Anugerah paling indah sepanjang 3 tahun di bumi Arau, Perlis ini adalah tarbiyah dan ukhuwah. Tarbiyah itu umpama 'training'. Melatih diri untuk sentiasa struggle dengan diri sendiri, sentiasa muhasabah dan sentiasa berusaha untuk mencari redha Allah. Semoga Allah menjaga hati ini untuk terus tsabat dan berubah hanya kerana Allah bukan semata-mata pandangan manusia. Ukhuwah itu sumber kekuatan untuk diri ini yang sentiasa lemah dan sentiasa futur. Disaat diri ini down dan rasa benci dengan diri sendiri, sahabat2 inilah yang sentiasa mencurahkan kata2 semangat buatku. Subhanallah semoga Allah menjaga hubungan ini sampai bila2 dan semoga kita sama2 berusaha mengejar JannahNya. Alhamdulillah Allah hadirkan insan2 yang terbaik buat diri ini. Alhamdulillah Allah juga hadirkan insan2 yang sentiasa menegur diri ini. Semoga kita menjadi akauntan yang comell dan solehah. Hikhik. Amin
"Wanita jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail." . Suka untuk share 1 pengajaran dari peristiwa korban ini. Siti Hajar, seorang isteri dan ibu. Taat perintah ALLAH dengan cara (meredhai anaknya di sembelih, meredhai dirinya ditinggalkan bersama Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim yang mempunyai urusan diluar kota). Tidak mengeluh apapun beliau, berterusan memastikan anaknya dijaga baik walau tiada suami disisi, tiada wang ringgit, tiada bekalan. Tidak berputus asa berlari-lari anak berulang kali dari safa ke marwah untuk mendapatkan air untuk diminum dan menyusui anaknya. Namun setiap kali itu, bukan air yang ditemui akan tetapi ianya hanyalah bayangan haba dari jauh yang nampak seperti air. Disebalik seorang lelaki, suami & ayah yang hebat itu iaitu Nabi Ibrahim serta seorang anak yang sabar dan taat itu iaitu Nabi Ismail, pernahkah kita menyingkap ada seorang insan bernama WANITA, ISTERI dan IBU itu...
Comments