Skip to main content

Posts

Itu Yang Tertulis...

 Suasana agak redup pagi itu. Matahari mula menyingsingkan sinarnya ke seluruh alam. Tenang dan damai di jiwa melihat kebesaran Allah. Sungguh bersyukur dirinya dengan segala nikmat kurniaan Ilahi. Tanpa-Nya, tidak mungkin dia masih di sini. Ya, pengembaraan hidup menuju redha-Nya.           Matanya memerhati sekeliling tasik. Agak berkurang orang kala ini. Mana perginya semua orang? Bukankah hari minggu seperti ini ramai orang berkunjung ke tasik itu? Kawasannya agak lapang dan segar tanpa sebarang pencemaran. Boleh memuatkan ramai orang dalan satu-satu masa. Kakinya meneruskan lagi langkah bagi mencari tempat berteduh. Dia ke situ bukan sahaja ingin menenangkan minda tetapi ada kerja lain yang perlu disiapkan. Mudah-mudahan, semuanya berjalan lancar.           Kelihatan sebatang pokok rendang di timur tasik. Tempatnya agak menarik. Kedudukannya membuatkan insan yang berada d...

Kisah Cinta Agung Saidina Ali dan Saidatina Fatimah..

********** Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah. ”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagai...

I miss he and she every second in my life (:

♥ Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.. ♥ Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.. ♥ Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.. ♥ Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.. :: Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... " :: Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... " TETAPI... ♥ Bila hati mak kita terguris, mak kata ..." Tak apa , dia masih muda... " ♥ Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... " Tak mengapa , belum sampai akalnya... " ♥ Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki... ♥ Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena... ♥ Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal... ♥ Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga... #Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia Anak yang ...

behave yourself (:

Nabi SAW memuji orang yang dapat mengendalikan hawa nafsunya ketika marah. Sabda Baginda yang bermaksud : " Bukanlah dikatakan orang kuat kerana dapat menumbangkan lawannya, tetapi orang yang kuat ialah orang yg mampu mengendalikan hawa nafsunya di waktu marah." Allah juga memuji orang yg dapat mengendalikan nafsunya ketika marah dan suka memberi maaf kepada orang lain. Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang menahan marahnya padahal dia boleh melepaskannya, kelak Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segala makhluk sehingga dia diberi hak untuk memilih bidadari yang disukainya."

Faridah jadi aspirasi pelajar ACCA, perakaunan UiTM

Date: 29 Nov 2004 Publication: Berita Harian PROFESOR Madya Faridah Ahmad adalah salah seorang ahli ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) yang mengambil keputusan untuk memberi sumbangan melalui pendidikan. Kini, setelah memiliki pengalaman luas di dalam dan luar negara, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Perakaunan, di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Sejarah beliau dengan ACCA bermula selepas menamatkan pengajian sekolah menengahnya pada 1970-an. Faridah kemudian mengambil kursus Diploma Perakaunan di UiTM pada 1972. Tiga tahun kemudian, Faridah dengan berbekalkan sijil diploma memulakan kerjayanya dalam industri kewangan dan perakaunan. Dengan semangat dan daya usaha tinggi, Faridah mempelajari teori perakaunan, kewangan sehingga beliau mampu memegang jawatan lebih tinggi. Namun, untuk menjadikan beliau lebih berjaya di bidang perakaunan, beliau perlu kelayakan profesional. Atas keperluan itulah, Faridah m...

TELITILAH MENILAI

Khalifah Islam yang terkenal, Sayidina Umar al-Khattab memang sangat teliti dalam meletakkan kaedah yang betul untuk mengenali keperibadian seseorang. Suatu hari, beliau  didatangi lelaki yang menjadi saksi bagi pihak seorang yang lain (tertuduh). Umar bertanya : Adakah kamu mengenali orang ini? Dijawab : Ya! Umar bertanya lagi : Adakah kamu jirannya yang mengenali selok-belok kehidupannya? Dijawab : Tidak! Umar bertanya : Adakah kamu pernah bermuamalah dengannya melalui wang sehingga kamu boleh mengukur sifat warak yang ada dalam diri orang itu? Dijawab : Tidak! Umar bertanya : Adakah kamu berkawan dengannya semasa belajar sehingga kamu tahu kemuliaan dan kelebihan akhlaknya? Dijawab : Tidak! Umar bertanya : Adakah kamu sentiasa melihatnya dalam masjid bersembahyang, kadangkala mengangkat kepalanya untuk berdoa dan kadangkala menunduk khusyuk? Dijawab : Ya! Umar langsung menghalau lelaki itu sambil berkata : Kamu memang tidak mengenalinya! ...

PERMATA YANG DICARI (:

Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirinya bukan untukku Redha hatiku dengan ketentuan-Mu Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu p/s : haaa...nasyid ni? emm.... hayati okay, special dedicate to all of you, act lagu ni start dgr balik lepas baca novel ni 'CINTA KONTRAK' by nutul ain syuhada (: nak cari? cari2...ehehe...okay semua...jom layan sudu & garfu TV3 ^_^V

ISTHIKARAH CINTA

Bersaksi cinta diatas cinta Dalam alunan tasbih ku ini Menerka hati yang tersembunyi Berteman dimalam sunyi penuh do'a Sebut nama Mu terukir merdu Tertulis dalam sajadah cinta Tetapkan pilihan sebagai teman Kekal abadi hingga akhir zaman Istikharah cinta memanggilku Memohon petunjukmu satu nama teman setia Naluriku berkata Dipenantian luahan rasa Teguh satu pilihan Pemenuh separuh nafasku Dalam mahabbah rindu diistikharah cinta.. p/s : emmm....sebab apa poat lagu ni....saja nak share dah lama tak share note...lagu first yg dinie tau dari intan nur alia...ehehe :D thanks Intan, song with meaningful lyrics :D enjoy dan hayati ye korang....dinie tag note ni random (:

SEBUAH RENUNGAN YANG BERMAKNA BAGI DIRIKU DAN KALIAN SEMUA (:

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya... Kerana Allah teramat mencintainya... tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, Di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang ebih byk mengecewakan kita " "Jika Allah mendatangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya... Mengapa masih ragu-ragu? "Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan.... "Sebesar-besar dosaadalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya " ~IMAM GHAZALI~ p/s : ukhti, aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan, dari melihat kamu gembira dalam kelalaian, ukhti, aku bangga mendengar tangisanmukerana pengorbanan.... dari melihat tawamu dalam pengkhianatan... aku bangga anda...

HAKIKAT BAHAGIA

Hakikat Bahagia Album : See You D IPT Munsyid : Unic http://liriknasyid.com Bahagia itu dari dalam diri Kesannya zahir rupanya maknawi Terpendam bagai permata di dasar hati Bahagia itu ada pada hati Bertakhta di kerajaan diri Terbenam bagai mutiara di lautan nurani Bahagia itu ada di jiwa Mahkota di singgahsana rasa Bahagia itu adalah suatu ketenangan Bila susah tiada gelisah Bila miskin syukur pada Tuhan Bila sakit tiada resah di jiwa Bukankah Tuhan telah berfirman Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang C/O : Kebahagiaan itu suatu kesyukuran Bila kaya jadi insan pemurah Bila berkuasa amanah Bila berjaya tidak alpa Bila sihat tidak lupakan Tuhan Hakikatnya bahagia itu Adalah ketenangan Bila hati mengingati Tuhan Semua insan kan mengerti Maksud terseni Ilahi Itulah zikir yang hakiki p/s : my favourite song ! heehe ^___^ hayatilah byk makna yang tersurat :) kawan2 doakan saya dan kawan2 yg lain semoga berjaya dlm final yg lep...

ISTIMEWA :)

Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaanNya.. Maka jadilah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah, jihad di jalan Allah... Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang... Cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang... Jadikanlah dirimu gadis manis yang tidak pernah kalah dengan redup panahan mata adam... Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah bertintakan darah dan air mata perjuangan, ditits atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk mejahadah menuju Tuhan.. Salam rindu dan Mujahadah... p/s : post kali ini khusus buat semua kawan2 perempuan di FB ni... kepada senior, junior, kawan2 1 batch, family... maaf kepada siapa yg tak di'tag' sbb ruang tag hanya utk 30 org... but ini semua untuk korang :) doakan dan dinie dan kawan2 yg lain yg sedang menduduki final ye :)

KERELAAN HATI KITA :)

Iringi setiap langkah kakimu dengan hati yang berani... Tabah dalam mengharungi segala pahit getir dalam perjuangan mencapai keredhaan Allah... Ukirlah senyuman dibibirmu meskipun hatimu sakit dipanah ujian... sampaikanlah segala pengharapanmu dalam doa yang tulus dari hatimu, ketahuilah.... sesungguhnya Allah sentiasa menyayangimu... Walaupun berat mana cabaran yang dibekalkan padamu, takpernah sedetik pun dari masa berlalu Dia meninggalkanmu, kerana itulah tandanya Dia merindui dan mencintaimu... Barakullahu fik :) p/s : apa pun yang hadir dalam hidup kita ketahuilah ianya adalah takdir yg telah ditetaplan, jangan salahkan takdir... ia bersamaan kita menyalahkan pencipta takdir tersebut.... apa pun yang jadi 'please' peringatan utk diri ini dan kalian YNWA... ada beberapa nasyid utk kalian...hayatilah setiap bait2 liriknya.... dengan makna yang mendalam yang sangat bermakna bagi diriku ini... yang sentiasa menjadi penguat tatkala diri ini hampir rebah dan te...

singgah-singgah..!! 5minit je..!! :D

sahabatku... tika hatimu gundah, antara kecintaan hatimu dan redha Tuhanmu, ku ingin sekali kau mengerti... sesungguhnya apa yang diredhaiNya, pastinya yang terbaik untuk dirimu... duhai sahabat, jika kau meninggalkan sesuatu yang kau cintai hanya untuk Tuhanmu, pasti Dia akan mengantikan untukmu sesuatu yang jauh lebih baik dari itu... percayakah kau pada janji-janjiNya ?? tunggulah sahabatku, janjiNya pasti akan datang...hanya Dia yang Maha Mengetahui, betapa keranaNya kau korbankan hidupmu (: p/s : fuhh...baru update blog...tapi mcm biasa draft dulu...hehe (: act baru terbaca kawan punya note fb.. terdetik dihati untuk berkongsi dengan kata-kata ini... seriously ini yg dinie pgg sampai hari ni... YNWA (hah..!! jangan ingat liverpool je okay..hehe^^ ) He's always by your side...percayalah... okay 2 down 3 left...hehe next paper MAT112, FAR100, AIS130 :) *comment2 anda akan dilayan... please note something here to share with others :) sharing is caring..! Am ...

test final exam quiz carrymark

assalamualaikum, lama dah tak update.. sebenarnya update je cuma byk je dalam draft belum di publish..hehe (: okay utk masa yg terdekat ni semua sibuk siapkan assignment dari lecture, test and quiz yg tak jemu menjengah hari kami... masing2 pegang buku kegemaran masing2 haha... test FAR100, presentation AIS130 selesai semalam (: *carrymark mat112 selasa ni okay, bel120 ...okay nanti dinie update lagi lepas balik dari annual camp (: doakan dinie dan kawan-kawan disini dapat pointer tinggi, kepada bdk2 DIA jersi korang yg tak dapat nanti dinie usahakan tanya DAIS..

CINTA SEJATI AIMAN DAN SYAHIRAH

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadiny...

SALAM RAMADHAN :)

ASSALAMUALAIKUM, KAIFAHALUKA/KI? SIHAT SEMUA? salam ramadhan moga ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelum ni... semoga pada tahun ini kita sempat menghabiskan bulan ramadhan dengan sebaiknya... Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain. Amat banyak kelebihan bulan Ramadhan yang kesemuanya insya Allah akan kita bentangkan satu persatu dalam risalah kecil ini. p/s : alhamdulillah test FAR100 dan AIS130 hari tu :)