Skip to main content

KEM PENGENALAN TARBIYYAH ISLAMIYAH II

YEAH KEMBALI DGN SEASON II ^_^V

third- KITA SAUDARA
tepat 6.50 petang semua berkumpul...
huhu...penuh lif nak turun bawah...
kami jalan kaki je ke masjid yg dimaksudkan pada post yg lepas...
muslimin dah sampai dulu kot sebab blok hotel diorang paling dekat dengan masjid...

azan berkumandang...maka masuklah waktu solat maghrib..
kami solat berjemaah maghrib dan masing-masing solat sunat selepas maghrib...
slot malam itu di isi dengan ceramah ringkas tapi padat dengan fakta,pengajaran dan dalil oleh imam masjid berkenaan..
perbincangan menjadi panjang...apabila 8 mikrofon yg diedarkan kepada peserta...4 muslimin 4 muslimat..
maka berlakulah perbincangan soal jawab pada malam itu...
saya juga tidak melepaskan peluang apabila mikrofon itu dipas kepada saya...
biasalah bila 300 orang nak bercakap macam-macam yang ingin ditanya...
cuma rasa kagum itu timbul bila suasana masjid tidak riuh dengan suara peserta untuk bersembang kosong...
cuma kedengaran suara penyoal dan penjawab...
banyak yang dikongsikan dari perbincangan itu...
dari tajuk imam keindahan(umum) , ditambah dengan topik-topik berkaitan dengan tajuk itu...mengenai islam, remaja, kebangkitan islan, anime, filem, nasyid & lagu, jodoh, sistem sekular dan byk lagi...tak terkira...
tidak kurang juga adik-adik darjah 4,5,6 bertanyakan pelbagai soalan...

kami sudahi perbincangan apabila waktu solat isya' telah masuk

DI KAMPUNG (masih dlm slot yg sama)
-pada masa ini kami berziarah ke kampung halaman makmum-makmum masjid dan imam, muadzin. bilal..
terkejut sangat sbb banyak khemah...bila saya tnya kepada fesi...dia menjawab seluruh penduduk kampung menyambut kehadiran kita...Masya-Allah gilang gemilang...
macam best je..best ke?? mmg best..hehe..

ketua kampung memberi ucapan...
kemudian menyerahkan cenderahati...
dan sesi makan...makanan dah siap hidang lagi....hehe ^_^
selepas selesai makan...kami diminta utk melawat rumah penduduk kampung sambil-sambil mengeratkan sillaturrahim antara saudara seIslam...

banyak yang kami pelajari..kumpulan saya kena ke rumah Pak cik Zaidi & Mak cik Zaleha bersama 5 orang anak...apa yg kami tau tentang keluarga ini..
semua anak-anak mereka cemerlang dlm plajaran
kami mendalami kisah hidup sepasang suami isteri ini

kami pun perkenal diri masing-masing macam biasa la...
cuma kali ni segala apa yg ditanya kami jawab...hehe^_^
dari keluarga, pelajaran, cita-cita, impian & mcm2 la...

dah hampir berapa jam di rumah itu...
kami diarahkan berkumpul di ro-call depan masjid..
taklimat sikit sebelum kami beradu..huhu...

perkataan last sekali ialah...
"..oooo...ye ka...program anak angkat..." kata seorang peserta...
 kami senyum-senyum arnab je la (arnab boleh senyu ke? ntah)

"..luruskan barisan..! "
jom balik bilik... katil kata mari...
sampai je depan pintu bilik..
tetiba gelap gelita (kami tak menjerit pun..!!)

sbb kami pejam mata tidur la..hikhik ^_^
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

forth-LDK 1- REMAJA PEMANGKIN KEBANGKITAN ISLAM 
-hah...ini baru hari kedua ye...hehe ^_^
dah byk benda kami buatkan... ini la kekuatan KEM ni...
banyak gunakan pendekatan macam ni...
maksudnya dengan cara memberi kami berfikir lebih tentang sesuatu...

ok dgn tajuk LDK kami...
fesi bawa kami ke pondok berdekatan kolam renang..
kami mulakan perbincangan..

"..perbincangan dimulakan dengan bacaan doa oleh ketua kami Fakhrul Razi.."

"..tajuk ni sesuai dengan apa yang kita sedang lalui sekarang...setujukah adik-adik dengan kenyataan ini..atau ada yang ingin berkongsi pendapat.." tanya Akhi

"..ya saya setuju dengan pendapat ini kerana kerana perlu mendidik jiwa kita sejak kecil dengan perkara yang baik-baik supaya mudah untuk kita amalkan suatu hari kelak..." kata Affin.

 "...Firman Allah SWT : "kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar ; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata : "Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi ; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya ; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran." (Al-Kahf : 13-14)..." sambungnya lagi..

"...golongan muda (syabab) adalah merupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerak kerja islam...Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini..." jelasnya lagi...

"...Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah)..."balas fifi..

"..nampaknya perbincangan kita semakin seronok dan menjana idea dari pemikiran yang baik.." kata akak.

"..kita kena tau jugak ye...golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam..." sambung Akhi.

Perbincangan kami pagi itu tamat dengan makan tengah hari..Perbincangan selama 4 jam itu telah membuka minda kami untuk  berfikir tentang sesuatu dan menjana pemikiran kreatif...

 masa makan tengah hari...

"...perhatian kepada kumpulan al-Fateh, al-Biruni, al,- Khawarizmi, al-Battani dan Ibn Kaldun...kumpulan anda diminta berjumpa dengan camp komander dan ketua fesi di Taman cendiakawan untuk pengendalian slot seterusnya.." bergema pengumuman.

makan>rest>jumpa camp kom>kena jumpa ketua fesi>solat zohor>prep presentation

Kami break dari pukul 12 sampai la pukul 3.30 petang
(antara waktu itu kami perlu siapkan bahan perbentangan tentang apa yang dibincangkan masa LDK 1 pagi tadi bila tiba untuk slot seterusnya)


"...rasa-rasa kita guna kertas je la..nanti ada pemancar skrin...lagi senang buat kerja..."
"...ok la macam tu decide siapa yang akan bercakap dan bergerak untuk presentation nanti..? "
"...dinie terangkan atas stage, affin jaga side peserta kanan, mimi jaga side peserta kiri, syafiq belakang, fifi & fakhrul tolong dinie dekat atas pentas..."
"...ok la macam tu...settle semua kita buat mind map je la...lukis macam-macam bentuk ok..."


fifth- PENJANA KHOIRA UMMAH
-slot kali ini ketua fesi memilih kumpulan kami untuk membentangkan tajuk LDK 1 tadi.
diminta kumpulan al-Fateh untuk membentangkan hasil kerja mereka...
dengan persediaan yang lengkap kami maju kehadapan dan mengambil tempat masing-masing..

Alhamdulillah perbentangan lancar dan banyak soalan yang dikemukan...
Nasib dah buat persediaan awal dan banyak tanya dekat akhi dgn akak tadi...

Perbentangan dari kumpulan-kumpulan lain juga tak kurang hebatnya...
banyak ilmu yang dikongsi...


Slot ini diteruskan lagi dengan perbentangan seorang motivator yang hebat dalam penyampaian ilmu..


Banyak ilmu yang dikongsikan...yang best kami dapat buku free...buku motivasi...


kalau tak ada sesi soal jawap mmg tak sah...hehe...macam biasa ada yang bangun dan tampil memberi pendapat masing-masing..
Tamat slot utk petang ini...kami ke masjid tunaikan solat asar...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sixth- RIADAH & REKREASI

- masa untuk bermain...
kira masuk dalam LDK juga la yang ni...sebab kena buat aktiviti berkumpulan..
kami kena main...ada 12 check point...
semua kena speaking english and arabic (ada yang guna japan, mandarin, spanish)
check point ni kena buat alat muzik, sains skill(more to physic), sejarah, makanan tradisional, binaan arkitek dan macam-macam lagi...


habis semua ni...group al-Fateh menang..!! yeay..alhamdulillah...tak sia-sia tangan luka gara-gara jatuh...


balik bilik la..dah pukul 6.15 petang...camp komander bagi excuse sampai 7.15 semua kena kumpul di dewan soalat jemaah...hah? pelik ke? tak la pelik sbb dewan ni bersih kami masuk dewan bukak kasut cuma beralaskan stokin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


kami dah siap pukul 6.45 turun tempat makan...
sedap..sedap...lapar sungguh...hari kedua mmg memenatkan dgn aktiviti yang padat tapi tetap best..hehe ^_^


setiba di dewan...muslimin dah ramai sedang membentang karpet sejadah dalam dewan...
jadi tak kena dah ni nak duduk mana...
emm...kami pun pergi la belakang duduk dgn kakak fesi...
korang tau apa yg menarik...
sebelum masuk dewan kami dapat tafsir quran sebuah seorang dan senaskah al-mathurat.
terkejut jugak...


"..kak ni free ke? "
"..ye adik..mmg yang ikut program ni akan dapat tafsir dan al-mathurat..malam ni kita akan guna selepas solat maghrib...ada satu slot pengisian.."
"...owh...syukran kak..!! hehe ^_^


Selesai kemas tempat solat kami sama-sama berdiri dalam saf untuk menunaikan solat maghrib berjemaah..
Selesai semua kami sambung slot malam pula dengan muhasah diri...


"...adik-adik semua dah dapat tafsir al-Quran dan al-Mathurat kan..? "
"..dah..!! "
"..tafsir dan al-Mathurat itu sebagai cenderahati kepada kalian supaya sentiasa ingat dan merasa dekat dengan kalam Allah.." kata ketua fesi.
"..baiklah malam ni kita teruskan dengan sesi muhasabah..."


Peserta & fesi masing-masing hanyut dengan aktiviti...
Sebelum balik bilik kami diarahkan membuat bualatan untuk saling memaafkan antara satu sama lain...
kami diberi taklimat esok ada qiamulail jadi kena turun dewan lagi...selesai sarapan ada program outdoor..!!


p/s : fuh berjela-jela...harap korang tak kisah membaca...to be continue ^_^

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN ISLAMIK : ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia. Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook; yang mana dahulunya cukup terkenal sebagai akhi yang sering yang bermujahadah dan istiqamah dalam dakwah, kini hanyut dengan arus cinta manusia. Gambar-gambar bersama teman wanita menghiasi ‘profile pictures’ sahabat-sahabatnya. Tidak kurang juga bagi akhwat, yang dahulunya sangat dihormati kerana menjaga batas pergaulan, tunduk apabila berbicara membuktikan kukuhnya iman, kini alpa dengan arus pemodenan. Hijab yang dahulunya menjadi duri bagi setiap kumbang yang ingin hinggap pada m...

Surah Ar Ra'd ayat 28

Bagaimana nak hati menjadi tenang? Ingatlah Allah. Jika hati sentiasa berniat baik, Allah akan pertemukan dengan hal yang baik, orang-orang baik, tempat yang baik dan kesempatan untuk berbuat baik. InsyaAllah.

Doa Qunut Nazilah

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ (اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ اللَّهُمَّ يَا الله. يا الله. يا الله إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم TERJEMAHANNYA: Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x), Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PALESTIN YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH RAKYAT PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN TENTERA REJIM ZIONIS ISRAEL LAKNAT YA ALLAH KAU SELAMATKANLAH MASJID AL-AQSA DARI TERUS MENJADI SASARAN PIHAK YAHUDI LAKNAT YA ALLAH KAU TAMBAHKAN LAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG PALESTIN YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KANAK2 ...