Wednesday, 8 March 2017

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi - Dahsyatnya Sabar Satu Prinsip Gerakan Islam

Antara faktor yang menguatkan kesabaran ialah yakin bahawa pertolongan Allah amat dekat dan tidak diragukan lagi.

Sesungguhnya selepas kesulitan pasti ada nya kemudahan.

Pertolongan yang dijanjikan Allah kepada orang yang beriman serta balasan yang diberikan kepada orang yang diuji, pasti akan tiba.

Keyakinan ini dapat menghalang sifat cemas dalam membuat keputusan.

Hati bersinar dengan harapan mendapat kemenangan dan kebaikan untuk hari esok.

Inilah yang membesarkan jiwa, di mana ia menimbulkan kekuatan dan suntikan semangat yang mendorong kejayaan di masa depan.

Sebaliknya, sikap berputus asa adalah merupakan penyakit yang membahayakan jiwa.

No comments: