Skip to main content

KUKU 1

Percaya atau tidak ,
KUKU
buktikan kesihatan diri

Mungkin ada diantara kamu yang berpandangan, ada apa dengan kuku sehingga perlu diberi perhatian.
Penjagaan wajah lebih penting berbanding dengan mana-mana anggota tubuh badan. Jika itu pendapat kamu, bermakna kamu salah. Jangan memandang enteng pada penjagaan kuku. Melalui kuku yang sihat dan bersih, ia sebenarnya mempengaruhi penampilan dan keyakinan kamu. Tidak perlu berkunjung ke salun untuk mendapatkan khidmat membersihkan kuku, sebaliknya kamu boleh melakukan sendiri di rumah. Penjagaan kuku ini boleh dilakukan di rumah tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak. Ikuti tip berikut agar kuku kamu tampil cantik dan kekal sihat.

TIP BERSIH KUKU
  1. Potong kuku secara teratur, tidak terlalu dalam dan tidak melebihi batas kuku.(hujung kuku)
  2. Elak mencungkil sisi kuku kerana boleh mendatangkan bengkak.
  3. Semasa memotong kuku, pastikan kamu memotongnya secara empat segi atau melengkung. Kemudian dengan menggunakan pengasah kuku, bentukkan kembali kuku kamu dengan sempurna.
  4. Bentukkan kuku kamu pada satu arah sahaja. Jangan ke kiri atau ke kanan. Ketika mengasah kuku, lakukannya dengan berhati-hati.
  5. Apabila  bentuk yang dikehendaki telah tersedia, rendam tangan dalam air suam selama tiga minit.
  6. Gunakan putih kapas atau penghapus kutil untuk mencuci kuku. Setelah itu keringkan dengan tisu lembut. Sekarang kamu telah memiliki kuku yang cantik dan sihat.  

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN ISLAMIK : ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia. Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook; yang mana dahulunya cukup terkenal sebagai akhi yang sering yang bermujahadah dan istiqamah dalam dakwah, kini hanyut dengan arus cinta manusia. Gambar-gambar bersama teman wanita menghiasi ‘profile pictures’ sahabat-sahabatnya. Tidak kurang juga bagi akhwat, yang dahulunya sangat dihormati kerana menjaga batas pergaulan, tunduk apabila berbicara membuktikan kukuhnya iman, kini alpa dengan arus pemodenan. Hijab yang dahulunya menjadi duri bagi setiap kumbang yang ingin hinggap pada m...

Surah Ar Ra'd ayat 28

Bagaimana nak hati menjadi tenang? Ingatlah Allah. Jika hati sentiasa berniat baik, Allah akan pertemukan dengan hal yang baik, orang-orang baik, tempat yang baik dan kesempatan untuk berbuat baik. InsyaAllah.

How to Complete Reading the Quran in 21 Days.

“Ramadan is the (month) in which the Quran was sent down, as a guide to mankind and a clear guidance and judgment (so that mankind will distinguish from right and wrong) ”  (2:183) In honour and remembrance of that, some would devote time to complete reading and understanding the Quran during Ramadhan.  There are many other ways to complete reading the Quran during Ramadhan. Do what works for you. Below is my sharing on how to complete reading the Quran within 21 days. Other than Tarawih, reading the Quran during Ramadhan is good. There are  30 juz  with  6236 verses (ayat)   in the Quran. In  21 days , you need to read in average  300 verses , and allocate  4-5 hours  a day, should you want to complete the Quran. This is assuming it takes  1 min  to read a verse. Many can read a verse in less than 30 seconds. 1. How can you find 4-5 hours/day? Whether or not you are working, you can find time within these sl...