fRieNd

Khamis, 31 Mei 2012

Jom tutup aurat

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya." [TMQ An-Nur (24):31].

"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka...", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya." - al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada 'Aishah r.a.

Tiada ulasan: