Tuesday, 16 April 2019

Hikmah Sedekah

"Semakin sedekah, semakin kaya."


"Ada RM50 je ni dekat tangan, dalam bank ada RM22.15. Macam mana nak survive untuk beberapa minggu ni?" Bisik hati kecil ini.

"Dah plan nak ke Port Dickson ada PRK Port Dickson minggu ini, semua pakat turun infak tenaga."

"Sayangnya tak dapat turun sebab dah dekat sangat dengan Shah Alam."

Google harga tiket bas pergi balik Shah Alam ke Port Dickson. Alhamdulillah okay cukup. Tapi nanti macam mana nak survive nak makan, dan kelas lagi. Sebab sejenis orang yang tak suka beritahu ibu ayah duit dah habis. Hmm.

"Kena cancel lah ni nak ke Port Dickson." Sedih sangat.

Log in Bank Islam, nak buat online banking transfer ke akaun PAS untuk pujuk hati dan diri ini, "Takpelah tak dapat pergi sana, dapat infak sikit pun jadilah."

Masa ni kempen dari Ustaz Idris Ahmad, kempen infak PRK Port Dickson RM10.

"Alhamdulillah, done transfer RM10 ke akaun PAS." Ada lagi baki RM12.15. Memang tak sentuh dahlah akaun ini sebab banyak ni je ada.

"Esoklah maklum semula ke kawasan tak dapat turun." sambil berjalan menuju ke ATM nak check baki duit dalam Bank Rakyat. Sebab jarang guna duit dalam Bank Rakyat.

Baki wang anda RM500 plus plus tak ingat exact amount apa. Time ni tak tahu nak rasa apa. Nak menangis ke nak seronok ke. Tapi sangat-sangat bersyukur. Alhamdulillah. Terus print slip penyata mini nak tengok dari mana duit ni datang. Banyak tu RM500.

Takde orang lain yang tahu akaun Bank Rakyat ini kecuali untuk BR1M atau masuk gaji masa kerja dulu.

Dalam slip tunjuk duit di kreditkan ke akaun (bahasa bank kredit maksudnya duit masuk) hujung bulan 8 lagi. Clueless sampai hari ini dari mana datangnya duit ini. Sebab sebelum masuk belajar bulan 9, dah transfer semua ke Bank Islam.

Call kerani tempat kerja tanya. Kata mereka itu ada sikit duit saguhati dan separuh gaji untuk bulan 8. Allahu Akhbar nak menangis rasa. Terharu bersyukur semua ada. 

Waktu ni terus transfer separuh masuk ke Bank Islam. Terus beli tiket ke Port Dickson. Dengan RM500 ni bukan sahaja cukup untuk beberapa minggu tapi cukup untuk 1 bulan. Tak perlu tunggu ibu ayah bank in ke, nanti ibu ayah tanya still ada duit. Alhamdulillah. Selesai satu beban ibu ayah.

Waktu tunggu bas UiTM nak balik rumah sewa, terngiang-ngiang Surah At-Taubah ayat 41.

Infiru Khifafan Wa Tsiqalan!


Ya Allah, sedang menguji diri ini yang mengelar dirinya seorang pejuang agama Allah. Adakah kita hanya akan berjuang saat punya duit, saat punya masa lapang, saat tiada masalah? Inilah jawapannya buat diri ini.

Sungguh, sekiranya kita mampu menjadikan “Infiru khifafan wa tsiqalan! …Berjuanglah kamu, sama ada senang mahupun susah…” sebagai motto hidup, pasti hidup akan bahagia. Musibah yang menimpa terasa nikmat dan tenang kerana ia adalah ujian dari Allah SWT buat hambaNya. Mehnah yang tiba dihadapi dengan redha dan sabar. Tribulasi yang melanda disungguhi dengan keyakinan. Musibah, mehnah dan tribulasi bukan alasan untuk kita berhenti berjuang. Malah kita akan sentiasa berjuang sama ada susah mahupun senang demi redha Allah sehinggalah kita beroleh kemenangan atau syahid di jalanNya. Inilah motto hidup terunggul.

Jangan Pernah Berhenti Berjuang!
“Berjuanglah Kamu, Sama Ada Senang Mahupun Susah!”
Akhirul kalam.. Infiru khifafan wa tsiqalan!



Friday, 5 April 2019

Mutabaah Amal.

Let’s be a productive and better Muslim.
InsyaAllah 🌸





Cintailah wanita yang suka membaca.


Tatkala kita sibuk membawa dia ke shopping mall untuk berbelanja, tempat utama yang dituju adalah kedai buku dan bukannya kedai emas permata.
.
Cintailah wanita yang suka membaca.
.
Kerana dia bukan sahaja cintakan ilmu, bahkan dia cintakan Tuhan pemilik ilmu. Dan apabila cinta Tuhan memayungi segalanya. Sempurnalah hidup kita sebagai hamba.
.
Cintailah wanita yang suka membaca.
.
Orang yang berilmu ini darjatnya di angkat, hidupnya berkat. Rezekinya murah, hidupnya dipermudah. Kerana ilmu menyempurnakannya.
.
Cintailah wanita yang suka membaca.
.
Kerana cinta ilmu yang dia rasa, bukannya cinta manusia yang sementara. Sekelumit cinta buat manusia yang ada di dadanya pasti berpaksikan ilmu dan cinta Pencipta.
.
Jadi cintailah wanita yang suka membaca, pimpinlah tangannya. Agar kita juga dapat menjejakkan kaki bersamanya di syurga. 💌

Dr Dinie ^^


Selamat Hari Doktor Sedunia!
Darjah 4.
Apa cita-cita kamu?
Saya ingin menjadi seorang Doktor.
*I’m so into it. I want to be a Doctor that could serve Ummah!
Tingkatan 2.
Lepak di dewan makan dan terjumpa buku bio.
Ambil dan baca. Mula dari hari tu seorang dinie baca buku Bio dan semakin kuat cita-cita ingin menjadi seorang Doktor.
Tingkatan 4.
Masuk kelas sains fizikal (fizik,kimia & akaun) takde rezeki nak ambik biologi. Dan time tu kalau tak silap tak ramai juga cikgu bio. Salah satu sebab kenapa pilih untuk tak tukar ke kelas bio.
Seorang pencinta Subjek Sains since sekolah rendah sampai sekolah menengah. Dan sebab tu masa jadi cikgu di SRIBU paling excited mengajar Sains sebab nak mereka (anak2 murid) minat dan suka subjek Sains macam mana cikgu dia ni suka sangat Sains 😂
Dinie minat Sains dulu sebab cikgu yang mengajar Sains semua best. Haha. 🤣
Darjah 4 - Cikgu Tengku Zakaria
Darjah 5 - Cikgu Saifulizam Ibrahim
Darjah 6 - Wan Nor Azlina
Kelas Tambahan Darjah 5 - Cikgu Sarah
Tingkatan 1 - Cikgu Idrus
Tingkatan 2 - Cikgu Hasliza
Tingkatan 3 - Cikgu Walad
Tingkatan 4 - Cikgu Heiana Nadia & Cikgu Hasliza (Kimia) - Cikgu Azlina Othman (Fizik)
Tingkatan 5 - Cikgu Hasliza (Kimia) & Cikgu Yazee (Fizik)
teringat mengajar Aminin Sains 1 hari sebelum exam terus dapat skor sampai sekarang Aminin suka Sains 😂 Baru ni Ujian 1 Tingkatan 3, Aminin dapat A juga untuk Sains 😻 hehe.
Takde rezeki Dr perubatan kita usaha Dr Falsafah InsyaAllah. Doakan 😻
Your future,
Dr Nurdinie Irdina Zainal.

Aku & Al Quran


Pesannya ringkas namun membawa seribu makna, 

"Carilah sesuatu yang menjadi asbab untuk kau terus jaga Al Quran," pesan Ust Uqbah. 

Ada orang, seusai sahaja menkhatamkan hafalannya terus menyambung pengajian ke bidang yang lain. Ada juga orang yang seusai sahaja tamat pengajian dalam bidang Al Quran, lari ke pekerjaan bidang lain pula. 

Ada yang bercita cita menjadi seorang doktor al hafiz, ada juga ingin menjadi usahawan al hafiz yang berjaya. Namun bukanlah gelaran itu sahaja yang dikejarkan.

Akan tetapi sejauh mana Al Quran itu mampu dijaga. Iya, pekerjaan itu tampak gah sekali di mata manusia. Tapi bagaimana pula dengan amanah al hafiz yang telah Tuhan pertanggungjawabkan?

Al hafiz itu bukanlah sekadar nama yang harus dibanggakan, akan tetapi suatu hari nanti ia akan dipersoalkan. Sejauh mana kita menjaganya?

Kita selalu kata, bukan mudah untuk menjaga aaptahlagi tidak berada di suasananya. Ini benar sekali. Saya akui kerna saya juga pernah berada di situasi itu. Tapi solusinya ada satu, kita perlu cari sesuatu yang mengikatkan kita untuk terus jaga Al Quran.

Bagaimana?

Kalaulah kita ini seorang lelaki, cuba mencari masjid atau surau yang boleh kita berbakti di sana,mungkin dengan menjadi seorang imam.

Kalaulah tidak mampu juga, kita mengajar orang untuk kenal pada Al Quran. Inilah yang sedang saya lakukan, biarpun sekarang ini saya sudah berada di dalam suasananya itu. Semata mata nak kejar apa yang disabdakan Rasulullah,

"Sebaik baik di kalangan kamu adalah orang yang belajar dan mengajarkannya"
(Riwayat Bukhari)

Tetapi, kalaulah kita pelajar yang sangat sibuk. Tidak mampu mengajar di luar, kita mengajar orang yang sedang berada di sebelah kita. Iya, rakan bilik kita mungkin.

Moga dengan usaha kecil yang kita buat menjadi asbab untuk terus kita menjaga amanah ini. Bukan mudah, saya tahu itu. Kita perlahan lahan mengayuh, tapi jangan sesekali berhenti.

Bila jatuh, bangun kembali. Mencari semula kekuatan. Tidakkah umat Rasulullah ini dimuliakan asbab Al Quran? Dan tidakkah kita mahu menjadi manusia yang dimuliakan kerna Al Quran?

Teman,
Tuhan tidak melihat pada natijahnya. Tapi Tuhan melihat sejauh mana usaha kita menjaga amanah ini. Carilah teman yang mampu menguatkan. Kalau sebelum ini kita sudah sekian lama berhenti daripada usaha untuk menjaga kalam ini, perlahan lahanlah bangun kembali.

Tuhan itu sentiasa ada, untuk terus membantu bagi yang berkehendak akan itu.

Syaurah Ishak,
Sedang berusaha juga.


Dari Page ini.

Thursday, 7 March 2019

How to Complete Reading the Quran in 21 Days.

“Ramadan is the (month) in which the Quran was sent down, as a guide to mankind and a clear guidance and judgment (so that mankind will distinguish from right and wrong)” (2:183)
In honour and remembrance of that, some would devote time to complete reading and understanding the Quran during Ramadhan.  There are many other ways to complete reading the Quran during Ramadhan. Do what works for you. Below is my sharing on how to complete reading the Quran within 21 days.
Other than Tarawih, reading the Quran during Ramadhan is good. There are 30 juz with 6236 verses (ayat)  in the Quran. In 21 days, you need to read in average 300 verses, and allocate 4-5 hours a day, should you want to complete the Quran. This is assuming it takes 1 min to read a verse. Many can read a verse in less than 30 seconds.
1. How can you find 4-5 hours/day?
Whether or not you are working, you can find time within these slots
  • 75 mins after you have completed morning meal/sahur or after morning/Subuh prayers
  • 1 hour during lunch break hour or after Zhuhur/afternoon prayers
  • 1 hour after work or after Asar prayers
  • 45 mins between Maghrib and Isya prayers
  • 1 hour after Isya or tarawih prayers
2. What are the mediums to read the Quran?

Whether you choose to read the translation of the Quran or recite the Quran in Arabic, it does not really matter. Here are the medium you could use:
  • hard copy of the Quran
  • hard copy of the Quran with translation of your preferred language
  • digital version of the Quran when traveling or everyday reading on the move; web based sites like quran.com, app on electronic devices. Sometimes the digital version provides a translator and an audio reader. These functions can aid your reading and comprehension of the verses in the Quran
  • You can choose both, hardcopy and digital version of the Quran concurrently
I use multiple mediums to cross reference.
3. Here is a plan to complete the Quran in its entirety during Ramadhan
More verses are planned out the first few days and the number is reduced towards day 21. This is because many women tend to be busy towards the end of Ramadhan, plus women get a few days time off in a month.


May Allah accept our deeds, soften our hearts and grant us forgiveness. Have a bless Ramadhan!

Original post click here.

Wednesday, 6 March 2019

Nasihat buat Muslimat AKIFI

Bersama Ustazah Salamiah di Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang


Ucapan Ustazah Salamiah Mohd Nor II
Kemenangan kerjasama PAS-BN memberi isyarat kpd parti pemerintah, bahawa kedudukan mereka tidak stabil. Selepas kemenangan prk cameron, kini di semenyih.

Syarat kerjasama:
1. Meletakkan islam di tempat tertinggi.
2. Kita rela meninggalkan sahabat apabila langkah dibuat ingin meletakkan islam di bawah. Kita ada prinsip perjuangan.

1. Muslimat adalah ahli yg wala kpd pimpinan. Kita akan selamat apabila berpaksikan paksi islam, tak cukup dgn paksi bangsa melayu.
2. Demi kepentingan islam, kita sedia korbankan perasaan yang lepas selama 60 tahun untuk melihat islam kembali di tempatnya. Demi wala dan thiqah kpd pimpinan.
3. Parti yang didalamnya terletak tarbiyah didik masyarakat jadi baik, ini juga parti dakwah, juga siyasah (politik).
4. Letak matlamat perjuangan semata-mata kerana Allah, kemudian Allah akan beri kemenangan dunia dan akhirat.
5. Tugas para muslimat jgn ada yg abaikan program tarbiyah peringkat cawangan. Setiap ahli WAJIB ikuti usrah. Kita sediakan sukatan tarbiyah, untuk melahirkan ahli yang komitmen, berjiwa kuat. Di peringkat mana sekalipun, usrah tak boleh diabaikan. Hatta cawangan, kawasan, negeri dan semua. Cawangan apatah lagi. Supaya mendapat pentarbiayahan dan fikrah yang jelas. Memiliki kefahaman yang jelas dan akan dapat pencerahan kenapa duduk dalam PAS.
6. Kerana ini adalah perjuangan merupakan tuntutan syahadah untuk menegakkan islam. Melahirkan 12K tentera bagi muslimat, pemuda.
7. Gerak kerja yg berkesan harus dirancang dan dilaksana dgn baik supaya setiap program ada impak yang tinggi kpd objektif agar tercapai.
8. Perlu kepada kefahaman tugas dalam perlembagaan. Jgn buat kerja NGO. Noreh Getah Orang. Kerja sendiri tak buat, sibuk buat bidang tugas orang lain. Muslimat ada kerja muslimat, jangan duk sibuk buat kerja PEMUDA. Kita ada ruang lingkup kerja kita.
9. Rapatkan soff dan ukhwah. Iblis akan sentiasa berusaha untuk musnahkan perpaduan. Ahli di bawah thiqah kepada pimpinan kita. Jangan ada di kalangan kita yang mempertikaikan keputusan yang dijelaskan oleh pimpinan apatah lagi oleh TG Presiden kerana keputusan itu dibincangkan dalam syura.
10. Bersikap tabayyun terhadap berita yang datang. Ia datang dgn sangat laju dan cepat. Dapatkan penjelasan sesuatu perkara dalam usrah, pencerahan dari kepimpinan.
11. Berpegang kpd konsep amar makruf nahi mungkar dalam bekerja. Perlu asak diri setiap muslimat sbg muslimat akifi. Hidupkan munajat akifi seperti yang dibawa ustazah nuridah
12. Jangan sampai mengabaikan rumahtangga. Bina rumah tangga haraki bukan sekadar baitul muslim. Yang ada ciri-ciri perjuangan. Ada anak lelaki, libatkan dgn pemuda. Ada anak perempuan, libatkan dgn nisa, nusaibah, ameerah. Sama-sama memikul tanggungjawab dakwah yang ada fikrah dan aqidah perjuangan.
13. Membimbing masyarakat di luar supaya dapat menerima islam yang syumul.
14. Menjadi muslimat komitmen, istiqamah dan akhirnya dijemput bertemu ilahi dalam keadaan husnul khatimah. Aaminn.
Dewan Muslimat Shah Alam
3 Mac 2019

Ustazah, ana hendak bertanya....

Bersama sebahagian anak2 murid

Alhamdulillah.

6 bulan Allah izinkan menjadi ‘kakak’ mereka.

Banyak yang diri ini belajar.

I’m not the best one. Cuma ini sekadar menceritakan pengalaman menjadi pendidik.

"Kenapa nak jadi guru? Kenapa nak jadi tenaga pengajar?"

The only sentence yang diri ini respon sewaktu temuduga.

“Saya hendak berkongsi sesuatu yang baik yang saya dapat sewaktu belajar di sekolah dahulu & saya akan membaikpulih sesuatu yang kurang baik yang lihat di sekolah dulu supaya mereka (anak didik saya mendapat yang terbaik - bukan sahaja akademik tapi dalam semua benda).”

Seseorang selalu ingatkan saya,
“Jika kita bersungguh2 didik anak orang lain, insyaAllah akan datang cikgu lain juga akan mendidik anak2 kita dengan baik dan bersungguh2.”

Terima kasih kerana selalu support saya.

For me Akademik, Agama dan Akhlak sangat penting dalam pembentukan seorang Individu Muslim. Nak lihat dunia akan datang lihatlah belianya.

Teringat bila mengajar Matematik,
“Ustazah matematik susah...”
“Ini semua duniawi je ustazah...”

Ustazah tak respon banyak, senyum ja dan menjawab,
“Sejak zaman Rasulullah SAW lagi dah ada matematik dan tokoh2 Islam dalam bidang Ilmu Hisab (matematik), kenapa enta cakap ini semua duniawi..?”
“Enta nak pergi ke Akhirat enta singgah Dunia ini dulu untuk kutip segalanya sebagai pahala/dosa untuk dibawa bekal kesana...”
“Ya, matematik enta tak takkan akan apply kesemuanya yang enta belajar dalam semua perkara tetapi jika suatu hari nanti enta nak beli barang atau berniaga ilmu Matematik ini enta akan guna supaya enta tak mudah ditipu orang...”

Maka habislah 30 minit ‘mengajar’ 😂

Minggu depan masuk kelas, macam biasa kalau Ustazah Dinie kelas jarang diam 😂😅  Depa tak takut langsung dekat ustazah, Ustazah kena banyak belajar lagi. Most of the time akan buat kuiz berkumpulan dan bagi hadiah. Mereka sangat suka. Even guna duit sendiri, kepuasan itu terasa. Sungguh. Siapa dapat lulus Matematik juga ustazah akan bagi hadiah. Sebab mereka sentiasa mencuba yang terbaik. I believe that. Lepas waktu sekolah akan datang dimeja dan tanya soalan sekian2 dan kekadang akan adakan kelas tambahan bersama mereka.

Yeah bila mengajar sekolah rendah ini, budak2 mesti nak main banyak but keep ingatkan anak2 adab2 bermain. Jika dia tak praktis sekarang, akan datang dia akan ingat ada ustaz/ustazah pernah pesan sekian2.

Again, ini hanya berkongi pengalaman. Setiap dari anak murid ada kehidupan mereka sendiri. Lifestyle mereka sendiri. Kita kena masuk dan faham mereka (seperti mad’u kita). Above all, minta doa pada Allah supaya Allah permudahkan urusan semuanya. Ikhlaskan hati kita mengajar dan ikhlaskan hati anak2 untuk belajar. InsyaAllah mereka akan dapat yang terbaik.

Sebelum masuk semester sempat singgah sekolah, rata2 mereka datang. Ustazah! Ana jadi pengawas! Alhamdulillah. Siapa sangka, kan?

Ustazah macam biasa respon senyum dan jawab “itu maksudnya enta layak sebab tu Allah pilih enta dan enta kena jadi contoh terbaik untuk murid yang lain, akdemik kena pandai agama kena pandai akhlak kena baik.”

Sebelum ustazah kecil ini berhenti atas asbab nak sambung pelajaran, ustazah tunjuk dan ceritakan kepada mereka kisah seorang budak perempuan biasa sahaja dia jenis pendiam tapi jadi pengerusi persatuan 🤔jenis biasa2 sahaja pelajarannya sehingga dia jumpa seorang guru waktu darjah 5 yang setiap hari beri semangat dan dia seperti adik sendiri, teka apa jadi pada budak perempuan tadi?

Tadaaaaaa she managed to get 5A’s UPSR tahun 2005. Dan sampai hari ini kalau tanya cikgu2 sekolah kenal tak saya? Cikgu semua akan jawab siapa tak kenal budak 5A sekolah. Haha.

Anak2 murid diberi peluang untuk melihat keputusan slip peperiksaan budak perempuan tersebut dan kertas2 ujian matematik budak perempuan tersebut yang tak pernah dapat kurang dari 35/40 untuk kertas 1 dan 2.

Berkongsi dengan mereka apa yang dia buat sampai dapat 5A? Solat 5 waktu dan bacaan Yassin setiap malam Jumaat bersama keluarganya. Itu budak sekolah kebangsaan biasa.

Lalu ustazah akhiri ucapan perpisahan itu,
“Antum insan yang Allah pilih untuk kenal agama dari kecil lagi, manfaatkan sebaiknya. Amalan antum boleh lebih lagi dari budak tadi dan untuk menjadi pendakwah dan insan yang bakal mengerakkan jemaah Islam antum kena SKOR A+ untuk akademik, agama dan akhlak.

Asbab sambung belajar ini juga untuk beri semangat pada mereka yang ustazah juga masih belajar dan sampai ke liang lahad kita belajar. 😊❤️

Anak2 selalu whatsapp, “ustazah tengah buat apa? Ustazah tengah belajar ke? Ada kelas ke?” Siap mendoakan ustazah berjaya dunia dan akhirat.

Akhlak mereka ini tak jumpa ditempat lain, sangat murni dan baik sangat yang sentiasa ucap, “ana doakan ustazah sekian2.” Terharu.

Sebagai guru kena jadi ROLE MODEL dalam semua aspek. Kalau tak suka anak2 couple jaga adab pergaulan sesama guru lelaki dan perempuan supaya anak2 tahu oh ustaz ustazah pun jaga adab bila berlainan jantina.

Sebagai ibubapa, saya yakin dan percaya siapa saya dan adik2 hari ini kerana kami punya ibu ayah yang selalu mendoakan, selalu bagi semangat dan of course sangat tegas sampai pernah dulu nangis kena buat homework sampai pukul 12 tengahmalam dah mengantuk, kena berdiri sebelah TV hafal sifir baru boleh tengok TV dan menangis2 sebab buat lain still tak faham tapi ibu tetap ajar sampai dapat. Siapa cakap working parents tiada masa nak jaga anak 😊 contoh ada depan saya. Mereka berkerja dan ada bersama kami sentiasa. Selalu akan cakap, “kalau nak pergi jalan2 tahun ni kena ada yang dapat no 1 - 3 paling kurang.” Maka pulunlah kami. 😅🤣

Okay done bebel.
Wallahua’lam.

Tuesday, 5 March 2019

Tak Kenal Maka Taaruf

Petang itu, selepas tamat waktu kelas Annur menuju ke Tasik didalam kawasan kampus kerana ada perjumpaan bersama mentor. Annur berasa sangat excited kerana apa yang dicari dan apa yang dinanti akhirnya Allah temukan juga.

"Nama saya Annur Insyirah binti Zainol. Saya berasal dari Pulau Pinang. Saya mengambil jurusan Degree Perakaunan Semester 4."

"Saya Farah binti Ahmad dari Kelantan. Saya mengambil jurusan Degree Marketing Semester 4."

"Alhamdulillah sempat kita berkenalan hari ini. Sekarang saya membawa seorang sahabat iaitu Kak Fatin. Kak Fatin akan menjadi mentor adik-adik di kampus ini.", kata Solehah.

"Assalamualaikum wbt, Nama diberi oleh ibu dan ayah Nur Fatin binti Ruslan. Saya berasal dari Perak dan juga mengambil jurusan Degree Perakaunan Semester 6."

Masing-masing bertukar cerita. Sesi perjumpaan petang itu lebih pada bersantai sahaja dengan tujuan untuk berkenalan. Kemudian masing-masing pulang ke rumah sebelum azan Maghrib berkumandang.

"Jangan lupa ya adik-adik malam ini tepat jam 9, kita akan baca Doa Rabitah bersama-sama sambil membayangkan wajah setiap seorang daripada kita. Semoga Allah redhai dan berkati kumpulan Usrah SWEET kita."

Oh ya Usrah SWEET ialah nama kumpulan mentor Kak Fatin, Annur dan Farah. Usrah bermaksud keluarga dan SWEET akronim kepada Sharing Women Experience Every Tuesday. Kenapa Tuesday? Kerana perjumpaan Usrah SWEET ini akan diadakan setiap hari Selasa.


Tuesday, 29 January 2019

Sesalju Nur di bumi tarbiyah Kedah

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."

ANNUR telah pun selamat mendaftar sebagai mahasiswi disebuah kampus sekitar Kedah. Annur selesai mendaftar sebagai non-resident (NR) kerana penempatan pelajar Ijazah Sarjana Muda diluar dari kawasan universiti. Annur yang dikenali sebagai seorang yang sangat aktif sejak dibangku sekolah lagi sentiasa mencari-cari peluang untuk menyertai persatuan-persatuan dikampus barunya itu. Namun begitu, sudah dipasakkan dalam dirinya untuk menyertai satu sahaja persatuan sepanjang pengajiannya diperingkat degree ini. Target utama mencari persatuan Islam.

Fighting, Annur!

2 minggu berlalu, Annur masih belum menemui mana-mana persatuan Islam dikampusnya itu. Dia ke Pusat Islam untuk melihat sekiranya ada hebahan berkenaan persatuan Islam yang dicarinya itu. Hampa. Tiada sebarang nota berkenaan persatuan Islam di Pusat Islam.

Bunyi telefon bimbit Annur berbunyi, tanda SMS masuk.

"Assalamuaikum wbt, Annur sihat? Saya Solehah. Boleh kita berjumpa esok petang?"

Annur bingung siapakah sahabat yang bernama Solehah ini?

"Waalaikumussalam, insyaAllah. Boleh. Sebelum itu boleh saya tahu Solehah yang mana satu ya? Kita pernah berjumpa dimana-mana program?", balas Annur.

"Nanti kita jumpa awak tahu."

Keesokkan harinya.

"Saya ada diluar rumah awak, Annur." Annur menerima SMS dari Solehah.

"Okay baik, saya keluar." Annur membalas.




Allah bantulah HambaMu ini


“Berdoalah kepada ALLAH dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan dan sesungguhnya ALLAH tidak mengabulkan doa daripada hati yang lalai dan berpaling.”

(HR At - Tirmizi)

AIRMATA Annur gugur lagi. ‘Ya ALLAH, maafkan aku. Aku menangis lagi kali ini. Berikan aku petunjuk-Mu, ya ALLAH. Aku akhirnya gagal membendung gelora jiwa. Terasa sakit hatiku datang semula. Sakit yang ku tahan-tahan selama ini. Lindungi hatiku daripada nodaan syaitan dan iblis, ya ALLAH...’

Annur sendkan SMS akhir itu kepada Amar. Moga itu menjadi SMS terakhirnya pada Amar.

YA ALLAH... jika segalanya tiada. Jika dia bukan pemilik rusukku, usirlah pesonaku daripada pelupuk matanya. Lupuskan aku daripada relung hatinya. Janganlah dia merindui kehadiranku. Gantikan cinta yang berlabuh di hatinya dengan dambaan rindu cinta yang murni di hatinya hanyalah untuk-MU. Semaikan rindu cinta di hatinya hanya untuk syahid di jalan-MU. Kau bimbinglah dia ke jalan keredhaan-MU. Kerana aku tak mahu hatinya dalam ralit menderhakai-MU. Kerana aku tak mahu cinta yang lain, selain cinta dan redha-MU padaku...

Amar berulang kali membaca mesej Annur. Kini dia tahu hati Annur tidak lagi mampu dipujuk dan dirujuk lagi. Betapa dia merasa rugi. Dia sudah kehilangan Annur. Dia yang bersalah. Dia membuat keputusan terburu-buru. Baru dia sedar, betapa pentingnya Annur di hatinya. Dia berasa sangat kehilangan.

Annur, ana hormati keputusan enti. Ana cuma harap enti dapat berikan cebisan peluang lagi untuk ana.

Beberapa minit kemudian, Annur membalas SMS Amar.

Harapan ana, enta jaga hubungan enta dan tunang enta baik-baik. Enta jangan kecewakan dia. Dia amat baik untuk enta. Jika jadi sesuatu yang buruk pada hubungan antum, enta harus menerima hukuman.

Semoga ALLAH bantu ana dalam mendepani ujian ini. Enti jaga diri baik-baik. Enti jaga diri untuk bakal zauj enti. Bertuah siapa yang dapat enti. Ana minta maaf, balas Amar.

ALLAH pegang hati ana dan hanya ALLAH sahaja yang berhak untuk serahkannya kepada siapa yang DIA kehendaki. Jangan ungkitkan lagi hal ini. Anggap sahaja kita tak pernah bincangkan hal ini. Setakat ini sahaja. Ana juga minta maaf dunia dan akhirat. Wallahua’lam. Wslm...

Dengan mesej itu Annur kira berakhirlah segala persoalan tadi. Dia membuang semua mesej-mesej tadi. Dia berbaring. Mencari sudut fikiran yang tenang. Untuk didaratkan segala keresahan hatinya saat itu.

Annur menjeling jarum jam. Sudah dekat jam 9 malam. Ada bunyi SMS di telefon bimbintnya. Dia kembali mencapai telefon bimbitnya itu. Matanya membulat, hatinya berdebar. Iman?

Kita pohon kekuatan dan keteguhan hati dan ALLAH berikan kita dugaan dan ujian untuk membuatkan kita kuat dan cekal. Kadang-kadang, ALLAH tidak memberikan apa yang kita pinta, tetapi pastinya ALLAH memberikan apa yang terbaik untuk kita. ALLAH tidak memberikan apa yang kita mahu. Tetapi, ALLAH berikan apa yang kita perlu. Kerana caturannya Yang Maha Halus maka, pasti ada hikmah disebaliknya...

SubhanAllah. Berulang kali Annur beristighfar. Seringkali bila hatinya dilanda ujian, pasti ada titipan tazkirah daripada Iman. Bagai Iman mengerti apa yang sedang melandanya saat itu. Hatinya merasa tenang sendiri. Seucap dia bertahmid mengalun lafaz syukur. Dia sudah kembali tersenyum. Dia tidak mahu mempersoal siapa Iman dihatinya saat ini. Yang sebetulnya, ALLAH yang meletakkan Iman sahabat yang terbaik di sisinya saat ini. Biar selamanya kekal sahabat begini.



Sahabat

”Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya.”

(Riwayat Abu Daud)