islam oleh teman lelaki saya. Ramai bertanya adakah saya memeluk Islam kerananya tetapi ia tiada kaitan dengannya. Saya sendiri yang belajar mengenai Islam. Sekarang saya memakai tudung tetapi ia selepas beberapa lama".

“Hijab satu konsep penting dalam Islam tetapi ia bukannya mengenai pakaian. Paling penting kesederhanaan dalam setiap perkara yang anda lakukan".

“Pada asasnya, saya masih orang yang sama kecuali saya tidak lagi minum arak atau daging khinzir dan melakukan solat lima kali sehari.”

Kajian sebelum ini menganggarkan bilangan saudara baru Islam di Britain antara 14,000 dan 25,000. – Agensi

Sumber: Aqsa Syarif.

Wallahu a'lam bissowab.

Comments

Popular posts from this blog

Ibrah Aidiladha

"Wanita jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail." . Suka untuk share 1 pengajaran dari peristiwa korban ini. Siti Hajar, seorang isteri dan ibu. Taat perintah ALLAH dengan cara (meredhai anaknya di sembelih, meredhai dirinya ditinggalkan bersama Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim yang mempunyai urusan diluar kota). Tidak mengeluh apapun beliau, berterusan memastikan anaknya dijaga baik walau tiada suami disisi, tiada wang ringgit, tiada bekalan. Tidak berputus asa berlari-lari anak berulang kali dari safa ke marwah untuk mendapatkan air untuk diminum dan menyusui anaknya. Namun setiap kali itu, bukan air yang ditemui akan tetapi ianya hanyalah bayangan haba dari jauh yang nampak seperti air. Disebalik seorang lelaki, suami & ayah yang  hebat  itu iaitu Nabi Ibrahim serta seorang anak yang sabar dan taat itu iaitu Nabi Ismail, pernahkah kita menyingkap ada seorang insan bernama WANITA, ISTERI dan IBU itu...

Faridah jadi aspirasi pelajar ACCA, perakaunan UiTM

Date: 29 Nov 2004 Publication: Berita Harian PROFESOR Madya Faridah Ahmad adalah salah seorang ahli ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) yang mengambil keputusan untuk memberi sumbangan melalui pendidikan. Kini, setelah memiliki pengalaman luas di dalam dan luar negara, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Perakaunan, di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Sejarah beliau dengan ACCA bermula selepas menamatkan pengajian sekolah menengahnya pada 1970-an. Faridah kemudian mengambil kursus Diploma Perakaunan di UiTM pada 1972. Tiga tahun kemudian, Faridah dengan berbekalkan sijil diploma memulakan kerjayanya dalam industri kewangan dan perakaunan. Dengan semangat dan daya usaha tinggi, Faridah mempelajari teori perakaunan, kewangan sehingga beliau mampu memegang jawatan lebih tinggi. Namun, untuk menjadikan beliau lebih berjaya di bidang perakaunan, beliau perlu kelayakan profesional. Atas keperluan itulah, Faridah m...

Hikmah Sedekah

"Semakin sedekah, semakin kaya." "Ada RM50 je ni dekat tangan, dalam bank ada RM22.15. Macam mana nak survive untuk beberapa minggu ni?" Bisik hati kecil ini. "Dah plan nak ke Port Dickson ada PRK Port Dickson minggu ini, semua pakat turun infak tenaga." "Sayangnya tak dapat turun sebab dah dekat sangat dengan Shah Alam." Google harga tiket bas pergi balik Shah Alam ke Port Dickson. Alhamdulillah okay cukup. Tapi nanti macam mana nak survive nak makan, dan kelas lagi. Sebab sejenis orang yang tak suka beritahu ibu ayah duit dah habis. Hmm. "Kena cancel lah ni nak ke Port Dickson." Sedih sangat. Log in Bank Islam, nak buat online banking transfer ke akaun PAS untuk pujuk hati dan diri ini, "Takpelah tak dapat pergi sana, dapat infak sikit pun jadilah." Masa ni kempen dari Ustaz Idris Ahmad, kempen infak PRK Port Dickson RM10. "Alhamdulillah, done transfer RM10 ke akaun PAS." Ada la...