Skip to main content

Allah knows BEST :)


8 DECEMBER 2012
Hari ini hati saya berbisik, ada sesuatu dalam solatmu, ayuh segerakan solat. Lantas setelah saya terjaga saya terus solat. hati saya tenang...Alhamdulillah...

Tiba waktu maghrib.
Hati saya berbisik lagi...
"ada sesuatu di dalam solatmu...ayuh raih perkara itu..."
...
Dikeheningan maghrib itu.
Maghrib itu sungguh mendinginkan dengan titisan hujan.
Hati saya tiba-tiba turut dibasahi dengan hujan.
Ada hujan dalam hati.
Sedih...
Sedih kerana mengenangkan nasib...
kerana apa yang saya pinta tidak saya dapat...

Lalu saya menangis...menangis menangisi takdir mungkin...
Lantas saya bangunkan solat hajat...
Disujud yang terakhir, saya berdoa

"Ya Allah..andai kesusahan ini...hanya dengan kesusahan ini sahaja jalan yang dapat mendekatkan aku denganMu, aku redha Ya Allah...Tolonglah...tolonglah kurniakan aku sifat redha dan sabar. Tolonglah Ya Allah...aku tidak mahu terus menangisi takdir, aku mahu sabar dan redha"

Saya tidak penyabar
Saya tidak sabar
kerana saya pentingkan diri sendiri...

Lantas, hanya tangisan yang mengiringi doa.
" Andai mahukan jawapan dari Allah, maka bukalah mana-mana muka surat pertama bukaan Tafsir Quran. Baca ayat dan maknanya. Itulah jawapan Allah, insyaAllah..."

Setelah saya memohon pada Allah..
Mata saya merenung pada tafsir Al-Quran bewarna merah itu. Saya capai, dan saya buka.

Saya buka...
Saya nampak.
Saya menangis teresak-esak...
Basah telekung ini.

Inilah jawapan Allah...
Subhanallah!
Inilah jawapan dari Allah...
Allah telah menjawabnya pada bukaan surah Asy-Syura bermula dari ayat 27-33.

27. Dan jika Allah melapangkan rezeki seluas-luasnya kepada hamba-hambaNya, tentu mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan (memberikan) dengan ukuran yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.

28. Dan Dialah yang menurunkan hujan sesudah mereka putus harapan. Dan disebarkanNya rahmatNya dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.

29. Dan diantara ayat-ayat (tanda-tanda kebesaranNya) ialah penciptaan langit dan bumi dan makhluk yang melata, yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan seluruhnya apabila Dia kehendaki.

30. Dan setiap musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan perbuatan kamu sendiri. Dan Tuhan memaafkan sebahagian besar (dosa-dosa kamu).

31. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari hukuman Allah) di muka bumi ini. Dan kamu tidak beroleh pelindung selain Allah atau penolong.

32. Dan diantara tanda-tanda (kebesaran dan kekuasaanNya) ialah kapal-kapal yang belayar di lautan seperti gunung-ganang (terapung).

33. Jika Dia kehendaki diberhentikanNya angin, maka kapal-kapal berhenti di permukaan lautan. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang yang bersabar dan bersyukur.

Jawapan pertama kepada perkara yang selalu bermain di hati yang resah ini telah pun terjawab.
Benar.
Jika saya terus berada dalam kesenangan, saya akan lupa diri...
Biarlah kesusahan itu sendiri yang dapat mendidik diri, menguatkan jiwa ini.

Penutup kepada jawapan saya, jadilah orang yang bersabar dan bersyukur....

Ya Allah..kurniakan aku sifta redha dan sabar..amin...

http://wardatul-solehah.blogspot.com/search/label/Life%27s%20Notes
See more

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN ISLAMIK : ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia. Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook; yang mana dahulunya cukup terkenal sebagai akhi yang sering yang bermujahadah dan istiqamah dalam dakwah, kini hanyut dengan arus cinta manusia. Gambar-gambar bersama teman wanita menghiasi ‘profile pictures’ sahabat-sahabatnya. Tidak kurang juga bagi akhwat, yang dahulunya sangat dihormati kerana menjaga batas pergaulan, tunduk apabila berbicara membuktikan kukuhnya iman, kini alpa dengan arus pemodenan. Hijab yang dahulunya menjadi duri bagi setiap kumbang yang ingin hinggap pada m...

Surah Ar Ra'd ayat 28

Bagaimana nak hati menjadi tenang? Ingatlah Allah. Jika hati sentiasa berniat baik, Allah akan pertemukan dengan hal yang baik, orang-orang baik, tempat yang baik dan kesempatan untuk berbuat baik. InsyaAllah.

Doa Qunut Nazilah

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ (اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ اللَّهُمَّ يَا الله. يا الله. يا الله إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم TERJEMAHANNYA: Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x), Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PALESTIN YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH RAKYAT PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN TENTERA REJIM ZIONIS ISRAEL LAKNAT YA ALLAH KAU SELAMATKANLAH MASJID AL-AQSA DARI TERUS MENJADI SASARAN PIHAK YAHUDI LAKNAT YA ALLAH KAU TAMBAHKAN LAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG PALESTIN YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KANAK2 ...