Petang itu, selepas tamat waktu kelas Annur menuju ke Tasik didalam kawasan kampus kerana ada perjumpaan bersama mentor. Annur berasa sangat excited kerana apa yang dicari dan apa yang dinanti akhirnya Allah temukan juga.
"Nama saya Annur Insyirah binti Zainol. Saya berasal dari Pulau Pinang. Saya mengambil jurusan Degree Perakaunan Semester 4."
"Saya Farah binti Ahmad dari Kelantan. Saya mengambil jurusan Degree Marketing Semester 4."
"Alhamdulillah sempat kita berkenalan hari ini. Sekarang saya membawa seorang sahabat iaitu Kak Fatin. Kak Fatin akan menjadi mentor adik-adik di kampus ini.", kata Solehah.
"Assalamualaikum wbt, Nama diberi oleh ibu dan ayah Nur Fatin binti Ruslan. Saya berasal dari Perak dan juga mengambil jurusan Degree Perakaunan Semester 6."
Masing-masing bertukar cerita. Sesi perjumpaan petang itu lebih pada bersantai sahaja dengan tujuan untuk berkenalan. Kemudian masing-masing pulang ke rumah sebelum azan Maghrib berkumandang.
"Jangan lupa ya adik-adik malam ini tepat jam 9, kita akan baca Doa Rabitah bersama-sama sambil membayangkan wajah setiap seorang daripada kita. Semoga Allah redhai dan berkati kumpulan Usrah SWEET kita."
Oh ya Usrah SWEET ialah nama kumpulan mentor Kak Fatin, Annur dan Farah. Usrah bermaksud keluarga dan SWEET akronim kepada Sharing Women Experience Every Tuesday. Kenapa Tuesday? Kerana perjumpaan Usrah SWEET ini akan diadakan setiap hari Selasa.
Comments