Iman ibarat passport. Kita tidak dibenarkan masuk mana2 negara tanpa passport kerana itu pemerintahan dunia. Kita hadirnya di dunia ini tanpa pakaian, passport, visa dan bekalan. Mereka yang memiliki passport iman, visa akidah dan bekalan amalan yang mencukupi akan dimasuki ke dalam syurga Allah SWT. Isi passport ialan identiti, alamat dan expired date. Cuba kita relate kan dengan passport akhirat. Nama itu nama yang diberi sangat indah maksudnya oleh ibu dan ayah supaya kita menjadi penggerak Islam, jadi kita kena remind balik adakah akhlak ku seiting maksud namaku? Alamat itu kemana arah tuju kita? Syurga atau neraka? Expired date itu masa yang kita dapat untuk ke negara2 lain, namun andai kehidupan kita dah habis kita dah tak boleh nak panjangkan lagi. Semoga kita membawa identiti2 ini kearah kebaikan. Ingat kita tidak pernah tua untuk bertaubat namun kita juga tidak terlalu muda untuk meninggalkan dunia. Sebagai renungan diri ini dan semua. Maaf andai ada tersalah bicara. Sama2 kita saling mendoakan ya. ^^
"Wanita jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail." . Suka untuk share 1 pengajaran dari peristiwa korban ini. Siti Hajar, seorang isteri dan ibu. Taat perintah ALLAH dengan cara (meredhai anaknya di sembelih, meredhai dirinya ditinggalkan bersama Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim yang mempunyai urusan diluar kota). Tidak mengeluh apapun beliau, berterusan memastikan anaknya dijaga baik walau tiada suami disisi, tiada wang ringgit, tiada bekalan. Tidak berputus asa berlari-lari anak berulang kali dari safa ke marwah untuk mendapatkan air untuk diminum dan menyusui anaknya. Namun setiap kali itu, bukan air yang ditemui akan tetapi ianya hanyalah bayangan haba dari jauh yang nampak seperti air. Disebalik seorang lelaki, suami & ayah yang hebat itu iaitu Nabi Ibrahim serta seorang anak yang sabar dan taat itu iaitu Nabi Ismail, pernahkah kita menyingkap ada seorang insan bernama WANITA, ISTERI dan IBU itu...
Comments