Dr. Muḥammad Mursī ‘Īsá al-‘Ayyāṭ, di dalam wikipedia telah termaktub Dr. Mursi telah mula menjadi Presiden Mesir pada 30 Jun 2012 sehingga 3 Julai 2013.. 4 Julai 2013, hujan membasahi bumi Perlis sejak jam 4 pagi tadi sehingga kini belum berhenti, mungkin bumi ini menangisi akan khabar dukacita ini, pemimpin yang dipilih secara haq, tetapi digulingkan secara batil. "Secularist", membenarkan kita berpencak di medan demokrasi, selagi mana Islam tidak menggoyahkan mereka, namun apabila Islam dilihat kuat di medan ini, merekalah golongan yang merobohkan demokrasi yang mereka agung-agungkan. Perjuangan kita belum selesai, hatta Islam sudah menang sekalipun suatu hari nanti, perjuangan kita tidak pernah akan selesai~Dimensi Perjuanganku
"Wanita jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail." . Suka untuk share 1 pengajaran dari peristiwa korban ini. Siti Hajar, seorang isteri dan ibu. Taat perintah ALLAH dengan cara (meredhai anaknya di sembelih, meredhai dirinya ditinggalkan bersama Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim yang mempunyai urusan diluar kota). Tidak mengeluh apapun beliau, berterusan memastikan anaknya dijaga baik walau tiada suami disisi, tiada wang ringgit, tiada bekalan. Tidak berputus asa berlari-lari anak berulang kali dari safa ke marwah untuk mendapatkan air untuk diminum dan menyusui anaknya. Namun setiap kali itu, bukan air yang ditemui akan tetapi ianya hanyalah bayangan haba dari jauh yang nampak seperti air. Disebalik seorang lelaki, suami & ayah yang hebat itu iaitu Nabi Ibrahim serta seorang anak yang sabar dan taat itu iaitu Nabi Ismail, pernahkah kita menyingkap ada seorang insan bernama WANITA, ISTERI dan IBU itu...
Comments