Skip to main content

Aku & Al Quran


Pesannya ringkas namun membawa seribu makna, 

"Carilah sesuatu yang menjadi asbab untuk kau terus jaga Al Quran," pesan Ust Uqbah. 

Ada orang, seusai sahaja menkhatamkan hafalannya terus menyambung pengajian ke bidang yang lain. Ada juga orang yang seusai sahaja tamat pengajian dalam bidang Al Quran, lari ke pekerjaan bidang lain pula. 

Ada yang bercita cita menjadi seorang doktor al hafiz, ada juga ingin menjadi usahawan al hafiz yang berjaya. Namun bukanlah gelaran itu sahaja yang dikejarkan.

Akan tetapi sejauh mana Al Quran itu mampu dijaga. Iya, pekerjaan itu tampak gah sekali di mata manusia. Tapi bagaimana pula dengan amanah al hafiz yang telah Tuhan pertanggungjawabkan?

Al hafiz itu bukanlah sekadar nama yang harus dibanggakan, akan tetapi suatu hari nanti ia akan dipersoalkan. Sejauh mana kita menjaganya?

Kita selalu kata, bukan mudah untuk menjaga aaptahlagi tidak berada di suasananya. Ini benar sekali. Saya akui kerna saya juga pernah berada di situasi itu. Tapi solusinya ada satu, kita perlu cari sesuatu yang mengikatkan kita untuk terus jaga Al Quran.

Bagaimana?

Kalaulah kita ini seorang lelaki, cuba mencari masjid atau surau yang boleh kita berbakti di sana,mungkin dengan menjadi seorang imam.

Kalaulah tidak mampu juga, kita mengajar orang untuk kenal pada Al Quran. Inilah yang sedang saya lakukan, biarpun sekarang ini saya sudah berada di dalam suasananya itu. Semata mata nak kejar apa yang disabdakan Rasulullah,

"Sebaik baik di kalangan kamu adalah orang yang belajar dan mengajarkannya"
(Riwayat Bukhari)

Tetapi, kalaulah kita pelajar yang sangat sibuk. Tidak mampu mengajar di luar, kita mengajar orang yang sedang berada di sebelah kita. Iya, rakan bilik kita mungkin.

Moga dengan usaha kecil yang kita buat menjadi asbab untuk terus kita menjaga amanah ini. Bukan mudah, saya tahu itu. Kita perlahan lahan mengayuh, tapi jangan sesekali berhenti.

Bila jatuh, bangun kembali. Mencari semula kekuatan. Tidakkah umat Rasulullah ini dimuliakan asbab Al Quran? Dan tidakkah kita mahu menjadi manusia yang dimuliakan kerna Al Quran?

Teman,
Tuhan tidak melihat pada natijahnya. Tapi Tuhan melihat sejauh mana usaha kita menjaga amanah ini. Carilah teman yang mampu menguatkan. Kalau sebelum ini kita sudah sekian lama berhenti daripada usaha untuk menjaga kalam ini, perlahan lahanlah bangun kembali.

Tuhan itu sentiasa ada, untuk terus membantu bagi yang berkehendak akan itu.

Syaurah Ishak,
Sedang berusaha juga.


Dari Page ini.

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN ISLAMIK : ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia. Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook; yang mana dahulunya cukup terkenal sebagai akhi yang sering yang bermujahadah dan istiqamah dalam dakwah, kini hanyut dengan arus cinta manusia. Gambar-gambar bersama teman wanita menghiasi ‘profile pictures’ sahabat-sahabatnya. Tidak kurang juga bagi akhwat, yang dahulunya sangat dihormati kerana menjaga batas pergaulan, tunduk apabila berbicara membuktikan kukuhnya iman, kini alpa dengan arus pemodenan. Hijab yang dahulunya menjadi duri bagi setiap kumbang yang ingin hinggap pada m...

Surah Ar Ra'd ayat 28

Bagaimana nak hati menjadi tenang? Ingatlah Allah. Jika hati sentiasa berniat baik, Allah akan pertemukan dengan hal yang baik, orang-orang baik, tempat yang baik dan kesempatan untuk berbuat baik. InsyaAllah.

Doa Qunut Nazilah

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ (اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ اللَّهُمَّ يَا الله. يا الله. يا الله إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم TERJEMAHANNYA: Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x), Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PALESTIN YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH RAKYAT PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN TENTERA REJIM ZIONIS ISRAEL LAKNAT YA ALLAH KAU SELAMATKANLAH MASJID AL-AQSA DARI TERUS MENJADI SASARAN PIHAK YAHUDI LAKNAT YA ALLAH KAU TAMBAHKAN LAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG PALESTIN YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KANAK2 ...