Adik-adikku... Akak tahu, semalam adik-adik semua baru dapat keputusan PMR,ada yang gembira. Tidak kurang ada yang berduka. Tapi ketahuilah adik-adikku.. Bagi yang mendapat keputusan cemerlang, tahniah akak ucapkan. Namun jangan dikau lupa untuk membelek kembali jauh ke sudut hati. Apakah nikmat yang Allah beri itu Allah beri dalam keadaan redha atau dalam keadaan murka? Sudahkah dikau melakukan sujud syukur atas kurniaan Allah? Sudahkah dikau meminta ampun lantaran betapa dosamu banyak menggunung tapi Allah tidak pernah putus mahu memberikan nikmat. Bagi adik-adik yang keputusannya kurang cemerlang, janganlah bersedih. Mungkin itu caranya Allah mentarbiyah hati. Allah tahu apa yang terbaik buatmu, sedang kita, manusia biasa yang tidak tahu apa maksud tersirat yang Allah beri... Jangan melihat semua peluang sudah tertutup. Hakikatnya apabila satu pintu tertutup, banyak lagi pintu yang boleh dibuka cuma kadangkala kita terlepas pandang kerana terlalu lama menghadap pint...