Suasana agak redup pagi itu. Matahari mula menyingsingkan sinarnya ke seluruh alam. Tenang dan damai di jiwa melihat kebesaran Allah. Sungguh bersyukur dirinya dengan segala nikmat kurniaan Ilahi. Tanpa-Nya, tidak mungkin dia masih di sini. Ya, pengembaraan hidup menuju redha-Nya.
Matanya memerhati sekeliling tasik. Agak berkurang orang kala ini. Mana perginya semua orang? Bukankah hari minggu seperti ini ramai orang berkunjung ke tasik itu? Kawasannya agak lapang dan segar tanpa sebarang pencemaran. Boleh memuatkan ramai orang dalan satu-satu masa. Kakinya meneruskan lagi langkah bagi mencari tempat berteduh. Dia ke situ bukan sahaja ingin menenangkan minda tetapi ada kerja lain yang perlu disiapkan. Mudah-mudahan, semuanya berjalan lancar.
Kelihatan sebatang pokok rendang di timur tasik. Tempatnya agak menarik. Kedudukannya membuatkan insan yang berada di situ kurang terkena panahan cahaya mentari. Irdina membimbit laptop kesayangannya ke situ. Laptop jenama ACER itu diletakkan di atas rumput yang menghijau. Dia merebahkan punggungnya menghadap tasik. Subhanallah, indahnya!
Tesis untuk projek Masternya perlu disiapkan segera. Irdina lebih suka melakukan kerja-kerjanya di luar berbanding di dalam rumah. Lebih terbuka minda dan luas pemandangannya. Andai terperuk di dalam rumah bukan sahaja dapat membesarkan badan malahan tidur itu lebih enak daripada menyiapkan apa yang perlu.
“Dina!!!”
Tersentak Irdina tatkala namanya dipanggil. Dia menoleh ke kanan. Masya-Allah, Najwa! “Assalamualaikum, Dina... Lama sangat kita tak jumpa kan,” ucap Najwa seraya menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan sahabat yang sudah lama tidak diketemui.
Irdina menyambut huluran salam itu. Kemudian, mereka sama-sama berpelukan. Rindu sungguh. Setelah tamat SPM, masing-masing membawa haluan sendiri. Najwa ke Kolej Matrikulasi Johor dan Irdina pula ke UiTM dengan Diploma In Science. Tidak sangka Allah akan temukan mereka kembali di situ.
“Eh, Najwa seorang aje ke?” Dia tersengih dengan pertanyaan sahabatnya itu. Kemudian, dia memanggil seseorang dengan panggilan ‘abang’. Setahu Irdina, Najwa tiada abang dan dia merupakan anak sulung pada adik-adiknya. Beberapa saat kemudian, hadir seorang lelaki menuju ke arah mereka sambil mendukung seorang bayi yang masih kecil.
Lelaki itu seperti pernah dikenalinya dahulu. Ya, dia pernah kenal. Orangnya berbadan sederhana dan berkaca mata. Rupa parasnya agak gelap berbanding Najwa. Juga terdapat lesung pipit pada pipi kirinya. Ya Allah, Mirza?
“Assalamualaikum, Irdina...” ucapnya seraya menguntumkan senyuman. Dia memandang sekilas ke arah Irdina. Kemudian, dilirikkan ke arah isterinya pula. “Eh, kau orang...”
“Ya, kami suami isteri setahun yang lalu.” Ujar Mirza tanpa segan silu. Najwa sekadar menahan malu.
“Alhamdulillah, bersatu juga kau orang akhirnya. Tahniah aku ucapkan.”
Mirza dan Najwa merupakan classmatenya di tingkatan 5. Memang nampak bunga-bunga cinta mereka. Namun, masing-masing memendam rasa. Mana tidaknya, kedua-duanya merupakan kepimpinan tika itu. Rupnya, bunga-bunga cinta yang dipendam sekian lama dimakbulkan Allah. Akhirnya, mereka bersatu dalam ikatan yang sah dan sudah dikurniakan seorang anak lelaki yang comel pula. Bahagia sungguh mereka berdua!
Irdina tersedar dari lamunannya. Dia menatap pada skrin laptopnya. Terpapar gambar raya keluarganya setahun yang lalu. Ketika itu, arwah embah masih ada. Namun, raya kali ini...Allah lebih menyayanginya. Setelah sekian lama embah menikmati nikmat hidup, seruan Allah lebih dahulu tiba sebelum tamatnya puasa. Air matanya menitis. Ya Allah, semoga Engkau sentiasa mencucurkan rahmat ke atasnya.
Lekas dia menyeka air mata itu. Sekarang, bukannya masa untuk mengalirkan air mata. Tetapi perjalanan seorang hamba perlu diteruskan. Tesisnya perlu segera disiapkan sebelum tibanya tarikh akhir ia dihantar kepada Prof Madya Aisyah Humaira’. Irdina sangat suka dengan profesornya itu. Lembut dan ramah serta tinggi ilmu agamanya. Budi pekertinya seperti seorang serikandi islam yang bergelar ummul mukminin iaitu Siti Aisyah isteri Rasulullah s.a.w.. Setiap kali kelas bermula, beliau mesti menyampaikan tazkirah pendek buat peringatan anak bangsa. Alhamdulillah. Dia tersenyum.
Seminggu sahaja lagi tinggal sebelum tarikh akhir penghantaran tesis. Irdina kemusykilan sesuatu. Lantas, dia mencapai handphone yang berada di dalam begnya itu. Walaupun, dia kini bergelar pelajar Master, handphonenya tetap sama ketika degree dahulu. Pernah juga rakan sekerjanya mengatakan hasrat untuk menjual handphonenya kepada Irdina. Namun, ditolak. Biarlah dia mengenal erti susah payah sepertimana pernah dirasai oleh kedua ibubapanya ketika membesarkan dirinya.
‘Assalamualaikum, Prof. Prof free tak sekarang? Saya nak jumpa, boleh? Ada sesuatu yang hendak ditanya mengenai projek saya ni...’ pesanan ringkas itu dihantar sejurus memilih nama penerimanya.
Deringan messagetone bernada nyaring itu kedengaran. Irdina membuka mesej balas yang diterimanya. ‘Waalaikumussalam... Boleh, silakan! Sekarang, saya tengah free..’
Irdina tersenyum girang. Lantas langkahnya diatur menuju ke bilik Prof Madya Aisyah Humaira’ di bangunan hal ehwal akademik di aras 1. Bilik itu diketuk sambil bibirnya menuturkan kata salam. Jawab balas dari dalam bilik diterima. Irdina masuk dengan langkah berhati-hati. Kemudian, ditutp kembali dedaun pintu bilik itu.
“Dina, duduklah. Kamu nak tanya apa mengenai tesis kamu? Setahu saya, segala coursework yang kamu lakukan dilaksanakan dengan cemerlang.” Katanya sambil tangannya leka mengemas kertas-kertas yang berselerakkan di atas meja itu.
“Eh, tak adalah Prof. Semuanya berkat usaha saya serta doa ibu bapa saya.” Ujar Irdina dengan rasa rendah diri. Dia meneruskan persoalan yang ingin ditujukan. Serba sedkit membantunya menyiapkan tesis itu dengan jayanya. Sebelum dia bingkas daripada tempat duduknya, mata Irdina tertancap pada sekeping frame yang gambarnya berukuran 8R. Gambar tersebut digantung atas kabinet belakang kerusi profesornya duduk.
“Kenapa, Dina? Nampak hantu?”
“Tak adalah, Cuma gambar keluarga Prof tu nampak comel.” Pujinya. Namun, jauh di sudut hatinya terdetik sesuatu. Diakah itu?
“Ke kamu tengok jejaka yang berdiri sebelah suami saya tu?” Prof Madya Asiyah Humaira’ mula mengusik pelajarnya itu.
“Tak adalah prof...”
“Itu anak sepupu suami saya. Masa tu, kami buat rumah terbuka. Masa nak ambil gambar, dia jadi cameraman. Jadi, ini ajelah satu-satunya gambar dia yang ada. Namanya Khairul. Sebenarnya, nama dia panjang tapi saya seorang aje yang panggil dengan nama tu. Dina, dia single lagi tau...” Irdina hanya tersengih mendengar omongan profesornya itu. Ada-ada sahaja benda yang nak diusik tentang dirinya.
Malam itu agak sunyi. Ketiga-tiga housematenya pulang ke kampung. Irdina masih berada di situ. Kalau dia pulang, apa akan jadi misi dan visi yang ingin dicapainya. Dia menghela nafas agak panjang. Kedengaran angin berdesir tenang di luar rumah teres 1 tingkat itu. Entah mengapa ingatannya menjengah kembali pada gambar yang dilihatnya tempoh hari.
Raut wajahnya tidak tumpah seperti dia. Tapi adakah itu dia? Mungkin muka sahaja sama tetapi namanya lain. Astaghfirullah ala’zim... mengapa perlu diingati pada insan yang belum tentu menjadi miliknya. Irdina pasrah dengan ketentuan Allah.
Setelah sekian lama tidak bertemu, Najwa ajak lunch bersama. Mereka meyinggah sebuah restoran yang memang diminati Irdina. Di situ, tersedia pelbagai menu dan lauk-lauk kampung. Tidak ketinggalan juga sambal belacan yang menjadi keutamaan Irdina sejak kecil.
“Wah, banyak juga kau ambil sambal belacan tu...” seloroh Najwa tatkala memandang pinggan sahabatnya itu. “Eh, tak adalah. Sambal belacan kat sini tak rasa belacan. Tapi pedasnya sama macam zaman sekolah dulu..” blasnya sambil tersengih.
“Memang ‘Hantu Sambal’ la kau ni...” ujar Najwa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Begitu tabiat Irdina semenjak dia mula kenal sahabatnya itu di sekolah menengah.
Selesai menjamah makanan bersama, mereka berdua berjalan-jalan di tepi tasik. Irdina memerhati sahabat di sisinya itu. Wajahnya tidak pernah berubah. Cuma Najwa kelihatan lebih kurus berbanding zaman sekolah dahulu. Ah, pandai Mirza jaga isterinya.
“Kau datang jumpa aku, Mirza tak marah?” Najwa memandang ke bawah.
“Tak. Dia yang suruh aku jumpa kau. Boleh tanya tak? Kenapa kau tak kahwin lagi? Umur sudah hampir 27 tahun. Sahabat-sahabat kita yang lain hampir semua sudah mendirikan rumah tangga. Bukankah kau dijangka kami akan kahwin dulu...” usik Najwa. Kemudian, dia kembali berwajah sedikit serius. “Atau kau masih menunggu si dia?”
Irdina hanya mendiamkan diri sahaja. Mengapa persoalan itu yang ditujukan kepadanya? Salahkah dia kahwin lambat berbanding yang lain...
“Sejak kau pergi membawa diri ambil Farmasi di Mesir, dia pun mula menghilangkan diri. Sebenarnya, antara dia dan Syafa mana ada apa-apa. Syafa yang sengaja buat kau iri hati.”
Tangan kanan Irdina mengenggam tangan kiri Najwa. “Tak apalah, Najwa... Andai sudah ditakdirkan jodoh antara kami tidak ke mana. Tak perlu risau pasal aku. Kau tu jaga suami dengan Irfan elok-elok tau...” balas Irdina penuh makna. Biarlah hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dirasa.
Usai sahaja menyiapkan tesis yang akan dihantar esok, Irdina pergi menunaikan solat sunat istikharah sebelum tidur sepertimana yang dilakukan pada setiap malam. Dalam doanya, dia memohon kepada Allah Yang Maha Esa dikurniakan petunjuk agar dirinya diberi kekuatan dalam bisa memilih mana yang baik dan mana yang tidak.
“Irdina...” Dia menoleh. Irdina kenal benar suara itu. Terkesima dia melihat orang itu. “Awak?”
“Kenapa awak pergi tinggalkan saya?” tanya suara itu.
“Saya tak bermaksud...”
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Irdina terjaga. Mimpi rupanya. Dia beristighfar. Mimpi yang sama seperti dua malam yang lepas. Walaupun mimpi itu agak singkat namun ia seperti menyimpan 1001 makna yang belum terungkap. Matanya mengerling ke arah jam loceng berwarna hijau di sebelah bantal. Sudah pukul 4.00 pagi rupanya. Dia bingkas bangun menuju ke bilik air.
Segera wudhu’ diambil untuk menunaikan solat sunat tahajjud. Usai sahaja solat, Irdina termenung di atas tikar sejadah pemberian seorang lelaki yang pernah mengusik hati kecilnya dahulu. “Ya Allah, jangan biarkan aku mencintai yang lain melebihi cintaku pada-Mu dan rasul-Mu...” ucapnya dalam linangan air mata. Tidak mungkin dia sanggup menduakan cintanya kepada Pencipta Yang Satu.
Pagi itu, Irdina merasa begitu segar dan bersemangat sekali. Dia bakal menerima anugerah pelajar terbaik bagi sesi kali itu. Prof Madya Aisyah Humaira’ turut gembira mendengar pengkhabaran itu. Apa yang dijangka selama ini menjadi kenyataan. Irdina bukan sahaja hanya seorang gadis biasa yang menjaga batas-batas syariat islam, bahkan dia juga memiliki akal fikiran yang cerdas. Sungguh beruntung bagi sesiapa yang memilik hatinya.
Hampir dua minggu, dia menjejakkan kaki dia institusi pengajian tinggi itu. Kini, bermulalah kerjayanya sebagai seorang pensyarah di Fakulti Farmasi di universiti tersebut. Berbagai-bagai perasaan yang melanda hatinya. Dia perlu tabah dan kuat menghadapi semua ini.
“Busyrah, kau kat mana ni? Aku dah ada kat sini...” omel Irdina pada kawan sekerjanya. Setiap kali ditelefon, katanya belum tiba. Irdina mengeluh sendirian. ‘Daripada aku duduk termangu kat sini seorang-seorang, baik aku cari buku yang aku suka,’ getus hati kecilnya. Hendak menunggu si Busyrah, alamatlah tak sempat nak beli apa-apa.
Irdina berjalan-jalan di sekitar gerai yang menjual buku-buku agama. Pesta Buku yang diadakan akan berakhir esok. Namun, disebabkan esok dia ada appointment dengan Myra, terpaksalah dia pergi hari ini. Itupun bukan senang untuk memujuk Busyrah menemaninya.
Satu-persatu buku dibeleknya penuh teliti. Adiknya memesan agar dibelikan buku tentang Khulafa’ ar-Rasyidin. Ada-ada sahaja budak seorang tu. Kemudian, kakinya diatur lagi ke gerai novel-novel islami. Dia ingin mencari novel terbaru karya Maya Iris terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.. Tika matanya sedang melirik satu persatu, matanya tertancap pada sebuah novel yang sudah lama diterbitkan. ‘Denyut Kasih Medik’. Kali ini, ada sedikit pembaharuan pada kulit novel dan terdapat beberapa tips perubatan.
Novel ini mengingatkan dirinya pada si dia. Dia yang mengsyorkan Irdina membaca novel tersebut. Irdina tersenyum terkenangkan novel yang disimpan rapi di dalam loker bajunya. Sedang dia membelek-belek novel karya Dr. Farhan Hadi, kakinya disepak oleh sesuatu. Hampir jatuh Irdina dibuatnya. Nasib baik sempat dia memaut pada meja di gerai itu.
“Maaf, cik. Saya tak sengaja tadi.” Kata suara itu. Agak garau kedengaran. Irdina hanya mampu menggelengkan kepala. Tangannya pula mengusap-usap kaki kirinya yang disepak tadi. Lelaki itu cuba untuk membantu. Tetapi Irdina menolak terlebih dahulu. Dia bangun dan mengangkat muka. Dia tergamam. Lelaki itu pernah dikenalinya dahulu. Lelaki itu turut tergamam. Dani?
“Dina, dah lama tak jumpa awak.” Irdina hanya terseyum bersahaja. Matanya hanya memandang ke bawah. Ya Allah, mengapa aku bertemu semula dengan lelaki ini?
Dalam masa yang sama, kedengaran seseorang memanggil-manggil namanya. “Busyrah, aku kat sini.” Sahut Irdina kalangan orang ramai yang sedang bersesak-sesak. “Maafkan saya, saya terpaksa pergi dulu. Assalamualaikum,” ringkas sahaja jawapan yang diberi. Dia meninggalkan lelaki itu dalam keadaan terpinga-pinga.
“Siapa tadi tu?” tanya Busyrah ingin tahu.
“Tak ada siapa. Hah, yang kau datang lambat kenapa?” ujar Irdina pula.
“Maaflah, anak saudara aku buat hal. Kena bagi dia tidur dulu baru boleh pergi. Parents dia ada hal kat Kuala Lumpur. Itupun, nasib baik makcik sebelah rumah ada.” Terang Busyrah dalam nafasnya tercungap-cungap.
“Syahadah? Laa, kenapa tak bawa dia sekali? Aku kan ada... Macam-macamlah kau ni...” kata Irdina sambil menepuk-nepuk bahu kawannya itu.
‘Apa lah pula laki ni nak jumpa?’ keluh dalam hatinya.
“Assalamualaikum, maaf menunggu lama...” ujarnya seraya menjemput gadis di sisinya itu duduk. Mereka berdua kini sedang menghadap ke tasik. “Awak ada apa nak jumpa? Bukan ke awak sedang buat persiapan nak kahwin..”
Lelaki itu menoleh ke arahnya. Seperti tidak percaya apa yang didengari. “Err, macam mana awak tahu?”
“Adik awak beritahu. Saya pun tak sangka boleh berjumpa dengan awak kembali..” suaranya agak tegas kedengaran.
“Saya nak jumpa awak sebab ada hajat. Awak, saya masih sayangkan awak..”
Irdina beristighfar berulang kali. “ Ya Allah, apa awak katakan ni? Awak tu dah nak kahwin!” kali ini nadanya menjadi betul-betul tegas. “Tapi...” Dani cuba memujuk rayu.
Bingkas Irdina bangun dari tempat dia duduk. “Dani, saya minta maaf. Antara kita dah tak ada apa-apa. Lupakan sahaja kisah lama. Assalamualaikum.” Ucapnya seraya berlalu dari situ.
Tiba-tiba tangan kirinya ditarik spontan. “Dani? Apa ni? Lepaskan saya!!!” rayu Irdina dalam separuh menjerit. Melihat wajah itu sedang meronta-ronta, tangan gadis itu dilepaskan. “Maafkan saya,” keluh Dani kesal apa yang dilakukan sebentar tadi.
“Dani, awak pergilah setia pada bakal isteri awak tu. Jangan cari saya lagi selepas ini. Anggap sahaja kita tidak pernah bertemu.” Kakinya melangkah pergi meninggalkan lelaki itu seorang diri. Dani terduduk mendengar kata-kata itu. Begitu teguh pendirian gadis itu.
Matanya mencari-cari rumah banglo 1 tingkat milik keluarga Prof Madya Aisyah Humaira’. Kelihatan 200 meter di hadapan terdapat sebuah khemah. Kelihatan juga sebuah kereta Toyota Camry milik profesornya di situ. Sah, ini pasti rumah wanita yang berusia 40-an itu.
Irdina memarkirkan keretanya di tepi jalan. Tangannya mencapai beg tangan berwarna hitam begitu juga handphonenya. Sekilas pandang, dia memandang seseorang yang pernah dilihat sebelum ini. Ya, kini ingatannya kembali berputar. Jejaka yang terdapat dalam gambar di dalam bilik profesor. Dia sudah lupa akan gambar yang pernah diamati sehingga ditegur disebabkan tingkahnya itu.
Ramai juga tetamu yang hadir dalam majlis kesyukuran itu. Irdina pergi bertemu dengan tuan rumah. “Eh, Dina... Alhamdulillah, sampai juga kamu ke mari. Jemputlah makan dulu. Nanti saya kenalkan dengan suami saya.” Pinta Prof Madya Aisyah Humaira’. Irdina sekadar menurutinya sahaja sambil tersenyum.
Setelah mengambil makanan, dia duduk di suatu tempat di dalam taman rekaan anak sulung profesor. Susunan pokok-pokok dan kekemasan landskap cukup menarik minat Irdina. Dia pernah bercita-cita ingin mengambil bidang hiasan dalaman dan landskap. Namun minatnya pada dunia kimia begitu mendalam, dipadamkan sahaja niatnya itu.
Tiba-tiba, suatu suara menyapa dari arak kiri. Irdina berpaling. Masya-Allah, dia. Suaranya tidak pernah berubah. Masih seperti dulu. Cuma kini dia kelihatan lebih tinggi berbanding Irdina mengenalinya dahulu. Syamil menarik sebuah kerusi plastik yang ada di situ. Terukir senyuman di bibirnya. Irdina hanya mampu tunduk. Hatinya berdebar saat mata mereka berlaga. Hanya Allah saja yang tahu perasaannya kala itu.
“Eh, kamu berdua saling kenal ke? Mak Teh baru nak kenalkan dengan kamu.” Sapa Prof Madya Aisyah Humaira’ yang kebetulan sedang mencari anak didiknya itu. Syamil segera bangun dan berdiri di sisi Mak Tehnya itu. Irdina dari tadi hanya diam sahaja. Lidahnya kelu untuk berkata apa-apa. Dia cuba berlagak tenang.
“Schoolmate saya dulu...” Balasnya pendek. Bibirnya masih lagi menguntumkan senyuman manis.
Hari makin petang. Irdina sudah lama di situ. Sempat juga dia berbual lama bersama profesornya itu. Entah apa yang bermain di fikiran profesornya, tiba-tiba tanya mengenai jodoh.
“Dina, kenapa tak kahwin lagi?”
“Belum tiba masanya lagi kot...”
“Yeke? Ke kamu yang jual mahal? Bukanya kamu tak cantik, cantik. Bijak. Bab agama pun tahu..” puji wanita itu menceriakan keadaan.
“Alhamdulillah, itu semua rezeki dari Allah. Ya, memang saya menunggu seseorang. Tapi saya tak tahu sama ada dia ada hati pada saya ataupun tidak. Bukan saya jual mahal Cuma saya serahkan pada Allah. Saya hanya cuba menjadi yang terbaik untuk diri saya. Sebab bakal suami saya adalah cerminan diri saya.” Wanita itu kagum dengan bait bicara anak didiknya itu.
Pagi itu, Irdina berniat untuk ke tasik tempat dia mencari ilham untuk menyiapkan tesisnya. Sungguh segar dan damai udara di situ. Burung-burung pula berkicauan riang di ruang angkasa. Irdina merebahkan punggungnya di bawah sebatang pokok rendang di situ. Tiba-tiba, ada suatu suara memanggilnya.

Syamil melangkah selangkah ke hadapan mendekati gadis itu. Jarak antara mereka dijaga. “Awak, dah lama saya cari awak. Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa awak di rumah Mak Teh tempoh hari.” Irdina sekadar tunduk memandang rumput-rumput si situ. Air matanya berlinangan. Dia cuba menahan sebak yang ada. Bukan dia tidak cari, dia turut mencari lelaki itu. Setiap kali dicari hanya hampa yang ditemui. Jadi, dia pasrahkan segalanya pada Allah.
“Irdina, sudikah awak jadi permaisuri di hati saya?”
Irdina mengangkat kepalanya. Ada sinaran cahaya terpancar pada mata lelaki itu. Mengharapkan agar lamarannya diterima. Kemudian, Irdina tersenyum seraya tertunduk. Lelaki itu mengerti. Dari jauh, ada dua pasang mata yang sedang memerhati mereka turut tersenyum. Najwa dan Mirza gembira kerana dapat menyatukan dua hati yang lama terpisah kerana-Nya. Semua ini datangnya dari pertolongan Allah Yang Maha Kuasa.
Irdina bersyukur mempersuamikan seorang lelaki yang menerima dirinya seadanya. Syamil, seorang lelaki yang ditunggunya sekian lama. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan mereka berdua bersama anak-anak.
# takde kena mengena antara yg hidup dan meninggal....

Comments