Alhamdulillah masih diberi peluang utk mencoret sesuatu...
Salam alaik, kpada semua...
entry kali ni lemah lembut atau kasar...
lemah lembut selalu disinonimkan dengan sifat wanita..
kasar pula kepada kaum lelaki...
am I right..??
hmm...let's discover something about the gentle and rough..
~~~~~~~~~~~~~~~~what can be imagined with gentle and coarse~~~~~~~~~~~~
LEMAH LEMBUT
Lemah lembut (al-halim) itu antra Asma al-Husna (nama-nama Allah).
Allah berfirman yang bermaksud : "Dan ketahuikah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun
(surah al-Baqarah 2 : 235)
Muslim yang lemah lembut (al-hilm) dihiasi dengan hati yang lunak, jauh dari sifat yang baran, sopan santun, berlapang dada dan membalas keburukan dengan kebaikan..
Perhatikan kisah berikut, satu teladan daripada sirah nabawi :
Tufail bin Amru al-Dusi pernah menyeru kabilahnya agar beriman dengan Allah dan Rasulullah, namun seruannya ditolak. Setelah mengadu kepada baginda, Tufail menyangka Baginda akan mendoakan kebinasaan buat kabilahnya, namun apa yang berlaku sebaliknya. Baginda mendoakan cahaya hidayah buat mereka. Kesannya dakwah Tufail buat kali kedua diterima.
Lihat betapa lemah lembutnya Baginda berdakwah kepada umatnya.
KASAR
Allah berfirman dalam surah al-Fath ayat 29 yang bermaksud :
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka."
Begitulah akhlak sahabat yang telah dicorak oleh Rasulullah SAW, hanya berkeras dengan mereka yang memusuhi Allah.
Kita ditegah berkasar sesama Muslim, sesama ahli keluarga (terutama ibu bapa) , golongan miskin, anak yatim piatu dan sebagainya.
Larangan berkasar terutama dalam menyampaikan dakwah pernah berfirman Allah kepada Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Maka disebabkan rahmat daripada Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah keampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu."
(surah ali 'Imran 3 : 159)
Comments
moga2..kalian mendapat manfaat daripada apa yg telah dikongsikan...