Skip to main content

SAY NO to V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶n̶e̶s̶✗ and SAY YES to ✓Maulid Nabi✓

assalamualaikum...
lama ana tak upload bolg ni...
maaf ye buzy banyak oke bkn sikit...
hmm...tajuk hari tuu dkt atas dah tulis besar lagi..hihi....
rindunya nak berarak maulidur rasul dekat sekolah...
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد           

itulah kejap je sekolah kan dah kempunan...
hehe....
byk dah ana tgk kawan2 blog post ttg valentine ni..
sekarang ana post simple aje oke??
hehe terima kasih...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HARI KEKASIH umpan mjerat musuh??!!

Hari mgingati kekasih atau lebih popular disebut 'Valentine Day' seakan menjadi satu sambutan yg wajib diraikan oleh setiap pasangan kekasih sama ada yg belum berkahwin ataupun yg sudahpun sah bergelar suami isteri. Tanggal 14 Februari sudah disetkan dalam minda dan ditunggu-tunggu dengan penuh keseronokan. Kebiasaannya, bunga ros merah dan coklat mjadi tumpuan pasangan kekasih utk menzahirkan perasaan kasih sayang masing-masing...
Sambutan ini sebenarnya diraikan oleh pganut Kristian yg memuja seorang paderi bernama St.Valentine dgn menganggap beliau seorang yg mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya...

Islam tidak myekat hubungan kasih sayang antara umatnya. Luahkan kasih sayang sesama kita mengikut saluran yg benar dan mengikut hukum syariat. Jika, ia lebih kepada perbuatan maksiat, apakah erti sambutan tersebut??
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam Maulidur Rasul semua!! ^_^
ceria2 ye semua...
Saban tahun, umat Islam akan myambut dan meraikan tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Tidak kira di mana jua, sambutan akan dijalankan dengan begitu meriah menandakan umat Islam di dunia ini memperingati akan hari kebesaran itu. Namun, pada itu berapa ramaikah dalam kalangan kita yg mgamalkan setiap sunnah junjungan nabi kita itu....
Sama ada kita diraikan melalui perarakan ataupun tidak ia bukanlah persoalan utama. Apa yg lebih penting ialah terapkan milai-nilai murni yg ditinggalkan oleh Rasulullah SAW ke dalam diri masing-masing dan semestinya ke dalam diri anak-anak muda hari ini. Jangan kerana berlainan zaman dan perbezaan zaman yg sangat jauh menyebabkan segala sunnah Baginda dilupakan begitu sahaja. Itu yang perlu dibimbangkan dan bukannya persoalan sambutan itu sendiri..^^

Bermula dengan ingatan terhadap sirah junjungan Nabi Muhammad SAW pastinya ia akan mendorong untuk umatnya mgamalkan setiap yg ditinggalkan oleh Baginda Semakin jauh zaman ditinggalkan ingatan semakin nipis. Jadi, menerusi sambutan maulidurasul ia sedikit sebanyak mengembalikan ingatan terhadap perjuangan Baginda dahulu...

Mengapa pada zaman Nabi dahulu tidak diadakan sambutan sedemikian adalah kerana perlu diketahui kanapa para sahabat tidak merayakan sambutan maulidurasul, satu sebabnya ialah para sahabat masa mereka dengan zaman Nabi terlalu dekat. Oleh itu perasaan kasih, sayang dan cinta mereka lebih mendalam berbanding umat hari ini terpisah hampir 1400 tahun. Maka para sahabat berasa keluhuran kasih dan sayang mereka terlalu dekat dengan Nabi dan umat ini, untuk melahirkan rasa dantanda kasih sayang terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW ialah dengan memperingati hari kelahiran Baginda dengan sambutan maulidurasul...

Itu merupakan antra salah satu sebab mgapa umat hari ini meraikannya dan bukanlah timbul isu mengapa meraikan lebih meriah berbanding mengamalkan. Ini kerana amalan seseorang manusia itu bukanlah manusia yg berhak mangukurnya, tetapi Allah SAW. Dan sejauh mana seseorang umat itu mengikuti sunnah yg ditinggalkan bukanlah terletak pada mata kasar seorang manusia juga tetapi dalam diri kita sendiri.....

Akhir kalam dari ana...ingat ye amalkan sunnahnya...^^

SAY NO to V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶n̶e̶s̶✗ and SAY YES to ✓Maulid Nabi✓

p/s: ana tinggalkan dengan nasyid ni ye....
 

Comments

Popular posts from this blog

Ibrah Aidiladha

"Wanita jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail." . Suka untuk share 1 pengajaran dari peristiwa korban ini. Siti Hajar, seorang isteri dan ibu. Taat perintah ALLAH dengan cara (meredhai anaknya di sembelih, meredhai dirinya ditinggalkan bersama Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim yang mempunyai urusan diluar kota). Tidak mengeluh apapun beliau, berterusan memastikan anaknya dijaga baik walau tiada suami disisi, tiada wang ringgit, tiada bekalan. Tidak berputus asa berlari-lari anak berulang kali dari safa ke marwah untuk mendapatkan air untuk diminum dan menyusui anaknya. Namun setiap kali itu, bukan air yang ditemui akan tetapi ianya hanyalah bayangan haba dari jauh yang nampak seperti air. Disebalik seorang lelaki, suami & ayah yang  hebat  itu iaitu Nabi Ibrahim serta seorang anak yang sabar dan taat itu iaitu Nabi Ismail, pernahkah kita menyingkap ada seorang insan bernama WANITA, ISTERI dan IBU itu...

How to Complete Reading the Quran in 21 Days.

“Ramadan is the (month) in which the Quran was sent down, as a guide to mankind and a clear guidance and judgment (so that mankind will distinguish from right and wrong) ”  (2:183) In honour and remembrance of that, some would devote time to complete reading and understanding the Quran during Ramadhan.  There are many other ways to complete reading the Quran during Ramadhan. Do what works for you. Below is my sharing on how to complete reading the Quran within 21 days. Other than Tarawih, reading the Quran during Ramadhan is good. There are  30 juz  with  6236 verses (ayat)   in the Quran. In  21 days , you need to read in average  300 verses , and allocate  4-5 hours  a day, should you want to complete the Quran. This is assuming it takes  1 min  to read a verse. Many can read a verse in less than 30 seconds. 1. How can you find 4-5 hours/day? Whether or not you are working, you can find time within these sl...

Hikmah Sedekah

"Semakin sedekah, semakin kaya." "Ada RM50 je ni dekat tangan, dalam bank ada RM22.15. Macam mana nak survive untuk beberapa minggu ni?" Bisik hati kecil ini. "Dah plan nak ke Port Dickson ada PRK Port Dickson minggu ini, semua pakat turun infak tenaga." "Sayangnya tak dapat turun sebab dah dekat sangat dengan Shah Alam." Google harga tiket bas pergi balik Shah Alam ke Port Dickson. Alhamdulillah okay cukup. Tapi nanti macam mana nak survive nak makan, dan kelas lagi. Sebab sejenis orang yang tak suka beritahu ibu ayah duit dah habis. Hmm. "Kena cancel lah ni nak ke Port Dickson." Sedih sangat. Log in Bank Islam, nak buat online banking transfer ke akaun PAS untuk pujuk hati dan diri ini, "Takpelah tak dapat pergi sana, dapat infak sikit pun jadilah." Masa ni kempen dari Ustaz Idris Ahmad, kempen infak PRK Port Dickson RM10. "Alhamdulillah, done transfer RM10 ke akaun PAS." Ada la...