Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

Sesalju Nur di bumi tarbiyah Kedah

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan." ANNUR telah pun selamat mendaftar sebagai mahasiswi disebuah kampus sekitar Kedah. Annur selesai mendaftar sebagai non-resident (NR) kerana penempatan pelajar Ijazah Sarjana Muda diluar dari kawasan universiti. Annur yang dikenali sebagai seorang yang sangat aktif sejak dibangku sekolah lagi sentiasa mencari-cari peluang untuk menyertai persatuan-persatuan dikampus barunya itu. Namun begitu, sudah dipasakkan dalam dirinya untuk menyertai satu sahaja persatuan sepanjang pengajiannya diperingkat degree ini. Target utama mencari persatuan Islam. Fighting, Annur! 2 minggu berlalu, Annur masih belum menemui mana-mana persatuan Islam dikampusnya itu. Dia ke Pusat Islam untuk melihat sekiranya ada hebahan berkenaan persatuan Islam yang dicarinya itu

Allah bantulah HambaMu ini

“Berdoalah kepada ALLAH dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan dan sesungguhnya ALLAH tidak mengabulkan doa daripada hati yang lalai dan berpaling.” (HR At - Tirmizi) AIRMATA Annur gugur lagi. ‘Ya ALLAH, maafkan aku. Aku menangis lagi kali ini. Berikan aku petunjuk-Mu, ya ALLAH. Aku akhirnya gagal membendung gelora jiwa. Terasa sakit hatiku datang semula. Sakit yang ku tahan-tahan selama ini. Lindungi hatiku daripada nodaan syaitan dan iblis, ya ALLAH...’ Annur sendkan SMS akhir itu kepada Amar. Moga itu menjadi SMS terakhirnya pada Amar. YA ALLAH... jika segalanya tiada. Jika dia bukan pemilik rusukku, usirlah pesonaku daripada pelupuk matanya. Lupuskan aku daripada relung hatinya. Janganlah dia merindui kehadiranku. Gantikan cinta yang berlabuh di hatinya dengan dambaan rindu cinta yang murni di hatinya hanyalah untuk-MU. Semaikan rindu cinta di hatinya hanya untuk syahid di jalan-MU. Kau bimbinglah dia ke jalan keredhaan-MU. Kerana aku tak mahu hat

Sahabat

”Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya.” (Riwayat Abu Daud)

Dinie’s 1st Semester Journey

Doa Belajar

Pdf Doa Belajar Selamat beramal. InsyaAllah ❤️ Doakan saya last paper FAR720 (Ahad 13/1)

Al Fatihah. Ustaz Zawawi Hassan.

Al Fatihah. Hanya Allah yang berhak atas apapun dimuka bumi ini. Pergi seorang insan yang berjiwa besar. Yang sangat kuat dalam medan tarbiah dan pengkaderan. Semoga Allah tempatkan Ustaz ditempat yang terbaik disisinya. InsyaAllah. Semoga semua ahli keluarga Ustaz kuat menghadapi ujian Allah ini. Semuanya rahsia Allah. Mengenali ustaz sebelum beliau sakit, semasa sakit selalu juga follow up perkembangan di Facebook dari sahabat2 ustaz yang menziarah dan sehingga hari ini terkejut sekejap mendengan berita ini. Semuanya ada hikmah Allah kita tidak nampak namun itulah yang terbaik buatnya. Al Fatihah. Ustaz Zawawi Hassan. Mantan ADUN Semanggol, Perak.

Hari Jubah Dinie

29 Oktober 2018. Alhamdulillah dengan izin Allah, selesai pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, Kedah  🙂 Selamat tinggal Merbok, tanah tumpah air mata dan keringat. Lebih 3 tahun di sini, akhirnya Allah izinkan untuk pulang berdamping dan menggembirakan ibu ayah adik2, menawarkan bakti kepada masyarakat. Moga semakin bertambah ilmu, takwa dan amal. Doakan saya istiqamah, menjadi seorang yang menyumbang kepada bidang keilmuan dan berbakti kepada Islam. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, ya Rasul, ibu ayah dan keluarga tersayang kerana memaknakan hidup seorang Dinie. Terima kasih juga kepada pensyarah2 dan sahabat2 UiTM, lebah dan sahabat2 jemaah yang banyak membantu dan mendoakan yang  terbaik  untuk Dinie. Semoga Allah ganjarkan dengan kebaikan.  😇 # alhamdulillahtamat # istiadatkonvokesyenuitmke89 # sayamasihstudent # nakbuatkaranganpanjanglagitapiassignmentlagibanyaknakpikir # doakansayadapat

Solat Tahajud (Ustaz Ahmad Dusuki)

Rasulullah bersabda, "Barang siapa menjaga sholat tahajud dengan sungguh-sungguh, maka Allah memberinya sembilan kemuliaan, terdiri dari lima kemuliaan didunia dan empat di akhirat. Di dunia: 1. Allah jauhkan dari bencana 2. Tanda kesholehan memancar diwajahnya 3. Akan dicintai hamba Allah yang sholeh pula dan disegani manusia 4. Bicaranya jadi hikmah dan berwibawa 5. Mudah memahami Agama Allah. Di akhirat: 1. Bangkit dengan wajah penuh cahaya 2. Mudah saat di hisab 3. Seperti kilat menyambar melewati shirot 4. Menerima catatan amal dari sebelah kanan. SubhanAllah,  "Allahumma semoga Allah ilhamkan kepada kita dan keluarga kesenangn dan kekhusyuan sholat malam... Aamiin".

3 Tahun di Merbok bersama Lebah Kesayangan

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Adik2 semua terima kasihhhh  😭 😭 😭 😭 😭  terharu dan sedihnyaaaaa sebab lepas ni kami dah Alumni. Kita bantu dari sudut sebagai alumni pula. Didoakan semoga semua terus SABAR, KUAT, THABAT DAN ISTIQAMAH. Terima kasih untuk semuanya sepanjang 3 tahun akak di Merbok dari (B11 - B17) sungguh terlalu banyak diri ini belajar dari kalian. Terima kasih kerana sentiasa berusaha menjadi anak buah akak yang  TERBAIK  suatu masa dahulu sehingga sekarang. Yang  sentiasa yakin dan percaya akak dan team PMT mampu mengurus dan diurus, memimpin dan dipimpin dan mentarbiah dan ditarbiah. Kepada kakak2 Baitun Najah (Kak Noren Kak Mira dan Kak Farhah dan alumni2 yang sempat kenal dan singgah di BN sepanjang dinie stay disitu selama 1 tahun setengah) dan adik2 BN (Hawa Angah Atikah) terima kasih selalu masakkan bila dinie tengah final exam, hantar dan ambil dari kelas, bagi moral support, rindu dah nak tolak2 siapa nak jadi imam dulu  🤭  haha. Sangg

Bengkel Photoshop Nisa' Pulau Pinang

10 November 2018. Alhamdulillah ala kulli hal. Terima kasih kepada semua AJK  Nisa Pulau Pinang  yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Yang mendoakan  ❤️ Terima kasih, minta maaf dan semoga berjumpa lagi kepada semua peserta Jelajah Bengkel Photoshop. Semoga ilmu yang dikongsikan hari ini bermanfaat kepada antum dan dimanfaatkan kepada perkara yang baik + orang ramai. InsyaAllah. Unit Nisa’ News Network (3N) Nisa’ Pulau Pinang 10 November 2018.

Ayat 1000 Dinar

Solat dan ABC?

Kredit : Abeben Studio Buat para Muslimah di luar sana yang tak leh solat, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kalian tidak berusaha melakukan sesuatu yang boleh membawa kalian lebih dekat kepada Allah. Memang wanita 'uzur' tak boleh solat dan baca Quran sebab berhadas besar, tapi masih boleh melakukan ibadah utama yang lain seperti mendengar tazkirah, membaca bahan bacaan yang bermanfaat dan mengingatkan diri kepada Allah, berzikir, beristighfar, join event dakwah, seminar keagamaan, dan banyak lagi. Moga-moga dengan usaha kita menunjukkan kesungguhan mendekatkan diri kepada Allah, Allah akan menyayangi kita, merahmati kita dan memasukkan kita ke dalam syurga-Nya di akhirat kelak. Insya-Allah. p/s : ABC = Allah Bagi Cuti

Happy 26th Anniversary, Ibu & Ayah

15 November 1992 Happy 26th Anniversary! God truly blessed me because He gave me two wonderful people I can call mom and dad. Thank you for being such wonderful parents to me. Thank you for all that you have done for me. "Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami  kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami semasa kecil." Today marks not only your anniversary, but also the truth that you are always meant to be with each other. My only wish is that I will find the same kind of love that both of you share. It has withstood the test of time, and it has strengthened your love for each other over the years. I love you so much. May Allah always bless our family. Happy anniversary mum and dad! ❤️

Surat Cinta Daripada Allah

❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ Sahabat soleh/ah saya selalu pesan bila belajar ni lagilah kena banyak dekatkan diri dengan Allah dan doa banyak2 pada Allah. Minta Allah permudahkan urusan belajar Minta supaya ilmu ini berkat dan bermanfaat Waktu belajar ni stress dia kena tahu cara nak handle Tipulah kalau cakap tak pernah nangis But still kena kuat sebab kita dah mula dan kita tahu kenapa kita pilih jalan ini. Ustaz juga selalu pesan, Jaga adab belajar/mengaji ni. “Sebelum menuntut ilmu JIWA/HATI kena bersih dulu” 1. Baca Al Quran selalu. Mata orang yang selalu melihat ayat2 Allah ini kelebihan dia mudah ingat pelajaran. Paling kurang 1 mukasurat jangan tinggal. 2. Jaga solat awal waktu . Lagi cantik dapat berjemaah. Bila solat awal waktu Allah tak akan tangguh kejayaan dia. InsyaAllah masa kita juga akan lebih ‘berkat’. 3. Setiap kali nak buat homework atau assignment dapat je ILHAM/IDEA adab dia ambil wudhuk kemudian solat sunat 2 rakaat baru tulis apa yang terlintas. 4. L

FAKTA PELAJAR UNIVERSITI PERLU TAHU

Kredit : Nurel Yana Maurad Tahukah anda bahawa: 1. Seseorang pelajar boleh habiskan hampir satu juz Al-Quran sementara menunggu bas atau semasa perjalanan dalam bas ke kuliah daripada termenung sambil stress menunggu bas datang? 2. Seseorang pelajar boleh cari kelapangan rezekinya dengan menunaikan solat Dhuha 2 rakaat sementara menunggu lecturer masuk daripada main game candy crush? 3. Seseorang pelajar dapat pahala berganda dengan hanya 100x kali istighfar semasa naik tangga hingga aras 4 kolej daripada bergosip bercerita hal kawan? 4. Seseorang pelajar boleh habiskan mathurat pagi sementara menunggu waktu rehat habis daripada habiskan waktu dengan mendengar lagu lagha? 5. Seseorang pelajar perempuan juga boleh jimatkan masa untuk solat di surau kerana berpakaian menutup aurat dengan sempurna tanpa menggunakan telekung? 6. Seseorang pelajar dapat elakkan pembaziran wang setiap hari dengan minum air kosong dalam botol air? 7. Seorang pelajar dapat habiskan 33x ka

Waiting For A Life Partner?

Waiting For A Life Partner? EP 53: Waiting For A Life Partner? I’ve gotten a lot of messages asking me to speak about finding a life partner (or the topic on “jodoh”) so here’s 5 lessons I learned while I was waiting for mine. As usual if this sharing has helped you, pass it on and share it forward! Indeed true  👍 You don't have to wait until marriage to learn about ISLAM, strengthen your IMAN and better yourself. You don't have to wait for 'oh bakal imamku' to lead the way either. Yes we all fancy the idea of helping each other out, learning Deen together (duh?) but why wait when you are in the perfect state to do so right now? What if your marriage never come, and Allah called us first? You have been so lost in the obsession of 'bakal imamku' that you forget it is Allah who make that man appear or not. It is Allah who knows whether you're going to get married or go back to Him first. Matters become blurry because you don't se

Keistimewaan Menjaga Solat

Ulama berpesan, sesiapa yang menjaga solat. Maka, ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala akan memberinya 5 keistimewaan kepadanya iaitu: 1. Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya. 2. Akan dihindarkan daripada azab kubur. 3. Akan mendapat buku catatannya daripada tangan kanan. 4. Akan melintas titian sirat dengan pantas 5. Akan memasuki syurga tanpa hisab.

Rijalul Qaul & Rijalul 'Amal

Imam Hassan Al-Banna rahimahullah pernah menyebut: “Rijalul qaul (orang yang pandai berbicara) tidak sama dengan rijalul ‘amal (orang yang pandai bekerja) dan rijalul ‘amal tidak sama dengan rijalul jihad (orang yang optimal dalam bekerja). Rijalul jihad pun tidak sama dengan Rijalul jihad yang muntij (produktif) wal hakim (bijaksana) iaitu orang yang mampu memberikan hasil yang optimal denga n pengorbanan yang paling kecil.” “Sesungguhnya orang yang pandai berbicara itu banyak, tetapi sedikit di antara mereka yang tetap konsisten ketika bekerja. Dan banyak orang yang pandai bekerja tetapi sedikit yang mampu mengembangkan amanah jihad yang berat dan mahu bekerja keras (bersungguh-sungguh).” #dakwah #tarbiyyah #istiqamah

Man Jadda Wajada

FINAL ASSESSMENT (23/12/2018 - 13/01/2019) . Bittaufiq wannajah fil imtihan. . “And whoever relies upon Allah He will be sufficient for him” (Quran, 65:3) . While doing our best, we must rely upon Allah for the results. We must trust that He will make things easy for us and will grant us success. This is an essential etiquette for seeking knowledge and in every endeavor we undertake because we acknowledge that any success that comes our way is through Allah and is not a result of our efforts alone. Keep study hard and smart! . I’m struggling with myself. I really need your du’a  ❤️ . # DeenListAndDeanList # FinalExam

Selamat Tahun Baru 2019

SELAMAT TAHUN BARU 2019 Semoga di tahun yang baru, tumbuh semangat baru untuk meraih kejayaan baru. Di tahun yang baru, Didik diri untuk takut melakukan maksiat/dosa dan meletakkan pengharapan semoga Allah menerima setiap amalan kita. Pertingkatkan amalan biar sedikit asalkan berterusan. Sebagai contoh, jika sebelum ini hanya menunaikan Solat Dhuha 2 rakaat kali ini tingkatkan kepada 4 rakaat. Jika sebelum ini jarang sekali berpuasa sunat Isnin dan Khamis kali ini cuba usaha puasa Isnin dan Khamis setiap minggu jika tidak mampu dua2 hari boleh salah satu dahulu dan dalam masa yang sama cuba pertingkatkan untuk puasa 2 hari. InsyaAllah. "Semoga Allah SWT sentiasa membuka banyak peluang kepada anda untuk meneroka setiap kegembiraan dalam hidup anda dan membuat semua keputusan anda menjadi kenyataan." Ikhlas daripada Nisa’ Pulau Pinang 1 Januari 2019 24 Rabiul Akhir 1440H # NisaPulauPinang # PenghubungGenerasiMuda # ConnectingYouth # KitaSemuaNisaMalaysia

Usah Mencari, Berusahalah Menjadi!

“The older you get, the more you really just want someone with iman in the heart, a warm smile and arms that will hold you tight forever.” – The Wondering Ukhti Manusia memerlukan cinta, betul ke? Betul, cinta adalah fitrah manusia, tidak dapat tidak hidup kita pun sebenarnya berlandaskan cinta, dengan cinta ibu dan ayah kita, dengan cinta dan kasih sayang Allah maka kita wujud di dunia ini. Semuanya sebab cinta, lalu mana mungkin cinta dipinggirkan, kita sememangnya hidup dengan cinta dan tidak keterlaluan jika dikatakan kita tidak boleh hidup tanpa cinta. Cinta ni, terbahagi kepada banyak cabang. Cintakan ilmu, cintakan ummah, cintakan kedamaian dan ketenangan, cintakan manusia dan alam sekeliling. Namun, sedalam manapun cinta kita tu terhadap sesuatu atau seseorang masih tidak akan mampu menandingi cinta Pencipta kita, yakni Allah. Bercerita tentang cinta, lalu mata yang mengantuk tiba-tiba dirasakan segar, seronoknya kita bila teringat akan cinta yang kita sedia ma