Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

KUKU 2

sambungan KUKU 1.. MILIKI KUKU BERKILAT -Sebagai tambahan, kamu boleh menggunakan alatan yang sesuai bagi mendapatkan kuku yang menawan dan berkilat. Selain mencantikkan penampilan kuku, ia juga dapat melembutkan struktur kuku yang agak kasar. Fungsinya yang pelbagai guna, memudahkan lagi kerja kamu merias kuku supaya tampil sihat sempurna... BUAH-BUAHAN MEMBANTU MENCANTIKKAN KUKU -Pengambilan makanan berkhasiat mampu menjadikan kuku bertambah kuat dan sihat. Selain buah-buahan, bawang putih, kekacang, bawang besar, telur, beras perang, hati, salmon dan tuna dikatakan mampu membantu mencantikkan kuku. EPAL Epal mengandungi skandungan serat yang amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram untuk setiap biji buah epal yang berukuran sederahana besar. Serat ini bermanfaat untuk melancarkan pertumbuhan tisu-tisu baru terutama di sekitar kulit kuku. Selain itu, epal juga mengandungi zat fitokimia yang berfungsi sebagai antioksida yang menegah kerosakan sel kuku. TIMUN  

PANAHAN CINTA REMAJA

kisah ini panjang dan harap semua bersabar membaca dari bait  ke bait perkataan...^__^ enjoy your reading..!! Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah. Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya. Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerha

KUKU 1

Percaya atau tidak , KUKU buktikan kesihatan diri Mungkin ada diantara kamu yang berpandangan, ada apa dengan kuku sehingga perlu diberi perhatian. Penjagaan wajah lebih penting berbanding dengan mana-mana anggota tubuh badan. Jika itu pendapat kamu, bermakna kamu salah. Jangan memandang enteng pada penjagaan kuku. Melalui kuku yang sihat dan bersih, ia sebenarnya mempengaruhi penampilan dan keyakinan kamu. Tidak perlu berkunjung ke salun untuk mendapatkan khidmat membersihkan kuku, sebaliknya kamu boleh melakukan sendiri di rumah. Penjagaan kuku ini boleh dilakukan di rumah tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak. Ikuti tip berikut agar kuku kamu tampil cantik dan kekal sihat. TIP BERSIH KUKU Potong kuku secara teratur, tidak terlalu dalam dan tidak melebihi batas kuku.(hujung kuku) Elak mencungkil sisi kuku kerana boleh mendatangkan bengkak. Semasa memotong kuku, pastikan kamu memotongnya secara empat segi atau melengkung. Kemudian dengan menggunakan pengasah kuku, bentukk

LEMAH LEMBUT @ KASAR

Alhamdulillah masih diberi peluang utk mencoret sesuatu... Salam alaik, kpada semua... entry kali ni lemah lembut atau kasar... lemah lembut selalu disinonimkan dengan sifat wanita.. kasar pula kepada kaum lelaki... am I right..?? hmm... let's discover something about the gentle and rough ..   ~~~~~~~~~~~~~~~~ what can be imagined with gentle and coarse ~~~~~~~~~~~~ LEMAH LEMBUT L emah lembut (al-halim) itu antra Asma al-Husna (nama-nama Allah).  Allah berfirman yang bermaksud : "Dan ketahuikah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun  (surah al-Baqarah 2 : 235)     Muslim yang lemah lembut (al-hilm) dihiasi dengan hati yang lunak, jauh dari sifat yang baran, sopan santun, berlapang dada dan membalas keburukan dengan kebaikan.. Perhatikan kisah berikut, satu teladan daripada sirah nabawi : Tufail bin Amru al-Dusi pernah menyeru kabilahnya agar beriman dengan Allah dan Rasulullah, namun seruannya ditolak. Setelah mengadu kepada baginda, Tufail menyangka Bag

LIFE..??!!

assalamualaikum... jumpa lagi kita di hari yg indah ini... tiba masanya utk saya merungkai kembali.. apa yg ada dalam diary pink ..!! ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ sepanjang masa dihabiskan dgn membaca sahaja... seronok dapat merasa nikmat itu...banyak ilmu yg boleh diperolehi...the latest yg saya baca..hmm... KUNCI KEJAYAAN MINDA by DR. AIDH ABDULLAH AL-QARNI (sebenarnya dah hampir beberapa kali baca..hehe..^____^V) suka saya ulang ayat di sini... GAGAL bukan bermakna TEWAS...!! kenapa mesti menimbulkan soal GAGAL..?? hmm let's think about it..!! yeah SIAPA nak BERJAYA tnpa sebarang KEGAGALAN..?? itulah reliti hidup... TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU TANPA PENGORBANAN SEPAHIT HEMPEDU perkara ni sinonim dgn masyarakat sekarang yg lebih suka utk bersenang sahaja.. nak makan pun susah tau... kena masak+bukak mulut+suap+kunyah+telan... hah see...semua bnda kita kena belajar... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ mulut ini tidak lah manis utk berkata-kata... cuma berkongsi sedi
assalamualaikum... semoga rakan2 semua sihat sejahtera... sekian lama tidak dicoretkan sebarang kata-kata di sini.. kini saya kembali... dengan pelbagai perkongsian... insya-Allah... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Wahai orang2 yg beriman bertakwa kpd Allah sebenar-benar takwa kpd-Nya dan jgnlah kamu mati kecuali dlm keadaan muslim Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pd tali agama Allah, dan jgnlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kpdMu ketika kamu dahulu masa jahiliah bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara sedangkn ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkn kamu dr sana. Demikianlh Allah menerangkn ayat2 Nya kpdmu agar kamu mendapat petunjuk Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kpd kebajikan menyuruh berbuat yg makruf dan mencegah dr yg mungkar. Dan mereka itulah orang2 yg beruntung Surah AL-IMRAN (Ayat 102-104) ~~~~~~saya tinggalkan nasyid ini