Kesunyian malam 1 Muharam yang gelap gelita itu dipecahkan dengan tangisan pertama seorang bayi yang masih belum bernama,tangisan yang nyaring itu sekaligus menghilangkan rasa sakit mengerang si ibu dan mengukir satu senyuman di wajah sang ayah yang berada di luar wad bersalin. Apabila dimaklumkan oleh jururawat bahawa dia dibenarkan masuk melihat isteri dan anak,si ayah tanpa membuang masa masuk ke dalam dan terus mencium wajah si isteri yang kelihatan pucat. Air mata kegembiraan mengalir dari kedua-dua pasang mata suami isteri tersebut.
“Ini tuan,perempuan,”kata Dr.Farah kepada pasangan bertuah tersebut sambil memberi bayi perempuan itu kepada si ayah.
Si ayah melaungkan azan dan iqamat di telinga si bayi,mengingatkan bayi yang baru lahir itu bahawa tiada yang lebih besar dari Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
“Abang nak namakan si comel kita apa?”Soal Aina kepada Ikhwan.
“Nurul Syuhada Al-Ulya,cahaya sang syahid tertinggi,”kata Ikhwan sambil tersenyum.
Kelihatan ramai orang berjalan masuk ke dalam dewan serbaguna Kem Rakan Muda Klang(KRM). Semuanya berpakaian kemas dan ditemani ibu bapa masing-masing. Yang lelaki memakai kemeja putih,berseluar slack gelap dan bertie cantik manakala yang perempuan pula memakai baju kurung dan bertudung. Yang datang satu sekolah duduk sekelompok, yang tidak kenal hanya bertukar senyuman. Ibu bapa apa kurangnya,saling berbangga dengan pencapaian anak masing-masing padahal yang masuk ke KRM adalah pelajar-pelajar yang terpilih,dari 2000 orang pelajar yang ditemuduga,hanya 100 sahaja yang terpilih dan mereka semua inilah yang 100 orang tersebut.
“Eh Shu!Bila sampai?”Soal Aina yang terkejut dengan laungan Syuhada.
“Semalam tidur rumah sepupu dekat Shah Alam,subuh tadi terus bertolak ke sini.Jumpa yang lain?”Tanya Syuhada.
“Ada,ada. Tadi aku jumpa Mirah,Lia,Qilah dan Sue.Tapi tak tahu ke mana mereka pergi.”Jawab Aina.
“Ramainya,berapa orang budak sekolah kita dapat?”Tanya Syuhada lagi.
“6 orang la termasuk kita berdua. Budak Pasir Puteh paling ramai sini,dalam 11 orang,”balas Aina.
“11 orang?Ramai giler…”
Bermulalah hidup mereka di KRM,3 bulan tanpa hubungan luar dan apa yang mereka buat adalah belajar semata-mata. Selepas solat subuh,mereka dikerah berhimpun di hadapan tiang bendera untuk senaman pagi,nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar sambil menaikkan bendera.Selepas itu mereka diberi masa satu jam sahaja untuk bersarapan dan bersiap untuk ke kelas bahasa Jepun dan bahasa Inggeris. Petang ada sahaja aktiviti sukan yang boleh dibuat tapi Syuhada memilih untuk berkurung di dalam bilik bersama 5 orang lagi kawan sekolahnya itu. Tidak peliklah kalau mereka digelar Assobiah sebab mereka asyik bersama. Makan bersama,ke kelas bersama,bersukan bersama hatta ke tandas pun bersama.
Disebabkan berasal dari sekolah perempuan sahaja,Syuhada tidak menjaga percakapannya sehingga kadang-kadang mampu menimbulkan isu di kalangan pelajar-pelajar di KRM disebabkan bahasanya yang agak kurang sopan. Pakaiannya juga tidaklah seperti pelajar-pelajar bekas sekolah agama,dia hanya memakai tudung bersaiz kecil dan seluar jeans.Dia sering ditegur oleh Elina yang merangkap selaku biro agama bagi pelajar perempuan di KRM disebabkan pakaiannya yang selalu menjolok mata tapi dia lansung tidak mengendahkan teguran tersebut. Dia juga tidak pandai berkawan dengan lelaki,maklumlah dari tadika sampai tingkatan 5 dia lansung tidak pernah berkawan dengan lelaki kecuali abangnya sendiri. Hal ini menjadikannya sedikit kekok bila bercakap dengan lelaki.
“Starting from today,i want you to prepare for your presentation and the presentation will be conducted in pair. To open your mind and to break the ‘melayu’ in yourself,I want 1 pair,boy and girl,ok?Any objection?” Teacher Hamidah menerangkan projek akhir mereka di KRM.
Ditakdirkan Allah,Syuhada dipasangkan dengan Ikhwan,seorang jejaka yang selama ini memang menyukai Syuhada dalam diam-diam cuma segan untuk bertegur sapa dengan Syuhada.
Saban hari hubungan mereka makin rapat.Ke mana sahaja mereka pergi,selagi boleh berdua-duaan,mereka akan bersama-sama.Ke kelas bersama,ke dewan makan bersama,bersukan bersama dan kalau outting pun bersama. Lama kelamaan mereka mula bercinta,panggilan sayang akhirnya muncul dalam persahabatan mereka.
Namun takdir tidak menetapkan mereka bersama selamanya,ditakdirkan Ikhwan ditendang daripada program persedian ke Jepun disebabkan tidak mendapat markah yang dikehendaki penaja. Syuhada sungguh bersedih dengan keputusan tersebut namun apa yang dia mampu buat selain daripada memberi sokongan moral kepada jantung hatinya itu. Ikhwan tidak berputus asa,dia mencuba nasib di dalam bidang lain dan tuahnya pada bidang arkitek United Kingdom. Dengan persedian 3 bulan sahaja di Malaysia,Ikhwan terus melanjutkan pelajarannya di UK sementara Syuhada masih bertungkus-lumus di Malaysia.
Study Group Versi Pelajar Tudung Labuh
Kini tempat persediaan Syuhada bertukar tempat,dia sekarang menetap di Shah Alam dan belajar di Unisel. Kedatangan 80 orang pelajar yang ditapis daripada 100 orang itu disambut dengan meriah oleh senior-senior baru terutamanya senior lelaki yang masih solo. Tak kurang juga senior-senior yang alim,mencari adik-adik baru untuk mencari pengganti mereka.
“Yokoso JAD he (selamat datang ke JAD),tahu maksud tu? Ke nak kena guna jisho(kamus) gak?” Ucap Senpai(senior) Akmal yang berbaur sindiran.
“Kerek la mamat ni,dahla rambut belah tengah..tak hensem pun…” Monolog Syuhada seorang diri.
“Untuk makluman adik-adik semua,anda semua akan dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan yang mana kumpulan-kumpulan ini berfungsi sebagai study group. Setiap kumpulan tersebut akan diketuai oleh seorang senpai. Anda bebas memilih mana-mana ahli kumpulan tapi setiap kumpulan mesti ada 5-7 orang sahaja,”terang Senpai Akmal.
Untuk menjaga hati manusia lain,Syuhada dan kawan-kawan sekolahnya telah sepakat untuk berpecah dan cuba sedaya upaya untuk tidak sekumpulan.Kali ini dia sekumpulan dengan seorang gadis tudung labuh,putih orangnya.
“Pelik,rasa kat KRM dulu dah kenal semua orang tapi kenapa tak pernah nampak dia ni…adoii..Macamana kalau senpai tanya aku nama dia..”Monolog Syuhada kerisahan.
“Watashi no namae wa Damia desu. Kikai 2 nen sei desu. Korekara yoroshiku onegai shimasu. (nama saya Damia, mekanikal tahun 2,dari sekarang harap boleh berkerjasama).Senpai rasa kamu semua dah kenal satu sama lain,jadi hari ini,senpai nak kamu perkenalkan kawan kamu kepada senpai,boleh?”Soal Senpai Damia sambil tersenyum.
Syuhada dan kawan-kawannya yang lain hanya boleh mengangguk kepala sambil tersenyum,malu untuk mengaku tidak kenal,bimbang diri masing-masing dikutuk.
“Kalau macam tu,kita mula dengan belah kanan akak la,ha adik yang baju biru ni. Cuba shoukai(perkenalkan) akak dengan adik tudung labuh tu,”kata Senpai Damia.
“Er…Sorry,saya lupa nama awak..”jawab Syuhada,walaupun dia sedikit malu tapi itulah hakikat yang terpaksa dibuatnya.
“Oh,kalau macam tu,kita reverse function atau dalam bahasa jepunnya,gyaku.Adik tudung labuh,cuba shoukai adik baju biru ni kat akak,”kata Senpai Damia.
“Bismillahirrahmanirrahim,kalau salah betulkan ana ya. Nama enti Syuhada,asal Kedah,sekolah lama Sekolah Tengku Fatimah dan suka warna biru,”si gadis bertudung labuh memperkenalkan Syuhada kepada semua,terkesima Syuhada dibuatnya kerana Syuhada lansung tiada memori tentang gadis bertudung labuh ini.
“Betul dik?”Soal Kak Damia kepada Syuhada.
“A’a,seperti yang diterangkan..”Sahut Syuhada,dia bertambah malu.
Selepas study group,Syuhada berjalan balik ke rumahnya bersama-sama si gadis bertudung labuh memandangkan rumah mereka pada satu aras.
“Sumaiyah,maaf ya.Jujur saya katakan,saya lansung tak ingat awak kat KRM dulu…”Syuhada meminta maaf.
“Tak apa Ada,saya memang tak terkenal macam awak pun,huhu”balas Sumaiyah sambil tersenyum.
“Tapi,macamana awak boleh kenal saya sampai warna kesukaan saya pun awak tahu?”Soal Syuhada.
“Actually saya tak tahu warna kesukaan awak,saya teka je sebab saya selalu nampak awak pakai baju warna biru,”terang Sumaiyah,gadis dari Kuala Lumpur itu.
Walaupun berpisah dengan Ikhwan,mereka sentiasa berhubung menerusi Yahoo Messenger. Kalau Ikhwan pulang ke Malaysia, dia mesti bermalam di Shah Alam dulu untuk bertemu dengan Syuhada. Biasanya dia akan tidur 2-3 malam untuk melepaskan rindunya. Dia tidak mengalami masalah kediaman disebabkan kawan-kawan lelaki Syuhada adalah kawan lamanya juga semasa di KRM dulu,jadi dia menggunakan peluang itu untuk bermalam secara percuma.
“Saya kat sini ni,jom makan =D,”mesej Ikhwan.
“kejap,ada study group ni.Lepas study group kita jumpa ye ^^,”balas Syuhada yang masih dalam liqa’(perjumpaan).
“Hari ni akak nak tunjuk satu video kepada antum,akak lepas tengok video ni,akak terus demam. Takut sangat. Harap-harap dalam kumpulan kita,tiada orang yang lemah semangat ya,”terang Kak Damia.
“Ada darah pancut-pancut ke kak?”Soal Sumaiyah,dia takut dengan darah,sebab itu dia masuk bidang kejuruteraan.
“Eh,takda cuma video ni tunjuk pemain bola meninggal dunia ketika bermain bola..”Jawab Kak Damia.
“Allah…Allah…”Mulut Syuhada bertasbih dengan sendirinya,dia sedikit ketakutan,meremang bulu romanya.
“Macamana?Takut?Apa yang antum faham?”Soal Kak Damia tapi semua terdiam,mata seorang demi seorang mula berkaca.
“Ingatlah,mati tidak pernah kenal siapa,antum raja ke,fakir miskin ke,maut pasti menjemput antum. Ada satu kisah seorang raja yang tahu dia akan mati,dia arahkan semua orang bawahannya membina satu bilik penyembunyian yang paling kukuh untuk dia menyorok dari kematian tapi akhirnya dia mati juga.Maut itu seperti sebuah roket yang telah dilancar dan sedang menuju sasarannya. Sasarannya lansung tidak tahu bila dan di mana roket itu akan kena padanya. Jadi beruntunglah bagi mereka yang mati dalam Husnul Khatimah(kesudahan yang baik) dan rugilah siapa yang mati dalam Suul Khatimah(kesudahan yang buruk),”ulas Kak Damia.
“Akak,macamana nak mati dalam keadaan yang baik?”Soal Sumaiyah sambil mengesat air mata di sesipi matanya.
“Senpai Akmal ada bagi tazkirah hari tu,kalau nak mudah ucap kalimah syahadah ketika nazak,perbanyakkan melafaz syahadah ketika hidup. Macam penjual ikan yang asyik mempromosi ikannya,6 ringgit sekilo,bila dia mati perkataan yang paling mudah diucapnya adalah 6 ringgit sekilo sebab perkataan itu dekat dengan dirinya,faham?Jadi kalau time kita hidup asyik sebut ‘lailahaillallah wa muhammadarrasulullah’,nanti kita nazak,kita pun akan senang sebut ‘lailahaillallah wa muhammadarrasulullah’”Jawab Kak Damia.
“Tak jadi jumpalah malam ni..Kita jumpa lain kali..”Mesej Syuhada kepada Ikhwan.
“Kenapa?”Soal Ikhwan.
“Ada la…Jumpa lain kali yeeee,nyte~”Balas Syuhada.
Hatinya sedikit terkesan dengan video yang ditunjukkan tadi. Dia tahu dia banyak dosa dan masih tidak bersedia lagi untuk mati,kalau dia mati sekalipun dia tahu bahawa dia akan masuk neraka dulu sebab dosa-dosanya yang banyak. Dia bimbang malaikat maut tarik nyawanya ketika dia sedang dating dengan Ikhwan.
Tapi keesokan paginya,dia sudah lupa tentang video semalam.
“Jom keluar,kita pergi tengok wayang nak? Cerita baru,Inception.”Mesej Syuhada.
“Ok madam!”Balas Ikhwan.
Risalah Cinta Soutul Haraqah
“Cinta itu hadiah dari Allah,masakan hadiah dicintai lebih dari pemberi hadiah?!”Amir membacakan petikan daripada artikel cinta dari risalah mingguan di JAD di hadapan semua pelajar. Dia sengaja berbuat demikian untuk suka-suka tapi rupa-rupanya,ada yang mengambil petikan itu secara serius.
“Berapa kali kita boleh mesej awek kita Ustaz?Tanya seorang tetamu yang hadir dalam ceramah ‘Tentang Cinta’ itu. Lantas Ustaz menjawab; Saya tak tahu pula kalau Rasulullah ada menetapkan bilangan mesej yang dibenarkan dalam sehari,tambahan pula Maxis dan Celcom belum wujud lagi di zaman Rasulullah tapi Rasulullah ada memberi satu petua kepada kita yang berbunyi;
Sambung Amir,lagak seperti membaca khutbah.
Risalah tentang cinta pada minggu itu benar-benar menampar ramai pelajar-pelajar di situ. Bukan batch Syuhada sahaja, bahkan batch senior dan junior. Ada pasangan yang terkesan dengan teguran dari risalah tersebut sehingga mengambil keputusan untuk berpisah sementara dan menyambung kisah cinta mereka selepas kahwin,ada yang berpisah terus kerana merasakan masjid yang ingin dibina tidak perlu dipajak dengan maksiat dan ada juga yang masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Selama 2 minggu huru-hara cinta itu berlaku,mana tidaknya,masakan Romeo mampu melepaskan Juliet dalam masa seminggu?
“Ko tak nak clash lagi ke Ada? Ko tahu ko buat maksiat?”Soal kumpulan Usrah radikal kepada Syuhada yang bersendirian. Dia betul-betul rasa terhina dengan perbuatan 4 orang tersebut.
Memang Syuhada rasa bersalah dan takut tapi yang lebih kuat dia rasa,marah! Dia menggigit bibirnya menahan marah,dia tahu tiada guna dia berlawan dengan 4 orang ini memandangkan mereka semua berilmu agama lebih dari Syuhada.
“Tahukan Allah kata dalam Al-Quran latakrabuzina?Jangan dekati zina?”Soal seorang lagi.
“Tahu…”Jawab Syuhada sambil menundukkan kepala ke bawah,dia semakin ketakutan,bukan kepada Allah tapi kepada manusia berempat ini.
“Kalau tahu kenapa buat? Kalau dekati zina pun tak boleh,ni kan pula buat zina. Berdua-duan di kedai makan,ingat bukan zina ke?Ingat,bila seorang perempuan bukan mahram dan seorang lelaki bukan mahram bersama,ada yang ketiga dan yang ketiga itu syaitan laknatullah,tu hadis nabi bukan kata-kata saya,”sambung yang ke-4 pula.
“Maaflah kalau kami tegur ni kasar tapi kami sayangkan kamu Ada,taknak kamu masuk neraka,”ketua mereka pula mengambil tindakan,biasalah motivasi,selepas marah mesti ada sesi pujuk memujuk pula.
“Insya Allah pada hari Sabtu ini akan diadakan satu program di Surau Unisel,program tersebut bertajuk ‘Inilah Sejarah Kita’ atau ringkasannya,ISK, yang akan disampaikan oleh seorang Ustaz Masri,pengasas modul ini sendiri.
Anda hanya perlu bayar 5 ringgit untuk pengangkutan dan makan 2 kali sehari iaitu sarapan pagi dan makan tengahari.Diharap semua dapat hadirkan diri,” Taqiyuddin merangkap biro kebajikan Majlis Pelajar tahun tersebut.
“Ada,jom pergi program ISK tu,saya belanja,”tawar Sumaiyah.
“Sabtu ni kan?Em….Sibuk kot,banyak lagi syukudai(kerja rumah) tak siap ni,lagipun report butsuri(fizik) tak sentuh lansung lagi ni,minggu depan nak kena hantar…”Syuhada memberi alasan.
“Ala,jom kita buat sama-sama.Sempat lagi nak siapkan,hari ni hari khamis,program hari sabtu,malam ni jom buat sama-sama kat rumah awak,nak?”kata Sumaiyah lagi.
“Em,ok lah tapi tu pun kalau syukudai siap la ek..”Balas Sumaiyah.
“Yoshhhaaa!”Kata Sumaiyah dengan tersenyum lebar.
Sabtu tersebut.
“Uish,ramainya Su.Ada dalam 100 orang ni kot..”Kata Syuhada yang terkejut dengan bilangan peserta.
“A’a,tak sangka la pula ramai macam ni. Tapi lagi ramai la lagi syok!”Balas Sumaiyah.
“Ok,selamat datang kepada semua.Wah ramai betul ISK kali ni,tak sangka lah pula peserta seramai ni. Tahniah buat semua. By the way,marilah sama-sama kita merafatkan seifiniti kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi kita peluang untuk hadir di program zikir ini. Insya Allah,para malaikat akan melabuhkan sayapnya di atas kita semua sambil berzikir kepada kita,amin.
Sementara menunggu penceramah datang,oh ya,ana lupa memaklumkan kepada antum bahawa penceramah kita,Ustaz Masri,tidak dapat hadir ke program kali ini kerana ada urusan penting di Sabah.
Tapi jangan risau,kita ada pengganti beliau,malah 2 orang lagi yang mendapat didikan lansung dari Ustaz Masri,nantikan. Sementara menunggu penceramah datang,mari kita sama-sama buat senaman Demi Matahari! Abang-abang fasi, bolehlah datang ke depan peserta untuk mengetuai senaman ini,”ucap Taqiyuddin membuka majlis.
2 orang penceramah yang dijanjikan itupun tiba. Mereka sungguh berkaliber,pembentangan mereka juga tiada cacat celanya, ditambah pula dengan video-video yang menarik tapi entah kenapa,mesej yang cuba disampaikan oleh penceramah tidak sampai kepada Syuhada. Baginya,program kali ini tidak ubah seperti kelas sejarah dan sesi bercerita. Ya,kelas sejarah versi keagamaan. Kebanyakan cerita yang disampaikan sudah diketahuinya seperti kisah perang Badar,perang Uhud,kisah hidup Abu Bakar, kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah dan lain-lain.
“Ah,bazir masa aku je..Selamat aku tak bayar 5 ringgit. Dah la makan dalam dulang,geli giler,kena air liur orang lain..hiiiiyeee~…”Monolog Syuhada seorang diri.
“Macamana Ada?Best?”Soal Sumaiyah.
“Erk…Ok la kot..”Jawab Syuhada untuk menjaga hati kawannya itu.
Disebabkan kehampaannya pada ISK ini,program-program susulan seperti Syahadatul Haq dan Usul 20 ditolaknya mentah-mentah. Biar dibelanja dan masa terluang sekalipun,dia lebih rela habiskan masa tonton drama Jepun dari pergi ke program yang membosankan itu.
3 tahun perjuangannya di Malaysia akhirnya berakhir apabila dia berjaya mendapat tempat di sebuah Universiti terkemuka di Jepun,Hiroshima Universiti. Sementara Sumaiyah mendapat tempat di Universiti Nagaoka. 2 sahabat ini terpaksa berpisah. Jarak Hiroshima dan Nagaoka lagi jauh dari Kelantan ke Johor. Walaupun berat hati mereka untuk berpisah setelah sekian lama bersahabat,apakan daya,itu takdir mereka.
“Em,takpa,nanti kita Skype ek,”beritahu Sumaiyah.
“Skype?Ok,nanti Ada add Su kat sana sebab Ada takda Internet kat rumah,hihi,”balas Syuhada.
“Ingat tau,add Su.Jangan asyik Skype dengan Ikhwan je,”usik Sumaiyah,Syuhada tersenyum gembira.
Syuhada meneruskan hidupnya di persekitaran baru. Dia bukan berseorang di Universiti barunya itu,dia ditemani oleh 2 orang pelajar lelaki yang sentiasa menolongnya. Dia juga mempunyai senior-senior yang masih belajar di Universiti tersebut jadi dia tidak menghadapi banyak masalah.
Berbeza dengan Syuhada,Sumaiyah mengalami banyak masalah memandangkan hanya dia seorang pelajar Melayu Islam di sana. Dia tidak mempunyai kawan satu batch yang bersama-sama dengannya dan dia juga tidak mempunyai senior untuk membantunya. Dia terpaksa berdikari sendiri untuk hidup di Jepun. Banyak kali dia menangis di dalam bilik air kerana tidak tahan dengan tekanan yang diterimanya,tambah-tambah lagi dia seorang pemendam,tidak tunjuk masalahnya di hadapan kawan-kawan dan ibubapanya.
“Ada camana? Sihat?”Soal Sumaiyah.
“Ada sehat ja,Su?Camana dai(universiti)?”Soal Syuhada balik.
“Uish,mestilah sihat. Dai?Ok ja cuma sepi sikitlah sebab Ada takda,takda orang nak usik. Ni,kenapa susah sangat nak call Ada ni? Bila Su call,asyik busy je,”Tanya Sumaiyah.
“Hehehehe..Nge~~~~”Syuhada hanya tergelak,tidak memberi apa-apa jawapan.
“Haaa,ni mesti bergayut dengan Ikhwan kan?”Sumaiyah meneka.
“Pandai~Seratus markah buat cik adik manis Sumaiya~h. Da jumpa ikemen(lelaki hensem,bergaya)?”Soal Syuhada.
“Hehe,mestilah ada tapi takleh tengok selalu,dose. Hehehe,siap kenal lagi. Dia nak belajar eigo(bahasa Inggeris) dari Su, ada chance ni!”Kata Sumaiyah dengan niat bergurau.
“Wohoooo~ Baru 1 bulan berpisah dah transform ke Kak Su oi???”Soal Syuhada.
“Hehehe,gurau je la..Haaaa ni,jom jumpa. Budak-budak ni ada buat Summer Gathering kat Hachioji Seminar House,Tokyo, jom la sama-sama join,”ajak Sumaiyah.
“lol(Laugh Of loud),baru sebulan berpisah dah nak buat gathering?Huhuhu.”Gurau Syuhada.
“Ala Ada,jom la…Wa kaget bangat sama lu,plishhh”Sumaiyah berusaha lagi.
“Huhuhu,cepat pujuk lagi!Kalau tak pujuk,malas pergi!”Jawab Syuhada yang ingin menyambung senda guraunya.
“Ala intan payung,cik adik manis kegilaan orang ramai,buah hati Ikhwan,jom la pergi gathering ni..Ok! Su belanja Ada Saizeriya(nama kedai di Jepun),kita makan Hanjuku Tamago Paparoncino(nama makanan),nak?”Pelawa Sumaiyah.
“Ok bos! Matte tene~”Jawab Syuhada.
“Yeay!”Laung Sumaiyah kegembiraan.
Summer Gathering
“Siapa tahu maksud Syahadatain(dua kalimah syahadah)?”Soal Kak Yana selaku penceramah program hari itu.
“Su,bukan ke aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah?”Bisik Syuhada kepada Sumaiyah yang berada di tepinya.
“Ha,adik yang pakai baju love tu,nampak macam tahu je? Sebelum tu shoukai nama dan dai adik dulu,”Kak Yana mempelawa Syuhada memberi jawapan sambil tersenyum.
“Atashi Syuhada desu,hiroshima daigaku kara kimashita(saya syuhada,datang dari Hiroshima Universiti)…Maksud syahadatain ialah aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,”jawab Syuhada sambil sedikit kekeliruan,masakan kakak di hadapannya ini bertanya sesuatu yang wajib semua orang Islam tahu.
“Seikai(betul).Sono toori desu(macam itu lah).Tak heranlah dapat jawab,namapun Syuhada,orang yang mati Syahid,huhu.Ashhadu yang selalu kita sebut itu bermaksud aku bersaksi,bukan aku mengaku atau aku men’declare’ tapi aku bersaksi. Apa tugas seorang saksi di mahkamah?Akak nak adik di sebelah adik Syuhada jawap,”tanya Kak Yana lagi.
“Seorang saksi?Em…Saya rasa..”
“Eh,shoukai nama dan dai adik dulu,nak kenal ni,”minta Kak Yana walaupun dia cukup kenal dengan Sumaiyah.
“Hihi,nama saya Sumaiyah,boleh panggil saya Su dan saya belajar di Nagaoka Universiti,yoroshiku onegaishimasu. Saya rasa seorang saksi bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada semua apa yang disaksikannya. Macam contoh,dalam kes pembunuhan,kalau saksi melihat A bunuh B,si saksi wajib membuktikan kepada semua orang termasuk hakim bahawa A telah membunuh B.Itu je kot..”Jawab Sumaiyah sambil membetul-betulkan kaca mata berbingkai hitamnya.
“Pandai-pandai adik akak.Betul,seorang saksi bertanggungjawab sebagai perantaraan atau medium di antara kebenaran dan kebatilan. Dalam kes syahadatain ini,siapa yang bersaksi? Kita yang bersaksi,aku bersaksi, dan kepada siapa kita bersaksi?”Soal Kak Yana,semua terdiam.
“Kita bersaksi kepada semua manusia bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Jadi bagaimana kita ingin menjalankan tugas kita sebagai seorang saksi? Adakah dengan hanya mengucap dua kalimah syahadah sudah terangkat tugas kita sebagai seorang saksi? Adakah cukup sekadar solat 5 waktu,puasa di bulan ramadhan,bayar zakat,tunai haji,kita sudah jalankan tugas kita sebagai seorang saksi? Adakah dengan berbuat demikian manusia lain tahu bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah? Adakah layak untuk kita dipanggil sebagai saksi di akhirat kelak,’Ya Allah,aku telah menjadi saksi kepada semua manusia bahawa Engkau adalah Tuhan ku dan Rasulullah adalah Rasul ku’,layakkah kita? Jadi apa yang kita perlu buat supaya kita layak digelar saksi?”
Tanya Kak Yana lagi,semua terdiam tapi dia betul-betul mahukan seorang peserta menjawab soalannya itu.
“Adik Syuhada,tahu bagaimana kita boleh jadi saksi? Tahu bagaimana bila kita berhadapan dengan Allah,kita mampu kata, Ya Allah aku sudah menjalankan tugas sebagai saksi mu,tahu?”Soal Kak Yana.
“Er…berdakwah?”Jawab Syuhada.
“Ya,pandai adik Syuhada,moga adik dan kita semua mati syahid,huhuhu. Kita hanya mampu menjawab ‘aku telah menjadi saksi’ kepada Allah hanya bila kita sudah menjalankan kewajiban kita sebagai seorang pendakwah,sebagai seorang penyeru ke jalan Allah. Kita hanya mampu berbangga dengan diri kita sebagai seorang saksi hanya apabila kita telah menjalankan tugas kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Dan kita hanya akan bebas dari api neraka Allah, hanya bila kita sudah menyeru manusia menyembah Allah yang esa,”Kak Yana menyudahi ceramahnya di pagi itu untuk memberi laluan solat sunat Dhuha.
Sepanjang perjalanan pulang ke Hiroshima,Syuhada terusik dengan panggilan ‘orang yang mati syahid’. Dia tertanya adakah layak untuk dia digelar Syuhada dengan dosa-dosanya yang terdahulu.
“Wan,Ada rasa hubungan kita sampai sini je lah. Bukan Ada tak sayang Wan tapi Ada takut la…”
“Takut?”
“A’a,cuti natsu(summer) har itu,Ada gi satu program kat Tokyo,ada seorang kakak tu tanya tentang Syahadatain,dia terangkan pasal saksi,adakah kita sudah mampu berhadapan dengan Allah dan declare yang kita sudah menjadi saksi kepada semua manusia bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ada takut sebab Ada yakin Ada belum jadi saksi lagi…Seriously,Ada sayangkan Wan,Ada nak kahwin dengan Wan tapi belum tiba masanya lagi Wan..Please understand me yang…”
“Em…”
“Tapi Ada bukan nak putus terus,nanti Wan habis belajar,Wan masuklah meminang Ada bila-bila masa,Ada sudah terima Wan sebagai bakal suami Ada,i love u so much yang. Moga Allah berkati hubungan kita. Jangan risau,kalau ada masa, Ada call Wan tapi bukan tiap-tiap hari macam dulu la ek,”rayu Syuhada.
“Em…Ok..Gambatte!”Jawab Ikhwan sambil memberi sokongan kepada Syuhada,dia faham perubahan yang ingin dibuat Syuhada dan dia juga suka akan perubahan tersebut.
Play lagu untuk menjiwai rintihan di bawah
Pengakhiran Kepada Permulaan Nurul Syuhada
“Susu~~~~,boleh saya pergi tidur di rumah awak cuti fuyu(winter),nak main salji lah.Sini mana ada salji,”sambung Syuhada.
“Come,datang-datang.Nanti Su beli ikan talapia ganti siakap,kita buat talapia 3 rasa kesukaan Ada,”sambut Sumaiyah dengan gembira.
Pada cuti fuyu itu.
“Waaaaaaaaah,putih!”Kata Syuhada dengan penuh girangnya,mana tidaknya,ini kali pertama dia menyentuh ciptaan Allah bernama salji itu.
“Indahkan ciptaan Allah,Subhanallah.”Terang Sumaiyah.
“Kalau tak silap Ada,masa fardhu ain sekolah rendah dulu,Ustazah cakap salji boleh digunakan untuk berwudhu,nak ambil wudhu’lah!”Kata Syuhada yang sedang keghairan dengan salji.
“Eh,sekarang takleh,nanti orang nampak aurat macamana?Huhu,”gurau Sumaiyah,dia tahu kawannya itu takkan berbuat demikian sekarang kerana Syuhada sudah berubah,dia sangat menjaga auratnya,tiada lagi tudung mini dan seluar jeans.
“Cepatnya sini malam,pukul 4 dah masuk Magrib.Jom solat Magrib,Su imam ek,”beritahu Syuhada.
“Nah,ni Su ambilkan salji kat luar tu kalau nak try ambil wudhu’.Saya sudah,anda bila lagi?”Pelawa Sumaiyah.
“Huhu,thanx my pren!”
Seminggu mereka bersama,makan dan tidur bersama,bermain baling-baling bola salji bersama,bermain ski bersama dan bermuzakarah bersama. Setiap detik yang mereka lalui penuh makna,tiada sesaat pun disia-siakan. Setiap masa mereka diisi dengan berzikir mengingati Allah.Merekalah dua sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah seperti yang disebut dalam hadis;
Malam sebelum Syuhada menaiki bas untuk ke Shinjuku,Tokyo.
“Su,Ada tak anggap Su sebagai kawan tapi sebagai kakak Ada sendiri even Ada lagi tua 4 hari dari Su, Huhuhu. Jangan sedih-sedih ek duk sini sorang-sorang,apa-apa cabaran atau ujian duk di Dai ni,Su mesti boleh lalui punye,Su kan super ranger Ada. Tenkiu segala jasa Su kat Ada,harap halal lah makanan,bil air,bil gas dan yang paling penting bil letrik yang Ada guna buat pasang danbo(heater) twenty four seven,huhuhuhu. Ada bersyukur sangat ditemukan dengan gadis bernama Nur Aina Sumaiyah,”luah Syuhada sambil memeluk Sumaiyah di stesen bas.
Sumaiyah juga berpesan benda yang sama,kedua-dua mereka menangis.
Ditakdirkan Allah,pada pukul 2 pagi,satu negara Jepun dilanda gempa bumi yang kuat sehingga ada bangunan yang jatuh menimpa bumi. Kejadian gempa bumi ini paling terburuk pernah dilanda Jepun selama 10 tahun. Hampir beratus-ratus nyawa terkorban dan beribu-ribu orang tercedera. Dan bas yang dinaiki Syuhada hilang dibawah runtuhan tanah. Selepas seminggu,dalam 40 orang penumpang,hanya 35 orang sahaja dapat dijumpai dan 5 orang masih hilang dan salah seorangnya Nurul Syuhada.
Berita kehilangan 5 orang tersebut diketahui umum dan berita tersebut seolah-olah sebilah pisau tajam menusuk masuk ke jantung Sumaiyah apabila dia ketahui Syuhada salah seorang dari 5 orang yang hilang itu. Dia terus bangun berwudhu’ dan solat ghaib untuk allahyarham Syuhada. Sumaiyah yang tidak pernah berhubung dengan Ikhwan menguatkan diri untuk call Ikhwan dan memberitahu berita buruk tersebut.
“Ikhwan,sahabat kita,Nurul Syuhada telah syahid di jalan Nya…”
Inilah dialog pertama buat ibu dan ayah kepada Nurul Syuhada Al-Ulya.

Kisah Cinta Cik Syuhada

“Aina!”Jerit Syuhada sambil melambai-lambai tangannya ke arah seorang gadis bertahi lalat di bawah mulut.

Belangkas,Berjauhan Tetap Bersama

Dan daripada Wabisoh ibni Ma’bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu baginda bersabda:Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya,dan dosa itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.(Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad dan Ad-Darimi dengan sanad yang baik)”
Sambung Amir,lagak seperti membaca khutbah.
Risalah tentang cinta pada minggu itu benar-benar menampar ramai pelajar-pelajar di situ. Bukan batch Syuhada sahaja, bahkan batch senior dan junior. Ada pasangan yang terkesan dengan teguran dari risalah tersebut sehingga mengambil keputusan untuk berpisah sementara dan menyambung kisah cinta mereka selepas kahwin,ada yang berpisah terus kerana merasakan masjid yang ingin dibina tidak perlu dipajak dengan maksiat dan ada juga yang masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Selama 2 minggu huru-hara cinta itu berlaku,mana tidaknya,masakan Romeo mampu melepaskan Juliet dalam masa seminggu?
“Ko tak nak clash lagi ke Ada? Ko tahu ko buat maksiat?”Soal kumpulan Usrah radikal kepada Syuhada yang bersendirian. Dia betul-betul rasa terhina dengan perbuatan 4 orang tersebut.
“Ko tahu ko couple tu untuk kahwin,kahwin tu bina masjid,jadi ko nak pajak tiang-tiang masjid tu dengan dosa? Tak takut roboh?Tak takut cerai?”Sampuk seorang lagi ahli usrah radikal.
Memang Syuhada rasa bersalah dan takut tapi yang lebih kuat dia rasa,marah! Dia menggigit bibirnya menahan marah,dia tahu tiada guna dia berlawan dengan 4 orang ini memandangkan mereka semua berilmu agama lebih dari Syuhada.
“Tahukan Allah kata dalam Al-Quran latakrabuzina?Jangan dekati zina?”Soal seorang lagi.
“Tahu…”Jawab Syuhada sambil menundukkan kepala ke bawah,dia semakin ketakutan,bukan kepada Allah tapi kepada manusia berempat ini.
“Kalau tahu kenapa buat? Kalau dekati zina pun tak boleh,ni kan pula buat zina. Berdua-duan di kedai makan,ingat bukan zina ke?Ingat,bila seorang perempuan bukan mahram dan seorang lelaki bukan mahram bersama,ada yang ketiga dan yang ketiga itu syaitan laknatullah,tu hadis nabi bukan kata-kata saya,”sambung yang ke-4 pula.
“Maaflah kalau kami tegur ni kasar tapi kami sayangkan kamu Ada,taknak kamu masuk neraka,”ketua mereka pula mengambil tindakan,biasalah motivasi,selepas marah mesti ada sesi pujuk memujuk pula.
Sebenarnya,bukan Ada seorang mangsa kumpulan usrah radikal tersebut,ramai lagi yang bercouple menjadi mangsa. Mereka dipanggil datang ke surau selepas makan beramai-ramai di hari Khamis,lampu ditutup dan mereka mula mengelilingi mangsa,membacakan ayat-ayat quran dan tazkirah-tazkirah ekstrim mereka. Tapi jelas tindakan mereka salah kerana semakin ramai yang lari bila nampak muka mereka dan sampai ada yang lansung tidak ingin ke surau lagi sebab takut ditazkirah oleh 4 orang itu lagi.
Inilah Sejarah Kita,Kelas Sejarah Versi Islamik
“Insya Allah pada hari Sabtu ini akan diadakan satu program di Surau Unisel,program tersebut bertajuk ‘Inilah Sejarah Kita’ atau ringkasannya,ISK, yang akan disampaikan oleh seorang Ustaz Masri,pengasas modul ini sendiri.
Anda hanya perlu bayar 5 ringgit untuk pengangkutan dan makan 2 kali sehari iaitu sarapan pagi dan makan tengahari.Diharap semua dapat hadirkan diri,” Taqiyuddin merangkap biro kebajikan Majlis Pelajar tahun tersebut.
“Ada,jom pergi program ISK tu,saya belanja,”tawar Sumaiyah.
“Sabtu ni kan?Em….Sibuk kot,banyak lagi syukudai(kerja rumah) tak siap ni,lagipun report butsuri(fizik) tak sentuh lansung lagi ni,minggu depan nak kena hantar…”Syuhada memberi alasan.
“Ala,jom kita buat sama-sama.Sempat lagi nak siapkan,hari ni hari khamis,program hari sabtu,malam ni jom buat sama-sama kat rumah awak,nak?”kata Sumaiyah lagi.
“Em,ok lah tapi tu pun kalau syukudai siap la ek..”Balas Sumaiyah.
“Yoshhhaaa!”Kata Sumaiyah dengan tersenyum lebar.
Sabtu tersebut.
“Uish,ramainya Su.Ada dalam 100 orang ni kot..”Kata Syuhada yang terkejut dengan bilangan peserta.
“A’a,tak sangka la pula ramai macam ni. Tapi lagi ramai la lagi syok!”Balas Sumaiyah.
“Ok,selamat datang kepada semua.Wah ramai betul ISK kali ni,tak sangka lah pula peserta seramai ni. Tahniah buat semua. By the way,marilah sama-sama kita merafatkan seifiniti kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi kita peluang untuk hadir di program zikir ini. Insya Allah,para malaikat akan melabuhkan sayapnya di atas kita semua sambil berzikir kepada kita,amin.
Sementara menunggu penceramah datang,oh ya,ana lupa memaklumkan kepada antum bahawa penceramah kita,Ustaz Masri,tidak dapat hadir ke program kali ini kerana ada urusan penting di Sabah.
Tapi jangan risau,kita ada pengganti beliau,malah 2 orang lagi yang mendapat didikan lansung dari Ustaz Masri,nantikan. Sementara menunggu penceramah datang,mari kita sama-sama buat senaman Demi Matahari! Abang-abang fasi, bolehlah datang ke depan peserta untuk mengetuai senaman ini,”ucap Taqiyuddin membuka majlis.
2 orang penceramah yang dijanjikan itupun tiba. Mereka sungguh berkaliber,pembentangan mereka juga tiada cacat celanya, ditambah pula dengan video-video yang menarik tapi entah kenapa,mesej yang cuba disampaikan oleh penceramah tidak sampai kepada Syuhada. Baginya,program kali ini tidak ubah seperti kelas sejarah dan sesi bercerita. Ya,kelas sejarah versi keagamaan. Kebanyakan cerita yang disampaikan sudah diketahuinya seperti kisah perang Badar,perang Uhud,kisah hidup Abu Bakar, kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah dan lain-lain.
“Ah,bazir masa aku je..Selamat aku tak bayar 5 ringgit. Dah la makan dalam dulang,geli giler,kena air liur orang lain..hiiiiyeee~…”Monolog Syuhada seorang diri.
“Macamana Ada?Best?”Soal Sumaiyah.
“Erk…Ok la kot..”Jawab Syuhada untuk menjaga hati kawannya itu.
Disebabkan kehampaannya pada ISK ini,program-program susulan seperti Syahadatul Haq dan Usul 20 ditolaknya mentah-mentah. Biar dibelanja dan masa terluang sekalipun,dia lebih rela habiskan masa tonton drama Jepun dari pergi ke program yang membosankan itu.
Nihon He Kimasu! (Jepun,Saya Datang)
3 tahun perjuangannya di Malaysia akhirnya berakhir apabila dia berjaya mendapat tempat di sebuah Universiti terkemuka di Jepun,Hiroshima Universiti. Sementara Sumaiyah mendapat tempat di Universiti Nagaoka. 2 sahabat ini terpaksa berpisah. Jarak Hiroshima dan Nagaoka lagi jauh dari Kelantan ke Johor. Walaupun berat hati mereka untuk berpisah setelah sekian lama bersahabat,apakan daya,itu takdir mereka.
“Em,takpa,nanti kita Skype ek,”beritahu Sumaiyah.
“Skype?Ok,nanti Ada add Su kat sana sebab Ada takda Internet kat rumah,hihi,”balas Syuhada.
“Ingat tau,add Su.Jangan asyik Skype dengan Ikhwan je,”usik Sumaiyah,Syuhada tersenyum gembira.
Syuhada meneruskan hidupnya di persekitaran baru. Dia bukan berseorang di Universiti barunya itu,dia ditemani oleh 2 orang pelajar lelaki yang sentiasa menolongnya. Dia juga mempunyai senior-senior yang masih belajar di Universiti tersebut jadi dia tidak menghadapi banyak masalah.
Berbeza dengan Syuhada,Sumaiyah mengalami banyak masalah memandangkan hanya dia seorang pelajar Melayu Islam di sana. Dia tidak mempunyai kawan satu batch yang bersama-sama dengannya dan dia juga tidak mempunyai senior untuk membantunya. Dia terpaksa berdikari sendiri untuk hidup di Jepun. Banyak kali dia menangis di dalam bilik air kerana tidak tahan dengan tekanan yang diterimanya,tambah-tambah lagi dia seorang pemendam,tidak tunjuk masalahnya di hadapan kawan-kawan dan ibubapanya.
“Ada camana? Sihat?”Soal Sumaiyah.
“Ada sehat ja,Su?Camana dai(universiti)?”Soal Syuhada balik.
“Uish,mestilah sihat. Dai?Ok ja cuma sepi sikitlah sebab Ada takda,takda orang nak usik. Ni,kenapa susah sangat nak call Ada ni? Bila Su call,asyik busy je,”Tanya Sumaiyah.
“Hehehehe..Nge~~~~”Syuhada hanya tergelak,tidak memberi apa-apa jawapan.
“Haaa,ni mesti bergayut dengan Ikhwan kan?”Sumaiyah meneka.
“Pandai~Seratus markah buat cik adik manis Sumaiya~h. Da jumpa ikemen(lelaki hensem,bergaya)?”Soal Syuhada.
“Hehe,mestilah ada tapi takleh tengok selalu,dose. Hehehe,siap kenal lagi. Dia nak belajar eigo(bahasa Inggeris) dari Su, ada chance ni!”Kata Sumaiyah dengan niat bergurau.
“Wohoooo~ Baru 1 bulan berpisah dah transform ke Kak Su oi???”Soal Syuhada.
“Hehehe,gurau je la..Haaaa ni,jom jumpa. Budak-budak ni ada buat Summer Gathering kat Hachioji Seminar House,Tokyo, jom la sama-sama join,”ajak Sumaiyah.
“lol(Laugh Of loud),baru sebulan berpisah dah nak buat gathering?Huhuhu.”Gurau Syuhada.
“Ala Ada,jom la…Wa kaget bangat sama lu,plishhh”Sumaiyah berusaha lagi.
“Huhuhu,cepat pujuk lagi!Kalau tak pujuk,malas pergi!”Jawab Syuhada yang ingin menyambung senda guraunya.
“Ala intan payung,cik adik manis kegilaan orang ramai,buah hati Ikhwan,jom la pergi gathering ni..Ok! Su belanja Ada Saizeriya(nama kedai di Jepun),kita makan Hanjuku Tamago Paparoncino(nama makanan),nak?”Pelawa Sumaiyah.
“Ok bos! Matte tene~”Jawab Syuhada.
“Yeay!”Laung Sumaiyah kegembiraan.
Summer Gathering
“Siapa tahu maksud Syahadatain(dua kalimah syahadah)?”Soal Kak Yana selaku penceramah program hari itu.
“Su,bukan ke aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah?”Bisik Syuhada kepada Sumaiyah yang berada di tepinya.
“Ha,adik yang pakai baju love tu,nampak macam tahu je? Sebelum tu shoukai nama dan dai adik dulu,”Kak Yana mempelawa Syuhada memberi jawapan sambil tersenyum.
“Atashi Syuhada desu,hiroshima daigaku kara kimashita(saya syuhada,datang dari Hiroshima Universiti)…Maksud syahadatain ialah aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,”jawab Syuhada sambil sedikit kekeliruan,masakan kakak di hadapannya ini bertanya sesuatu yang wajib semua orang Islam tahu.
“Seikai(betul).Sono toori desu(macam itu lah).Tak heranlah dapat jawab,namapun Syuhada,orang yang mati Syahid,huhu.Ashhadu yang selalu kita sebut itu bermaksud aku bersaksi,bukan aku mengaku atau aku men’declare’ tapi aku bersaksi. Apa tugas seorang saksi di mahkamah?Akak nak adik di sebelah adik Syuhada jawap,”tanya Kak Yana lagi.
“Seorang saksi?Em…Saya rasa..”
“Eh,shoukai nama dan dai adik dulu,nak kenal ni,”minta Kak Yana walaupun dia cukup kenal dengan Sumaiyah.
“Hihi,nama saya Sumaiyah,boleh panggil saya Su dan saya belajar di Nagaoka Universiti,yoroshiku onegaishimasu. Saya rasa seorang saksi bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada semua apa yang disaksikannya. Macam contoh,dalam kes pembunuhan,kalau saksi melihat A bunuh B,si saksi wajib membuktikan kepada semua orang termasuk hakim bahawa A telah membunuh B.Itu je kot..”Jawab Sumaiyah sambil membetul-betulkan kaca mata berbingkai hitamnya.
“Pandai-pandai adik akak.Betul,seorang saksi bertanggungjawab sebagai perantaraan atau medium di antara kebenaran dan kebatilan. Dalam kes syahadatain ini,siapa yang bersaksi? Kita yang bersaksi,aku bersaksi, dan kepada siapa kita bersaksi?”Soal Kak Yana,semua terdiam.
“Kita bersaksi kepada semua manusia bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Jadi bagaimana kita ingin menjalankan tugas kita sebagai seorang saksi? Adakah dengan hanya mengucap dua kalimah syahadah sudah terangkat tugas kita sebagai seorang saksi? Adakah cukup sekadar solat 5 waktu,puasa di bulan ramadhan,bayar zakat,tunai haji,kita sudah jalankan tugas kita sebagai seorang saksi? Adakah dengan berbuat demikian manusia lain tahu bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah? Adakah layak untuk kita dipanggil sebagai saksi di akhirat kelak,’Ya Allah,aku telah menjadi saksi kepada semua manusia bahawa Engkau adalah Tuhan ku dan Rasulullah adalah Rasul ku’,layakkah kita? Jadi apa yang kita perlu buat supaya kita layak digelar saksi?”
Tanya Kak Yana lagi,semua terdiam tapi dia betul-betul mahukan seorang peserta menjawab soalannya itu.
“Adik Syuhada,tahu bagaimana kita boleh jadi saksi? Tahu bagaimana bila kita berhadapan dengan Allah,kita mampu kata, Ya Allah aku sudah menjalankan tugas sebagai saksi mu,tahu?”Soal Kak Yana.
“Er…berdakwah?”Jawab Syuhada.
“Ya,pandai adik Syuhada,moga adik dan kita semua mati syahid,huhuhu. Kita hanya mampu menjawab ‘aku telah menjadi saksi’ kepada Allah hanya bila kita sudah menjalankan kewajiban kita sebagai seorang pendakwah,sebagai seorang penyeru ke jalan Allah. Kita hanya mampu berbangga dengan diri kita sebagai seorang saksi hanya apabila kita telah menjalankan tugas kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Dan kita hanya akan bebas dari api neraka Allah, hanya bila kita sudah menyeru manusia menyembah Allah yang esa,”Kak Yana menyudahi ceramahnya di pagi itu untuk memberi laluan solat sunat Dhuha.
Sepanjang perjalanan pulang ke Hiroshima,Syuhada terusik dengan panggilan ‘orang yang mati syahid’. Dia tertanya adakah layak untuk dia digelar Syuhada dengan dosa-dosanya yang terdahulu.
Pengakuan Tulus Seorang Saksi
“Wan,Ada rasa hubungan kita sampai sini je lah. Bukan Ada tak sayang Wan tapi Ada takut la…”
“Takut?”
“A’a,cuti natsu(summer) har itu,Ada gi satu program kat Tokyo,ada seorang kakak tu tanya tentang Syahadatain,dia terangkan pasal saksi,adakah kita sudah mampu berhadapan dengan Allah dan declare yang kita sudah menjadi saksi kepada semua manusia bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ada takut sebab Ada yakin Ada belum jadi saksi lagi…Seriously,Ada sayangkan Wan,Ada nak kahwin dengan Wan tapi belum tiba masanya lagi Wan..Please understand me yang…”
“Em…”
“Tapi Ada bukan nak putus terus,nanti Wan habis belajar,Wan masuklah meminang Ada bila-bila masa,Ada sudah terima Wan sebagai bakal suami Ada,i love u so much yang. Moga Allah berkati hubungan kita. Jangan risau,kalau ada masa, Ada call Wan tapi bukan tiap-tiap hari macam dulu la ek,”rayu Syuhada.
“Em…Ok..Gambatte!”Jawab Ikhwan sambil memberi sokongan kepada Syuhada,dia faham perubahan yang ingin dibuat Syuhada dan dia juga suka akan perubahan tersebut.
Malam itu Syuhada tidur sebentar,dia kunci jam pada pukul 12 malam disebabkan Subuh di Jepun ketika itu pada pukul 3 pagi. Dia bangun mengambil Wudhu’ dan mengerjakan solat Sunat Tahajjud buat kali pertama setelah hampir 4 tahun meninggalkannya.Dan dalam sujud dia berdoa;
Play lagu untuk menjiwai rintihan di bawah
“Ya Allah Ya Tuhanku. Aku bersyukur kerana aku masih hidup dan dapat bangun tahajud malam ini.Aku juga bersyukur kerana diberi seorang sahabat yang mengajakku ke arah kebaikan dan diberi peluang oleh Mu untuk menghadiri Summer Gathering hari tu. Aku bersyukur kepada Mu atas segala kebaikan yang Kau berikan kepadaku. Ya Allah,ampunilah dosaku dan dosa kedua-dua ibubapaku serta kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani ku sewaktu daku kecil. Ya Allah,ampunilah semua dosa kaum Muslimin dan Muslimat serta bantulah semua umat Islam di seluruh dunia terutamanya di Palestin,Iraq,Afghanistan dan Malaysia.
Ya Allah,aku baru sedar bahawa aku telah melakukan banyak dosa kepada Mu. Aku kini baru sedar bahawa hidupku dipenuhi dan dikelilingi maksiat. Aku juga sedar bahawa aku sentiasa melupakan Mu.Tapi aku yakin Ya Allah, Engkau lansung tidak melupankan ku malah Engkau hantar seorang sahabat untuk mengingatkan aku,untuk menyedarkan aku. Aku tahu selama ini aku tidak bersyukur kepada Mu Ya Allah tapi Engkau lansung tidak menarik balik segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku. Aku minta 10 1 A,Engkau berikannya kepadaku. Aku minta untuk masuk Hiroshima Dai, Kau bagi aku masuk Hiroshima Dai. Selepas Kau bagi aku apa yang aku pinta,aku lupakan Kau,aku fikir apa yang aku dapat adalah sesuai dengan usahaku walhal semua itu adalah nikmat yang Kau berikan kepadaku,ampunilah aku Ya Allah.
Ya Allah,dulu orang ingatkan aku tentang mati,sekejap benar aku takut kemudian aku lupa balik,aku terus buat maksiat balik. Aku sudah lupa akan kematian,aku sudah lupa Engkau yang sedang melihatku,aku terus berdamping dengan Ikhwan dan kadang-kadang aku sengaja buat-buat terlanggar tangannya padahal aku nak pegang tangannya cuma masih ada iman senipis kulit bawang padaku. Dulu aku selalu letak kepala aku atas bahu Ikhwan atas alasan kulit kami tak tersentuh,aku tahu itu dosa tapi aku cuba yakinkan diri aku tak apa kalau kulit tak bersentuh. Aku hina kawan-kawan usrah yang ekstrim,yang ikut program,yang tak couple.Aku caci mereka Ya Allah,aku hina mereka Ya Allah.Aku tak ingat lansung bahawa mereka lagi mulia dari aku.
Ya Allah,kini aku sedar tugas aku sebagai seorang saksi Ya Allah. Aku tahu tanggungjawab aku sebagai seorang saksi tapi aku tak tahu Ya Allah,bagaimana aku boleh jalankan tanggungjawab tersebut. Aku tidak tahu bagaimana aku nak berdakwah sedangkan aku penuh dengan dosa-dosa lampau,aku penuh dengan maksiat,hati aku hitam Ya Allah,hitam. Aku tidak sesempurna Sumaiyah ya Allah,berikan daku kekuatan untuk menjadi saksi Mu ya Allah.
Ya Allah,aku malu dengan Mu. Even 21 tahun aku hidup,baru tahun ini aku tahu maksud sebenar namaku. Sebelum ayah meninggal,ayah selalu sebut maksud nama aku orang mati syahid tapi aku lansung tidak ambil kisah. Aku tak faham apa yang cuba ayah sampaikan,aku fikir itu hanyalah mesej biasa. Tapi hari ini aku betul-betul faham maksud Nurul Syuhada Ya Allah dan aku tahu aku tak layak digelar Nurul Syuhada. Aku tak layak untuk digelar orang yang mati Syahid ya Allah. Tapi Ya Allah,aku nak mati syahid Ya Allah. Aku nak bersama para sahabat Ya Allah,aku nak duduk bersama Rasulullah Ya Allah,aku nak malaikat berbaris bersalaman denganku Ya Allah,aku nak Ya Allah,aku nak!
Ya Allah berikan daku hidayah Mu,berikan daku kekuatan untuk mencapai syahidmu,berikan daku peluang sekali lagi Ya Allah.Amin..”
Pengakhiran Kepada Permulaan Nurul Syuhada
“Susu~~~~,boleh saya pergi tidur di rumah awak cuti fuyu(winter),nak main salji lah.Sini mana ada salji,”sambung Syuhada.
“Come,datang-datang.Nanti Su beli ikan talapia ganti siakap,kita buat talapia 3 rasa kesukaan Ada,”sambut Sumaiyah dengan gembira.
Pada cuti fuyu itu.
“Waaaaaaaaah,putih!”Kata Syuhada dengan penuh girangnya,mana tidaknya,ini kali pertama dia menyentuh ciptaan Allah bernama salji itu.
“Indahkan ciptaan Allah,Subhanallah.”Terang Sumaiyah.
“Kalau tak silap Ada,masa fardhu ain sekolah rendah dulu,Ustazah cakap salji boleh digunakan untuk berwudhu,nak ambil wudhu’lah!”Kata Syuhada yang sedang keghairan dengan salji.
“Eh,sekarang takleh,nanti orang nampak aurat macamana?Huhu,”gurau Sumaiyah,dia tahu kawannya itu takkan berbuat demikian sekarang kerana Syuhada sudah berubah,dia sangat menjaga auratnya,tiada lagi tudung mini dan seluar jeans.
“Cepatnya sini malam,pukul 4 dah masuk Magrib.Jom solat Magrib,Su imam ek,”beritahu Syuhada.
“Nah,ni Su ambilkan salji kat luar tu kalau nak try ambil wudhu’.Saya sudah,anda bila lagi?”Pelawa Sumaiyah.
“Huhu,thanx my pren!”
Seminggu mereka bersama,makan dan tidur bersama,bermain baling-baling bola salji bersama,bermain ski bersama dan bermuzakarah bersama. Setiap detik yang mereka lalui penuh makna,tiada sesaat pun disia-siakan. Setiap masa mereka diisi dengan berzikir mengingati Allah.Merekalah dua sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah seperti yang disebut dalam hadis;
“Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan ‘arashNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

Comments