"Semakin sedekah, semakin kaya."
"Ada RM50 je ni dekat tangan, dalam bank ada RM22.15. Macam mana nak survive untuk beberapa minggu ni?" Bisik hati kecil ini.
"Dah plan nak ke Port Dickson ada PRK Port Dickson minggu ini, semua pakat turun infak tenaga."
"Sayangnya tak dapat turun sebab dah dekat sangat dengan Shah Alam."
Google harga tiket bas pergi balik Shah Alam ke Port Dickson. Alhamdulillah okay cukup. Tapi nanti macam mana nak survive nak makan, dan kelas lagi. Sebab sejenis orang yang tak suka beritahu ibu ayah duit dah habis. Hmm.
"Kena cancel lah ni nak ke Port Dickson." Sedih sangat.
Log in Bank Islam, nak buat online banking transfer ke akaun PAS untuk pujuk hati dan diri ini, "Takpelah tak dapat pergi sana, dapat infak sikit pun jadilah."
Masa ni kempen dari Ustaz Idris Ahmad, kempen infak PRK Port Dickson RM10.
"Alhamdulillah, done transfer RM10 ke akaun PAS." Ada lagi baki RM12.15. Memang tak sentuh dahlah akaun ini sebab banyak ni je ada.
"Esoklah maklum semula ke kawasan tak dapat turun." sambil berjalan menuju ke ATM nak check baki duit dalam Bank Rakyat. Sebab jarang guna duit dalam Bank Rakyat.
Baki wang anda RM500 plus plus tak ingat exact amount apa. Time ni tak tahu nak rasa apa. Nak menangis ke nak seronok ke. Tapi sangat-sangat bersyukur. Alhamdulillah. Terus print slip penyata mini nak tengok dari mana duit ni datang. Banyak tu RM500.
Takde orang lain yang tahu akaun Bank Rakyat ini kecuali untuk BR1M atau masuk gaji masa kerja dulu.
Dalam slip tunjuk duit di kreditkan ke akaun (bahasa bank kredit maksudnya duit masuk) hujung bulan 8 lagi. Clueless sampai hari ini dari mana datangnya duit ini. Sebab sebelum masuk belajar bulan 9, dah transfer semua ke Bank Islam.
Call kerani tempat kerja tanya. Kata mereka itu ada sikit duit saguhati dan separuh gaji untuk bulan 8. Allahu Akhbar nak menangis rasa. Terharu bersyukur semua ada.
Waktu ni terus transfer separuh masuk ke Bank Islam. Terus beli tiket ke Port Dickson. Dengan RM500 ni bukan sahaja cukup untuk beberapa minggu tapi cukup untuk 1 bulan. Tak perlu tunggu ibu ayah bank in ke, nanti ibu ayah tanya still ada duit. Alhamdulillah. Selesai satu beban ibu ayah.
Waktu tunggu bas UiTM nak balik rumah sewa, terngiang-ngiang Surah At-Taubah ayat 41.
Infiru Khifafan Wa Tsiqalan!
Ya Allah, sedang menguji diri ini yang mengelar dirinya seorang pejuang agama Allah. Adakah kita hanya akan berjuang saat punya duit, saat punya masa lapang, saat tiada masalah? Inilah jawapannya buat diri ini.
Sungguh, sekiranya kita mampu menjadikan “Infiru khifafan wa tsiqalan! …Berjuanglah kamu, sama ada senang mahupun susah…” sebagai motto hidup, pasti hidup akan bahagia. Musibah yang menimpa terasa nikmat dan tenang kerana ia adalah ujian dari Allah SWT buat hambaNya. Mehnah yang tiba dihadapi dengan redha dan sabar. Tribulasi yang melanda disungguhi dengan keyakinan. Musibah, mehnah dan tribulasi bukan alasan untuk kita berhenti berjuang. Malah kita akan sentiasa berjuang sama ada susah mahupun senang demi redha Allah sehinggalah kita beroleh kemenangan atau syahid di jalanNya. Inilah motto hidup terunggul.
Jangan Pernah Berhenti Berjuang!
“Berjuanglah Kamu, Sama Ada Senang Mahupun Susah!”
Akhirul kalam.. Infiru khifafan wa tsiqalan!
Comments