Skip to main content

KUKU 2

sambungan KUKU 1..

MILIKI KUKU BERKILAT
-Sebagai tambahan, kamu boleh menggunakan alatan yang sesuai bagi mendapatkan kuku yang menawan dan berkilat. Selain mencantikkan penampilan kuku, ia juga dapat melembutkan struktur kuku yang agak kasar. Fungsinya yang pelbagai guna, memudahkan lagi kerja kamu merias kuku supaya tampil sihat sempurna...


BUAH-BUAHAN MEMBANTU MENCANTIKKAN KUKU
-Pengambilan makanan berkhasiat mampu menjadikan kuku bertambah kuat dan sihat. Selain buah-buahan, bawang putih, kekacang, bawang besar, telur, beras perang, hati, salmon dan tuna dikatakan mampu membantu mencantikkan kuku.


EPAL



Epal mengandungi skandungan serat yang amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram untuk setiap biji buah epal yang berukuran sederahana besar. Serat ini bermanfaat untuk melancarkan pertumbuhan tisu-tisu baru terutama di sekitar kulit kuku. Selain itu, epal juga mengandungi zat fitokimia yang berfungsi sebagai antioksida yang menegah kerosakan sel kuku.






TIMUN
 
Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi dan vitamin C. Kelebihan khasiatnya dapat mengurangkan kulit kering dan mampu mengekalkan kelembapan paa kuku. Selain itu timun juga dikatakan boleh merawat kuku yang kasar.








TOMATO
 Tomato membekalkan 40 peratus daripada keperluan harian vitamin C. Pengambilan tomato dapat membantu mewujudkan keseimbangan selain dapat menguatkan sisitem pertahanan badan. Malah ia juga berperanan memberi perlindungan kepada sel-sel kuku. Kelebihan tomato terletak pada khasiatnya yang mengandungi vitamin A, C, B1 dan zat-zat seperti protein, kalsium fosfor, dan besi. Justeru, tidak hairanlah tomato dapat melembutkan dan menyihatkan lagi kuku.


PETUA MILIKI KUKU KEKAL SIHAT


Ambil sebiji lemon dan campurkan dengan air suam. Rendamkan kuku selama 15 minit. Setelah itu, gosok kuku kamu dengan lemon tersebut. Bilas dengan air dan keringkan. Namun harus kamu ingat. Cara ini tidak boleh dilakukan terlalu kerap. Jika terlalu kerap, kuku kamu akan nipis. Memadai dilakukan seminggu seklai.



INFO PENJAGAAN KUKU

-kamu digalakkan mengambil makanan tambahan multi vitamin seperti vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku.

-Seperti kulit, kuku juga memerlukan pelembap setiap hari. Memadai dengan memakai losen badan atau kuku.

-Pengambilan kalsium dan zink dapat mempercepatkan pertumbuhan kuku dan menjadikan kuku kuat. 

 sumber : majalah dara.com

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN ISLAMIK : ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia. Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook; yang mana dahulunya cukup terkenal sebagai akhi yang sering yang bermujahadah dan istiqamah dalam dakwah, kini hanyut dengan arus cinta manusia. Gambar-gambar bersama teman wanita menghiasi ‘profile pictures’ sahabat-sahabatnya. Tidak kurang juga bagi akhwat, yang dahulunya sangat dihormati kerana menjaga batas pergaulan, tunduk apabila berbicara membuktikan kukuhnya iman, kini alpa dengan arus pemodenan. Hijab yang dahulunya menjadi duri bagi setiap kumbang yang ingin hinggap pada m...

Surah Ar Ra'd ayat 28

Bagaimana nak hati menjadi tenang? Ingatlah Allah. Jika hati sentiasa berniat baik, Allah akan pertemukan dengan hal yang baik, orang-orang baik, tempat yang baik dan kesempatan untuk berbuat baik. InsyaAllah.

Doa Qunut Nazilah

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ (اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ اللَّهُمَّ يَا الله. يا الله. يا الله إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم TERJEMAHANNYA: Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x), Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PALESTIN YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH RAKYAT PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN TENTERA REJIM ZIONIS ISRAEL LAKNAT YA ALLAH KAU SELAMATKANLAH MASJID AL-AQSA DARI TERUS MENJADI SASARAN PIHAK YAHUDI LAKNAT YA ALLAH KAU TAMBAHKAN LAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG PALESTIN YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KANAK2 ...