Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

BUAT LEPASAN SPM

sahabatku, semalam kita semua baru dapat keputusan SPM, ada yang gembira. Tidak kurang ada yang berduka. Tapi ketahuilah sahabatku.. Bagi yang mendapat keputusan cemerlang, tahniah saya ucapkan. Namun jangan dikau lupa untuk membelek kembali jauh ke sudut hati. Apakah nikmat yang Allah beri itu Allah beri dalam keadaan redha atau dalam keadaan murka? Sudahkah dikau melakukan sujud syukur atas kurniaan Allah? Sudahkah dikau meminta ampun lantaran betapa dosamu banyak menggunung tapi Allah tidak pernah putus mahu memberikan nikmat. Bagi sahabat-sahabat yang keputusannya kurang cemerlang, janganlah bersedih. Mungkin itu caranya Allah mentarbiyah hati. Allah tahu apa yang terbaik buatmu, sedang kita, manusia biasa yang tidak tahu apa maksud tersirat yang Allah beri... Jangan melihat semua peluang sudah tertutup. Hakikatnya apabila satu pintu tertutup, banyak lagi pintu yang boleh dibuka cuma kadangkala kita terlepas pandang kerana terlalu lama menghadap pintu yang te

syOk ke??!!!

assalamualaikum.. baru je lepas borak dkt sahibah ana sorg ni... sapa erk??  sekarang dah ada dkt selangor pun.. skolah SMAP kajang... lain je suara... kan Syafawani?? hehe  =) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ seminggu sebelum spm hah dorm ainul mardhiyah dah buat jamuan utk spm... mmg semangat sungguh la...huhu... hilangkan rasa gementar dengan makanan... sebab tu panggil geng PBSM(persatuan budak suka makan..!!)  sehari sblm SPM bermula..22 nov 2010 ....tit...tit...tit...(new messages receive)  wahai mujahidah, yg dilihat dan diukurNya bkn sejauh mana usahamu tapi yg diharap sejauh mana TAWAKAL, PERCAYA nan jitu, pergantungan padanya, tapi tak bermakna tak perlu berusaha, USAHAlah semampumu tapi jgn sekali beraqidah bahawa banyak usaha penentu kejayaan, tetapi berimanlah bahawa TAWAKALmu itu hanya semata2 padanya, itulah penentu kejayaanmu, kejayaan bukan milik sesiapa tapi milik ALLAH, jadi seyakinnya pohonlah pada-Nya semata...bitaufiq wannajah, insya-Allah. =) selawat ban

CERPEN HIJRAH : AKU IDAMKAN SYAHID

Kesunyian malam 1 Muharam yang gelap gelita itu dipecahkan dengan tangisan pertama seorang bayi yang masih belum bernama,tangisan yang nyaring itu sekaligus menghilangkan rasa sakit mengerang si ibu dan mengukir satu senyuman di wajah sang ayah yang berada di luar wad bersalin. Apabila dimaklumkan oleh jururawat bahawa dia dibenarkan masuk melihat isteri dan anak,si ayah tanpa membuang masa masuk ke dalam dan terus mencium wajah si isteri yang kelihatan pucat. Air mata kegembiraan mengalir dari kedua-dua pasang mata suami isteri tersebut. “Ini tuan,perempuan,”kata Dr.Farah kepada pasangan bertuah tersebut sambil memberi bayi perempuan itu kepada si ayah. Si ayah melaungkan azan dan iqamat di telinga si bayi,mengingatkan bayi yang baru lahir itu bahawa tiada yang lebih besar dari Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. “Abang nak namakan si comel kita apa?”Soal Aina kepada Ikhwan. “Nurul Syuhada Al-Ulya,cahaya sang syahid tertinggi,”kata Ikhwan sambil terse

CERPEN ISLAMIK : ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia. Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook; yang mana dahulunya cukup terkenal sebagai akhi yang sering yang bermujahadah dan istiqamah dalam dakwah, kini hanyut dengan arus cinta manusia. Gambar-gambar bersama teman wanita menghiasi ‘profile pictures’ sahabat-sahabatnya. Tidak kurang juga bagi akhwat, yang dahulunya sangat dihormati kerana menjaga batas pergaulan, tunduk apabila berbicara membuktikan kukuhnya iman, kini alpa dengan arus pemodenan. Hijab yang dahulunya menjadi duri bagi setiap kumbang yang ingin hinggap pada m

ANGKASA LEPAS 2013

TAJUK : Melancong ke angkasa lepas 2013 MOSCOW - Rusia akan mula menjual tiket perjalanan bernilai berjuta-juta dolar ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 2013 selepas rancangan itu tertangguh selama empat tahun. Jurucakap syarikat Space Adventures yg beribu pejabat di Virginia, Sergey Kostenko berkata, pihaknya akan menwarkan tiga perjalanan 10 hari setiap tahun ke ISS menaiki kapal angkasa Soyuz mengikut perjanjian dengan agensi angkasa lepas Rusia, Roskosmos dan pengeluar Soyuz, Energia. Rusia bakal menambah bilangan penerbangan ke orbit daripada empat ke lima setahun pada 2013 bagi tujuan perlancongan  angkasa lepas menerusi Soyuzyg boleh memuatkan tiga penumpang pada satu-satu masa untuk memaksimumkan penggunaan pesawat tersebut. Pelanggan mungkin perlu membayar lebih AS$35 juta (RM 110 juta) bagi pelancongan ke orbit seperti yg pernah dibayar jutawan perisian Amerika Syarikat (AS), Charles Simonyi pada 2007. Katanya, Space Adventures juga telah mempunyai senarai nama

nota cinta buat ,,,,

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.”  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) “Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”,  getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi. Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya. ”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”,  bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus. “Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”,  tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian. Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namany