sahabatku,
semalam kita semua baru dapat keputusan SPM,
ada yang gembira.
Tidak kurang ada yang berduka.
Tapi ketahuilah sahabatku..
Bagi yang mendapat keputusan cemerlang, tahniah saya ucapkan. Namun jangan dikau lupa untuk membelek kembali jauh ke sudut hati. Apakah nikmat yang Allah beri itu Allah beri dalam keadaan redha atau dalam keadaan murka?
Sudahkah dikau melakukan sujud syukur atas kurniaan Allah? Sudahkah dikau meminta ampun lantaran betapa dosamu banyak menggunung tapi Allah tidak pernah putus mahu memberikan nikmat.
Bagi sahabat-sahabat yang keputusannya kurang cemerlang, janganlah bersedih. Mungkin itu caranya Allah mentarbiyah hati. Allah tahu apa yang terbaik buatmu, sedang kita, manusia biasa yang tidak tahu apa maksud tersirat yang Allah beri... Jangan melihat semua peluang sudah tertutup. Hakikatnya apabila satu pintu tertutup, banyak lagi pintu yang boleh dibuka cuma kadangkala kita terlepas pandang kerana terlalu lama menghadap pintu yang tertutup itu. Berjalanlah dan teruslah melangkah dan yakinlah bahawa Allah tidak pernah membiarkan dirimu sendirian!
Lakukanlah sujud syukur, kerana pada ketika ini dikau masih mampu menyedut udara milik Allah... bersyukurlah kerana Allah ingin mentarbiyahmu dengan cara ini. Bukankah sahabat nabi menangis tatkala ujian tidak diturunkan ke atasnya kerana takut Allah telah melupakannya? Maka bersyukurlah kerana Allah masih mengingatimu. Jangan lupa juga untuk bertaubat kerana mungkin lantaran dosa yang dikau lakukan, Allah ingin menghapuskannya dengan cara ini.
Ketahuilah sahabatku...
Jika dikau melihat dunia dari jendela akhirat, dikau pasti sedar bahawa tiada istilah main-main bagi orang mukmin kerana apabila mereka belajar, mereka belajar bersungguh-sungguh, apabila mereka bekerja, mereka bekerja bersungguh-sungguh dan apabila mereka bermain, mereka bermain bersungguh-sungguh.
Maka tuntutlah dengan rasa kasih dan cinta kerana itu adalah ilmu Allah yang boleh digunakan untuk Agama... Jadilah profesional dalam bidang dan cita-cita masing-masing, moga ia mampu menunjukkan Islam itu indah....
Bangkitlah sahabatku... Islam sudah semakin tenat. Dikau pelapisnya. Bersungguhlah menjadi orang mukmin, agar nanti Islam kembali gemilang....
Teruskan langkahan kakimu, jangan pernah berhenti.
Allah...iringilah kami semua ya Allah
salam sayang.....
sahabatmu Nurdinie Irdina.....
p/s : entry ini kepada calon2 SPM 2010...khususon kpada kawan2 skti, smkant, mrsm taiping, saudara, dan juga buat hati kecil ku ini ^____^

Comments
alhamdulillah masa terima result...
tak rasa nak nangis pun...
agak berpuas hati tapi tak la puas sgt2...
coz target melepas...
apapun ok la..subjek tough dapat score yg baik..hehe ^__^V