Skip to main content

Pahitnya Perjuangan...




Tit..Tit…

Handphone jenama myiman kesayangan Fatin berbunyi sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik mesyuarat di blok pengurusan. Mesyuarat yang diadakan pada waktu malam memang sungguh memenatkan, namun demi tanggungjawab dan amanah yang digalas, dia redha…

Segera tangannya mencapai handphone di poket jubah birunya dan menekan butang read.

Assalamualaikum akak.. saya nak tumpang tanya sikit boleh?

Terukir senyuman di bibir gadis solehah itu sebaik sahaja melihat mesej daripada seorang insan yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Hidayah – namanya seindah tuannya, tidak pernah jemu mencari walau secebis cahaya Ilahi. Terkenang kembali detik-detik pertemuan mereka. Pada waktu itu Fatin menyertai program wawasan desa anjuran kolejnya dan menginap di rumah Hidayah selama 4 hari. Di situlah ukhwah bermula, semuanya kerana Allah..

Waalaikumsalam adikku sayang… untuk adik, boleh je.. nak tanya apa ye?

Segera dia membalas. Sementara menunggu balasan, kaki terus dihayun menuju ke asrama. Bagaikan terbayang-bayang katil yang empuk di hadapan mata Fatin. Segera dia beristighfar, mengelakkan diri dari mengeluh..

“Macam penat aje?” Sahabat karibnya, Aliyah menegur.

“Takpe. Sikit-sikit je.. awak pun penat juga kan?”

“Hm, lepas habis projek ni.. lega rasanya”

“InsyaAllah… ni baru kat kolej, dah kerja nanti mesti lagi banyak tanggungjawab kan? Amanah itu kan ringan di dunia tapi berat di akhirat”

Suasana senyap. Masing-masing cuba menilai prestasi diri… Kaki dihayun, hati berzikir…

* * *

  Fatin terduduk kepenatan. Rasa kasihan melimpah ruah melihat Aliyah terbaring kelesuan, apatah lagi tugas sebagai setiausaha yang disandang oleh Aliyah memang benar-benar menguji kredibilitinya. Fatin yang hanya memegang tugas sebagai bendahari sudah terasa bahang kepenatan, ini kan pula sahabat yang dikasihinya itu..

“Bersabarlah sahabatku… Allah bersamamu”

Terasa ingin dikucup penuh kasih pipi milik sahabatnya itu, namun memikirkan kemungkinan dia akan terbangun, Fatin membatalkan hasratnya…

Tit.. Tit…

Handphone myiman berbunyi nyaring. Fatin bangun mendapatkan handphonenya.

New Message From Hidayah.

Tertera ayat itu pada skrin handphonenya. Butang read ditekan..

Macam ni akak, tadi saya pergi pasar malam… kat situ ramai lelaki-lelaki handsome, kalau tak ada iman memang dah lama dah habis saya ni… masalahnya kak, kalau saya jeling-jeling je lelaki tu boleh ke?

  Fatin termenung jauh. Mesej itu mengingatkannya pada firmanNya dalam surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud :

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.”

Sejenak, dia teringat peristiwa pada petang tadi….

* * *

“Fatin, teman Aliyah kejap pergi pejabat ye… Aliyah nak serahkan proposal projek ni”

“Ye… Tapi Fatin tunggu kat luar aje lah ye”

“Ok”

Sementelah Aliyah masuk ke pejabat, Fatin menghampiri Syafiqah yang duduk keseorangan di kerusi hadapan pejabat. Asyik mereka berbual sehinggalah datang dua orang muslimin sekelas-Ilyas dan Saiful menghampiri mereka. Fatin kelihatan gelisah. Muslimin itulah yang kerap benar mengganggu hidupnya. Lama mereka berdiri di situ. Fatin menundukkan pandangan sebaik mungkin.

“Tak balik Johor ke?”

Berderau darah Fatin. Dia tahu soalan itu ditujukan khas buatnya namun sengaja dia berpura-pura tidak mendengar. Kepala ditolehkan ke arah lain.

“Fatin ”

Tegas suara itu memanggil. Tiada pilihan, Fatin menoleh sekilas.

“Tak kot” Lemah dia menjawab, kepala kembali ditundukkan.

“Johor kat mana?” Saiful pula mencelah. Fatin diam.

“Kat Larkin kan?” Ilyas pula yang menjawab. Fatin hanya mampu mengangguk lemah. Malunya tidak terkata. Apatah lagi melihat senyuman asing yang terukir di wajah Syafiqah. Terasa seperti maruah diri dirobek-robek.. mahalnya sebuah harga diri!

Mujur, kelibat Aliyah kelihatan baru keluar dari pejabat. Cepat-cepat Fatin mengatur langkah pergi dari situ.

* * *

Adikku sayang.. wanita yang solehah itu tidak suka memandang dan tidak suka dipandang.

Setitis demi setitis air mata Fatin gugur mengiringi mesej itu… Terkenang kembali kelemahan diri yang masih menjadi perhatian kaum Adam.

“Ya Allah, moga kau ampuni dosaku… Kau berilah hidayah kepada sesiapa sahaja yang berada di sekelilingku”

  Fatin tertidur dalam sendu yang masih belum berhenti…

* * *

“Alhamdulillah.. semuanya telah selesai.. proposal sudah pun diluluskan. Sekarang ni tinggal nak pergi je ke destinasi” ceria suara Aliyah menyampaikan berita gembira menghiasi pagi Fatin.

“Syukur ya Allah… berbaloi juga hasil kerja keras kita selama ini… tak sia-sia kita korban kan masa dan tenaga demi mendapatkan hasil yang terbaik… Allah sentiasa menolong hambaNya yang bertaqwa kan Aliyah?”

Aliyah tersenyum senang. Orang mukmin itu tidak akan mudah mengalah kerana orang mukmin itu sentiasa mahu kan yang terbaik, bukan untuk dirinya tapi untuk Islam tercinta…

“Lepas ni. Bolehlah kita relaks ye Aliyah”

“Fatin! Tak boleh… kan kita dah nak final exam… Fatin ingat tak ustazah pesan apa?”

“Maaf Aliyah, Fatin terlupa…”

“Hm, takpe, itulah gunanya sahabat… saling melengkapi… ustazah kan pesan jangan sampai diri kita ni jadi fitnah kepada Islam, jangan kerana kita sibuk berpersatuan pelajaran terabai… nanti mengundang fitnah”

“Astarghfirullah… terima kasih Aliyah…”

Perjuangan menuntut ilmu tidak pernah mengundang lega tetapi lelah semata kerana perjuangan menuntut ilmu itu dikira sebagai Ibadat di sisi Allah, yang menjadi bekalan kita di sana nanti. Perjuangan itu mengundang air mata yang tidak pernah kan berhenti. Bila ditanya mengapa berjuang itu pahit? Simpan jawapan ini kemas-kemas dalam hati… kerana syurga itu manis!

Bagai terngiang-ngiang suara ustazah memberi pesan seperti seorang ibu kepada Fatin. Fatin tersenyum lega… segera dia teringat kepada Hidayah.

Handphone dicapai dan dia mula menaip..

Adikku sayang fillah… Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cinta bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan tapi hatinya tersirat takwa keimanan… moga adik beroleh hidayahNya yang amat berharga…

Message sent!

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN ISLAMIK : ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia. Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook; yang mana dahulunya cukup terkenal sebagai akhi yang sering yang bermujahadah dan istiqamah dalam dakwah, kini hanyut dengan arus cinta manusia. Gambar-gambar bersama teman wanita menghiasi ‘profile pictures’ sahabat-sahabatnya. Tidak kurang juga bagi akhwat, yang dahulunya sangat dihormati kerana menjaga batas pergaulan, tunduk apabila berbicara membuktikan kukuhnya iman, kini alpa dengan arus pemodenan. Hijab yang dahulunya menjadi duri bagi setiap kumbang yang ingin hinggap pada m...

Surah Ar Ra'd ayat 28

Bagaimana nak hati menjadi tenang? Ingatlah Allah. Jika hati sentiasa berniat baik, Allah akan pertemukan dengan hal yang baik, orang-orang baik, tempat yang baik dan kesempatan untuk berbuat baik. InsyaAllah.

Doa Qunut Nazilah

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ (اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ اللَّهُمَّ يَا الله. يا الله. يا الله إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم TERJEMAHANNYA: Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x), Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PALESTIN YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH RAKYAT PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN TENTERA REJIM ZIONIS ISRAEL LAKNAT YA ALLAH KAU SELAMATKANLAH MASJID AL-AQSA DARI TERUS MENJADI SASARAN PIHAK YAHUDI LAKNAT YA ALLAH KAU TAMBAHKAN LAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG PALESTIN YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KANAK2 ...