Skip to main content

jaga aurat anda ye...

Semasa ana ke KEM tahun lps....

“Kak nene, kenapa pakai tudung dalam rumah?” Seorg junior itu bertanya ramah. Mata beningnya menusuk ke dalam hati. Suasana di asrama yang hingar-bingar pada ketika itu tidak lagi menjadi perhatian ana. Persoalannya merentap jiwa.

Ligat otak ana berfikir untuk menterjemah kata ke dalam perkataan yang paling mudah sekali buat si dia itu, tapi entah kenapa fikiran ana seolah-olah buntu. Ana diam seribu bahasa, sesekali mengukir senyuman buatnya. Tangan ana mengusap-usap rambutnya yang lembut.

Dalam hati tidak putus berdoa, agar dia memahaminya suatu hari nanti...

Rukhsah Aurat
“Enti, takkanlah nak buat kerja semua kena pakai tudung labuh-labuh, susahlah nak buat kerja. Takkan cuci pinggan nak kena pakai handsock, habis basah. Takkan nak pergi mencuci lantai pun pakai stokin?”

Jangan bimbang. Allah itu tidak zalim dan tidak pernah membebani hambaNya. Buktinya? Allah membenarkan solat qasar dan jama' atau juga dikenali dengan rukhsah solat (kemudahan dalam solat )ketika kita sedang bermusafir agar dimudahkan segala urusan.

Begitu juga perihal aurat. Teringat ana pada pesan seorang ustazah, apabila kita di dalam rumah (di kampung atau rumah sendiri atau rumah saudara) dan pada ketika itu kita mahu membuat kerja (cuci pinggan, basuh kain) ada rukhsahnya. Tidak apa tak memakai stokin dan lengan boleh dilihat dalam satu jengkal sahaja dari pergelangan tangan. Itu rukhsahnya, tapi kalau duduk-duduk tu, pandai-pandailah tutup aurat, labuhkan sikit kain agar kaki yang tak berstokin dapat ditutup sedikit.

Bagaimana pula dengan tudung? Ana rasa sekarang tidak ada masalah lagi untuk menutup aurat, hatta di dalam rumah. Asal sahaja tudung itu labuh menutupi dada dari pandangan hadapan, sisi dan belakang, tidak ketat dan tidak meleka-lekat sehinnga kelihatan bentuk tubuh, maka pakailah.

Islam itu mudah dan tidak memberatkan.


akhir kalam,

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (An-Nur : 31)

wallahualam..

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN ISLAMIK : ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia. Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook; yang mana dahulunya cukup terkenal sebagai akhi yang sering yang bermujahadah dan istiqamah dalam dakwah, kini hanyut dengan arus cinta manusia. Gambar-gambar bersama teman wanita menghiasi ‘profile pictures’ sahabat-sahabatnya. Tidak kurang juga bagi akhwat, yang dahulunya sangat dihormati kerana menjaga batas pergaulan, tunduk apabila berbicara membuktikan kukuhnya iman, kini alpa dengan arus pemodenan. Hijab yang dahulunya menjadi duri bagi setiap kumbang yang ingin hinggap pada m...

Surah Ar Ra'd ayat 28

Bagaimana nak hati menjadi tenang? Ingatlah Allah. Jika hati sentiasa berniat baik, Allah akan pertemukan dengan hal yang baik, orang-orang baik, tempat yang baik dan kesempatan untuk berbuat baik. InsyaAllah.

Doa Qunut Nazilah

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ (اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ اللَّهُمَّ يَا الله. يا الله. يا الله إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم TERJEMAHANNYA: Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x), Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PALESTIN YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH RAKYAT PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN TENTERA REJIM ZIONIS ISRAEL LAKNAT YA ALLAH KAU SELAMATKANLAH MASJID AL-AQSA DARI TERUS MENJADI SASARAN PIHAK YAHUDI LAKNAT YA ALLAH KAU TAMBAHKAN LAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG PALESTIN YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KANAK2 ...