Skip to main content

TELITILAH MENILAI

Khalifah Islam yang terkenal, Sayidina Umar al-Khattab memang sangat teliti dalam meletakkan kaedah yang betul untuk mengenali keperibadian seseorang. Suatu hari, beliau  didatangi lelaki yang menjadi saksi bagi pihak seorang yang lain (tertuduh).

Umar bertanya : Adakah kamu mengenali orang ini?

Dijawab : Ya!

Umar bertanya lagi : Adakah kamu jirannya yang mengenali selok-belok kehidupannya?

Dijawab : Tidak!

Umar bertanya : Adakah kamu pernah bermuamalah dengannya melalui wang sehingga kamu boleh mengukur sifat warak yang ada dalam diri orang itu?

Dijawab : Tidak!

Umar bertanya : Adakah kamu berkawan dengannya semasa belajar sehingga kamu tahu kemuliaan dan kelebihan akhlaknya?

Dijawab : Tidak!

Umar bertanya : Adakah kamu sentiasa melihatnya dalam masjid bersembahyang, kadangkala mengangkat kepalanya untuk berdoa dan kadangkala menunduk khusyuk?

Dijawab : Ya!

Umar langsung menghalau lelaki itu sambil berkata :
Kamu memang tidak mengenalinya!

Demikianlah Sayidina Umar begitu teliti dalam menilai seseorang, yang tidak hanya melihat pada kebaikan semata-mata tetapi juga sesuatu yang lain yang tersirat di sebalik akhlak seseorang.

Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah tidak melihat muka-muka serta badan-badan kamu tetapi Dia melihat hati-hati serta perbuatan kamu."   (Riwayat Muslim)

p/s : note kali ni saya petik dari kisah dalam majalah NUR...sebagai peringatan dari diri ini dan kalian...bukan senangkan nak kenal org keliling kita, pernah ana dengar 1 kisah para sahabat...tempoh nak kenal dgn saudaramu paling singkat 4 tahun..renung2kan...bukan ckp jgn percaya tapi...pesan saya DON'T JUDGE BOOK BY IT COVER...terima kasih :)

Comments

saya boleh kenal dgn 2 hari sahaja.....hebat x??? hax5 ^_^
Nurdinie Irdina said…
amboi, yo yo ooo ja..