Skip to main content

Faridah jadi aspirasi pelajar ACCA, perakaunan UiTM

Date: 29 Nov 2004
Publication: Berita Harian

PROFESOR Madya Faridah Ahmad adalah salah seorang ahli ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) yang mengambil keputusan untuk memberi sumbangan melalui pendidikan.

Kini, setelah memiliki pengalaman luas di dalam dan luar negara, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Perakaunan, di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Sejarah beliau dengan ACCA bermula selepas menamatkan pengajian sekolah menengahnya pada 1970-an. Faridah kemudian mengambil kursus Diploma Perakaunan di UiTM pada 1972.

Tiga tahun kemudian, Faridah dengan berbekalkan sijil diploma memulakan kerjayanya dalam industri kewangan dan perakaunan.

Dengan semangat dan daya usaha tinggi, Faridah mempelajari teori perakaunan, kewangan sehingga beliau mampu memegang jawatan lebih tinggi.

Namun, untuk menjadikan beliau lebih berjaya di bidang perakaunan, beliau perlu kelayakan profesional. Atas keperluan itulah, Faridah membuat kajian mengenai kursus-kursus profesional terbaik, di samping berbincang dengan rakan sekerjanya. Akhirnya, Faridah mengambil keputusan melanjutkan pengajiannya dalam kursus profesional ACCA.

"Saya sedar ACCA adalah pilihan terbaik kerana ramai rakan sekerja yang mempunyai kelayakan ini kini memegang jawatan yang tinggi.

"Saya juga ingin menjadi salah seorang daripada profesional yang sentiasa berjaya walau di mana saya berada. ACCA adalah kelayakan profesional yang terkenal di serata dunia. Saya yakin dengan adanya ACCA, saya boleh terus maju dalam kerjaya saya" katanya.

Faridah kemudian mengambil keputusan berhenti kerja dan berpindah ke United Kingdom untuk mengikuti pengajian ACCA di sana. Walaupun tiada bantuan kewangan dan tiada pengalaman berada di negara orang, cabaran itu tidak melunturkan semangatnya.

"Dalam zaman 70-an, tidak ramai yang mempunyai peluang untuk belajar di luar negara. Oleh itu saya bertekad untuk mendapatkan kelayakan ACCA.

"Memang saya pergi ke UK dengan tangan kosong. Namun, saya mempunyai impian yang tinggi dan ingin kembali ke tanah air dengan kelulusan ACCA. Jadi, saya terpaksa berusaha gigih agar cita-cita tercapai," katanya.

Ketika di UK, Faridah bekerja sambilan di Arthur and Andersen, sebuah firma perakaunan terkenal di dunia ketika itu, sebagai pekerja sambilan. Pada masa sama, Faridah mendaftar diri dalam kursus profesional ACCA sepenuh masa.
"Saya terlalu yakin boleh lulus cemerlang dalam ACCA kerana peperiksaannya pada peringkat awal bagi saya - mudah. Namun, setelah lulus peringkat awal dan mara ke peringkat yang lebih tinggi, saya ketahui betapa susah sebenarnya untuk mendapatkan kelayakan ACCA ini," katanya.

Menurut Faridah, pada zaman 70-an tiada komputer ataupun internet. Beliau terpaksa belajar dengan tekun dan bergantung penuh kepada nota yang diberi pensyarah, buku teks dan buku tambahan dari perpustakaan. Berkat azam tinggi, Faridah akhirnya berjaya dalam pengajian dan memiliki kelayakan profesional ACCA.

Faridah ditawarkan jawatan pensyarah di UiTM pada tahun 1980. Lapan tahun kemudian, beliau dinaikkan pangkat kepada pensyarah kanan, seterusnya, menerima jawatan profesor madya sehingga kini.

Kini Faridah menjadi aspirasi kepada pelajar ACCA dan perakaunan di UiTM. Ramai pelajarnya kini menjawat jawatan tinggi di pelbagai syarikat dalam pelbagai industri.

Untuk keterangan lanjut mengenai kelayakan profesional ACCA sila layari laman web www.accaglobal.com atau email kepada info@my.accaglobal.com

Comments

ezzywan said…
aku pn nk jd cmtu :')
Unknown said…
I hope i'll be like her .
Nurdinie Irdina said…
insyaAllah, sama2 kita menuju kejayaan... Act as accounting student banyak cabang kita boleh pergi lagi jauh =D

Popular posts from this blog

CERPEN ISLAMIK : ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia. Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook; yang mana dahulunya cukup terkenal sebagai akhi yang sering yang bermujahadah dan istiqamah dalam dakwah, kini hanyut dengan arus cinta manusia. Gambar-gambar bersama teman wanita menghiasi ‘profile pictures’ sahabat-sahabatnya. Tidak kurang juga bagi akhwat, yang dahulunya sangat dihormati kerana menjaga batas pergaulan, tunduk apabila berbicara membuktikan kukuhnya iman, kini alpa dengan arus pemodenan. Hijab yang dahulunya menjadi duri bagi setiap kumbang yang ingin hinggap pada m...

Surah Ar Ra'd ayat 28

Bagaimana nak hati menjadi tenang? Ingatlah Allah. Jika hati sentiasa berniat baik, Allah akan pertemukan dengan hal yang baik, orang-orang baik, tempat yang baik dan kesempatan untuk berbuat baik. InsyaAllah.

Doa Qunut Nazilah

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ (اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ اللَّهُمَّ يَا الله. يا الله. يا الله إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم TERJEMAHANNYA: Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x), Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PALESTIN YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH RAKYAT PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN TENTERA REJIM ZIONIS ISRAEL LAKNAT YA ALLAH KAU SELAMATKANLAH MASJID AL-AQSA DARI TERUS MENJADI SASARAN PIHAK YAHUDI LAKNAT YA ALLAH KAU TAMBAHKAN LAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG PALESTIN YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KANAK2 ...