Skip to main content

Posts

SALAM RAMADHAN :)

ASSALAMUALAIKUM, KAIFAHALUKA/KI? SIHAT SEMUA? salam ramadhan moga ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelum ni... semoga pada tahun ini kita sempat menghabiskan bulan ramadhan dengan sebaiknya... Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain. Amat banyak kelebihan bulan Ramadhan yang kesemuanya insya Allah akan kita bentangkan satu persatu dalam risalah kecil ini. p/s : alhamdulillah test FAR100 dan AIS130 hari tu :)

test??

assalamualaikum semua :) okay, selepas balik cuti ni... tibalah minggu TEST... okay 1 test dah lepas..ada lagi 3 test... sabtu ni dah start training :))) itu je buat masa ni... p/s : doakan dinie dan semua budak2 fakulti perakaunan uitm perlis dapat menjawab test ahad ni, test FAR100 and AIS130 dengan baik..jazakallah..jumpa lagi ye :))

TAQWA

Keutamaan taqwa, pakaian orang-orang yang begitu hampir rohani dan jasmaninya terhadap Allah dijelaskan dalam Al-Quran al Karim menerusi Firman-Nya dalam surah Al-Hujurat ayat 13 “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. Daripada ayat ini, kita sebagai insan yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan bumi Allah ini, seharusnya berusaha untuk mengabdikan jiwa raga terhadap keEsaanNya, melaksanakan amalan soleh dan kebajikan setiap ketika serta menjauhi segala laranganNya. Dalam kata lain, insan muslim mu’min seharusnya mendidik diri, keluarga dan masyarakat mengusahakan segala yang perlu untuk menegakkan kalimah Tauhid, mendokong syariat atau ...

ACD1Da ---> 1+ 1 TAK SEMESTINYA 2 (^_^)

GAMBAR KORPORAT ACD1Da P/S : nice toknow all of you =)

bertaubat dan istighfar

SENTIASA BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR "DARIPADA ABU HURAIRAH BAHAWA RASULULLAH S.A.W. BERSABDA YANG BERMAKSUD : "SESUNGGUHNYA ALLAH BERFIRMAN :  'AKU BERSAMA HAMBA-KU SELAGI MANA IA MENGINGATI-KU DAN KEDUA-DUA BIBIRNYA BERGERAK (UNTUK BERZIKIR). " (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah) p/s : mudahkan, namun senangkah kita untuk mengamalkannya? tepuk dada tanya iman, walaupun terjatuh jangan la kita mengungkapkan kata-kata yang dusta, sematkanlah bibir kita dengan alunan yang baik-baik, biasakan dengan mengungkapkan perkara yang baik2 dan insyaAllah bila kita dah terbiasa kita akan dapat mengamalkan...kalau sakit pun ingatlah itu salah satu kafarah dari dosa dan cara Allah menguji kita...betulkan jika saya salah (^___^) ilmu..iman..amal. .mempelajari ilmu...maka berimanlah dengannya..akhirnya beramallah dengan sebaiknya...bak kata perpatah, ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah =)
assalamualaikum nice to meet all of you... setelah sekian lama saya kembali.. sangat rindu kepada anda semua... bila dah jadi mahasiswi mcm ni la... busy sangat.. mcm2 kerja... ok skrg ni dekat lab 8..kelas AIS130 ada masa ni kejap je la... cuti mid year ni dinie cerita mcm2 ye... byk pgalaman yang dinie dapat dekat sini... ok jumpa nanti ye... ok semua sir dah nak mula... jumpa lagi... =) p/s : malam ni ada meeting dgn exco part 1 PERSIDA...esok ada AGM PERSIDA...nak tau PERSIDA tu apa nanti dinie cerita lagi ye...doakan dinie untuk test yang akan datang ni,...see you then =)

JAUHI HASAD DENGKI

Dalam dunia penuh pancaroba, Nikmat Allah tidak terkira, Namun mengapa manusia masih bermusuhan? "Alah, dia tu bukannya baik sangat" "Macamlah bagus sangat" Banyak ikan, banyak garam. Banyak orang, banyak ragam. Dunia dan Perhiasannya Demi Allah, dunia ini penuh dengan perhiasan, ibarat syurga bagi mereka yang kufur tetapi dipandang sebagai penjara oleh mereka yang hatinya dihias dengan iman. Dunia yang kelihatan cantik pada luaran, seringkali memberi satu impak ke dalam hati-hati manusia yang diberi nafsu oleh-Nya. Bagi yang bijak mengawalnya, insyaAllah nafsu berjaya ditundukkan tetapi bagi yang tidak berjaya, nafsu akan terus bergelora dan timbul pula satu perasaan hasad dan dengki, di mana pengakhirannya adalah kemusnahan. "Hei dalam nasi ni ada cicak!!!" Jerit seorang pelanggan di sebuah restoran yang terkenal dengan kesedapan makanannya. Di raut wajahnya, terukit satu senyuman kepuasan lantaran ramai pengunjung di situ me...

motivAsi diRi

Kita selalu mengeluh tatkala ujian menimpa kita. Kita merasakan kitalah yg paling malang. Hanya dibibir mengaku bahawa Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa dgn takdirNya yg satu ini kita enggan menerimanya+meredhoinya, semacam kita terlupa bahawa beratnya ujian dan hebatnya cabaran itu berkadar terus dgn kuatnya Iman kita. LA HAWLAWALAQUWWATAILLA BILLAHIL'ALIYYIL'AZIM.

titipan doa buat yg dirindui...

wahai pemilik nyawaku betapa lemah diriku ini berat ujian dariMu Tuhan...baru ku sedar indah nikmat sehat itu tak pandai aku bersyukur kini kuharapkan cintaMu kata-kata cinta terucap indah mengalun zikir di kidung doaku sakit yg kurasa biar mjadi penawar dosaku butir-butir cinta air mataku teringat semua yg Kau berikan untukku ampuni khilaf dan salah selama ini ya Ilahi MUHASABAH CINTAKU tuhan...kuatkan aku lindungiku dari putus asa jika aku harus mati pertemukan aku denganMu ~salam ukhuwah buat semua ^_^~

10 jenis solat yang tidak diterima oleh Allah.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solatnya,maka solat itu sebagai cahaya baginya,petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solatnya ,maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya,dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."(Tabyinul Mahaarim) Rasulullah SAW telah bersabda bahwa:"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT,antaranya: 1.Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 2.Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat 3.Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 4.Orang lelaki yangmelarikan diri. 5.Orang lelaki yang meminum arak tanpa mahu meninggalkannya. 6.Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 7.Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 8.Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 9.Orang-orang yang suka makan riba. 10.Orang yang solatnya tidak ...

SIAPA DI HATI KITA??

Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. “Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” “Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.” “Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya,” desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji. “Kalau begitu, di mana ALLAH?” ujar budak itu. Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya p/s : renung-renungkan & ambil ikhtibar ^_^

KEM PENGENALAN TARBIYYAH ISLAMIYAH II

YEAH KEMBALI DGN SEASON II ^_^V third- KITA SAUDARA tepat 6.50 petang semua berkumpul... huhu...penuh lif nak turun bawah... kami jalan kaki je ke masjid yg dimaksudkan pada post yg lepas... muslimin dah sampai dulu kot sebab blok hotel diorang paling dekat dengan masjid... azan berkumandang...maka masuklah waktu solat maghrib.. kami solat berjemaah maghrib dan masing-masing solat sunat selepas maghrib... slot malam itu di isi dengan ceramah ringkas tapi padat dengan fakta,pengajaran dan dalil oleh imam masjid berkenaan.. perbincangan menjadi panjang...apabila 8 mikrofon yg diedarkan kepada peserta...4 muslimin 4 muslimat.. maka berlakulah perbincangan soal jawab pada malam itu... saya juga tidak melepaskan peluang apabila mikrofon itu dipas kepada saya... biasalah bila 300 orang nak bercakap macam-macam yang ingin ditanya... cuma rasa kagum itu timbul bila suasana masjid tidak riuh dengan suara peserta untuk bersembang kosong... cuma kedengaran suara penyoal dan penjaw...

KEM PENGENALAN TARBIYYAH ISLAMIYAH I

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera... i'm back...hehe ^_^ dah lama post ni diperam dlm draft... kini saya published ye... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ nak cerita apa ye? emm... KEM PENGENALAN TARBIYYAH ISLAMIYAH saya menyertai kem ini melalui kawan-kawan... bukan bawah program sekolah tapi program sebuah organisasi.. sepanjang darjah 1 sehinggalah tingkatan 5... kem ini mendapat tempat ke-2 di hati...hehe ^_^ syok ke? jom teroka..!! ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ program ini berlangsung selama 5 hari 4 malam... menempatkan hampir 300 org peserta seluruh semenanjung... sampai je situ..waaa...nga..nga la..ramai sgt..hehe ^_^ tak terkecuali sabah & sarawak... program 5 hari? waa.lama tu buat apa ye... emm...ok nak mula yg mana satu ni...saya skip2 ye boleh? ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ TALIAN UKHUWAH - selalunya lebih dikenali dgn sesi 'ice breaking' atau taaruf mcm biasa bila baru sampai mestilah kena kenal2 dulu... kena tubuhkan kumpulan... satu slot yg mmg tak boleh lupa...a...

KUKU 2

sambungan KUKU 1.. MILIKI KUKU BERKILAT -Sebagai tambahan, kamu boleh menggunakan alatan yang sesuai bagi mendapatkan kuku yang menawan dan berkilat. Selain mencantikkan penampilan kuku, ia juga dapat melembutkan struktur kuku yang agak kasar. Fungsinya yang pelbagai guna, memudahkan lagi kerja kamu merias kuku supaya tampil sihat sempurna... BUAH-BUAHAN MEMBANTU MENCANTIKKAN KUKU -Pengambilan makanan berkhasiat mampu menjadikan kuku bertambah kuat dan sihat. Selain buah-buahan, bawang putih, kekacang, bawang besar, telur, beras perang, hati, salmon dan tuna dikatakan mampu membantu mencantikkan kuku. EPAL Epal mengandungi skandungan serat yang amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram untuk setiap biji buah epal yang berukuran sederahana besar. Serat ini bermanfaat untuk melancarkan pertumbuhan tisu-tisu baru terutama di sekitar kulit kuku. Selain itu, epal juga mengandungi zat fitokimia yang berfungsi sebagai antioksida yang menegah kerosakan sel kuku. TIMUN ...

PANAHAN CINTA REMAJA

kisah ini panjang dan harap semua bersabar membaca dari bait  ke bait perkataan...^__^ enjoy your reading..!! Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah. Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya. Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu mem...

KUKU 1

Percaya atau tidak , KUKU buktikan kesihatan diri Mungkin ada diantara kamu yang berpandangan, ada apa dengan kuku sehingga perlu diberi perhatian. Penjagaan wajah lebih penting berbanding dengan mana-mana anggota tubuh badan. Jika itu pendapat kamu, bermakna kamu salah. Jangan memandang enteng pada penjagaan kuku. Melalui kuku yang sihat dan bersih, ia sebenarnya mempengaruhi penampilan dan keyakinan kamu. Tidak perlu berkunjung ke salun untuk mendapatkan khidmat membersihkan kuku, sebaliknya kamu boleh melakukan sendiri di rumah. Penjagaan kuku ini boleh dilakukan di rumah tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak. Ikuti tip berikut agar kuku kamu tampil cantik dan kekal sihat. TIP BERSIH KUKU Potong kuku secara teratur, tidak terlalu dalam dan tidak melebihi batas kuku.(hujung kuku) Elak mencungkil sisi kuku kerana boleh mendatangkan bengkak. Semasa memotong kuku, pastikan kamu memotongnya secara empat segi atau melengkung. Kemudian dengan menggunakan pengasah kuku, bentukk...

LEMAH LEMBUT @ KASAR

Alhamdulillah masih diberi peluang utk mencoret sesuatu... Salam alaik, kpada semua... entry kali ni lemah lembut atau kasar... lemah lembut selalu disinonimkan dengan sifat wanita.. kasar pula kepada kaum lelaki... am I right..?? hmm... let's discover something about the gentle and rough ..   ~~~~~~~~~~~~~~~~ what can be imagined with gentle and coarse ~~~~~~~~~~~~ LEMAH LEMBUT L emah lembut (al-halim) itu antra Asma al-Husna (nama-nama Allah).  Allah berfirman yang bermaksud : "Dan ketahuikah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun  (surah al-Baqarah 2 : 235)     Muslim yang lemah lembut (al-hilm) dihiasi dengan hati yang lunak, jauh dari sifat yang baran, sopan santun, berlapang dada dan membalas keburukan dengan kebaikan.. Perhatikan kisah berikut, satu teladan daripada sirah nabawi : Tufail bin Amru al-Dusi pernah menyeru kabilahnya agar beriman dengan Allah dan Rasulullah, namun seruannya ditolak. Setelah mengadu kepada baginda, Tufai...

LIFE..??!!

assalamualaikum... jumpa lagi kita di hari yg indah ini... tiba masanya utk saya merungkai kembali.. apa yg ada dalam diary pink ..!! ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ sepanjang masa dihabiskan dgn membaca sahaja... seronok dapat merasa nikmat itu...banyak ilmu yg boleh diperolehi...the latest yg saya baca..hmm... KUNCI KEJAYAAN MINDA by DR. AIDH ABDULLAH AL-QARNI (sebenarnya dah hampir beberapa kali baca..hehe..^____^V) suka saya ulang ayat di sini... GAGAL bukan bermakna TEWAS...!! kenapa mesti menimbulkan soal GAGAL..?? hmm let's think about it..!! yeah SIAPA nak BERJAYA tnpa sebarang KEGAGALAN..?? itulah reliti hidup... TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU TANPA PENGORBANAN SEPAHIT HEMPEDU perkara ni sinonim dgn masyarakat sekarang yg lebih suka utk bersenang sahaja.. nak makan pun susah tau... kena masak+bukak mulut+suap+kunyah+telan... hah see...semua bnda kita kena belajar... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ mulut ini tidak lah manis utk berkata-kata... cuma berkongsi sedi...