‘Hmmmm’ Bunyi hidung Helmi kedengaran membau sesuatu. ada bunyi ehh bau. ehhh??
Helmi terbau sesuatu. Bau seperti ayam yang sedang dipanggang. Sekejap-sekejap bau nya bertukar menjadi pahit2. Seperti bau tok dukun membakar kemenyan. Ehhh??
Bau yang sering bertukar-tukar tu menyebabkan hidung Helmi berasa sakit. Lalu dia terjaga dari tidurnya yang nyenyak. Habis bantalnya menjadi peta. Sehingga tercipta banyak negara2 baru yang tak pernah wujud.
Helmi masih lagi mamai, tidak dapat melihat di sekelilingnya. Tapi, dia merasakan suatu habang yang terlalu panas, seakan-akan dirinya dimasukkan di dalam ketuhar kek ibunya.
Saat mata helmi terbuka, di tersedar.
‘Ya ALLAH, rumah aku!!!!
Helmi tersentak melihat sang api sedang dengan lahapnya menjilat rumahnya. Dia pun tidak selahap itu apabila menjilat lolipop ketika zaman kanak-kanaknya ketika menonton dragonball. Ehhh???
Helmi tiba-tiba buntu. Tidak tahu apa patut dia lakukan. Mana taknya, baru bangun tidur. Tiba2 tgok rumah sedang dijilat api. Rakus pulak api tu.
‘Ya ALLAH, apa aku nak buat ni.’
Helmi terus merungut kesendirian. Hendak dia memadamkan api tu, amatlah mustahil. Api dah besar ,macam tu kalau bomba nak padam pun sehari suntuk tak habis.
Tiba2, dia terfikir. Lari!!!!
Yes, tepat! Itu je pilihan dia yang boleh buat ketika itu, lari daripada rumah terbakar tu. Keluar selamatkan diri. Tapi,,,,,
‘Ehh, Jepp! Ada tapi2 pulak, karang mati pulak si Helmi tu. Lari je laaa’
Taman Syurga kan lagi indah....
Tapi, saat helmi membuka tombol pintu rumahnya, dia terlihat ada ramai yang masih tertidur dibuai mimpi2 indah. Bermimpikan berlari-lari di taman. Berbaring di rumput yang lembut ibarat permaidani terbentang di istana. Mimpi didatangi bidadari dan bidadara. Ehhh?
Helmi tersentak. Di sekali lagi, dihadapkan dengan pelbagai pilihan,,,
mengapa sering terjadi,,,
pilihan tak menepati,,,
hingga amat menakutkan,,,,
menghadapi masa depan,,,,
seolah….
Chopp!!! Apa merepek ni Jepp???
Oppsss, sorry. Ana pulak yang mamai tetiba. Pffttt
Ya, Helmi ada dua pilihan lari menyelamatkan dirinya sendiri. Dan meninggalkan kawan2 yang masih dibuai mimpi basah atau kering itu bermain diminda mereka. Ehhh??
Ataupun, masa yang masih ada tu, dia gunakan untuk kejutkan kawan2 nya. Sebelum rumah itu hangus dimakan dan dikunyah-kunyah oleh api sehingga mengeluarkan sendawa yang kuat. Ehhh?
Hendak dia kejut. Takut tak sempat. Takut termakan dirinya sendiri.
Nak lari bersendirian. Dia sangat sayangkan semua kawan2 nya. Dek kerana telah berjanji sehidup semati dengan kawan2 nya. Dek kerana Fakhrul masih belum membayar hutang RM23.50 untuk membeli baju T palestin ketika menghadiri ceramah Aman Palestin tempoh hari. Ehhh??
Helmi tanpa berfikir, dia terus! Terus….
Ya, dia terus mengejutkan seboleh-bolehnya, seramai mungkin rakan2 seperjuangannya untuk sama2 keluar dari rumah terbakar itu. Dari kejahiliyyan itu. Uppssss…
‘Eh, apa kaitan ni. Rumah terbakar. Jahilyyah. Apa tu? Rumah terbakar, terbakar laa. Jahilyyah tu kan zaman yang before nabi dihantar tu. Alahai Jepp, takkan tak tahu kut…’
Ahaha!!! Gelak guling-guling.
takkan kita lagi teruk dari zaman jahiliyyah?? yes! itu realiti...
Baiklah, anta sebut pasal zaman jahiliyyah tadi. Bagus, nampak di situ??
Jom kita bayangkan. Kita fikirkan. Macam mana hidup zaman jahilyyah dulu.
‘Saya, saya! Saya nak jawab! Zaman jahiliyyah ada tanam anak, minum arak, berjudi, zina, main futsal bukak aurat, tidur pakai boxer, COUPLE, dan…. Ehhh?
Kalau zaman sekarang pulak??
‘Hmmmm’
Eh, kenapa hmmmm saje? Something wrong??
Share dari Fb
‘Macammmmm. Macam sama je akh.’
See??? Nampak tak permainan dia kat situ. Ahaha. Kita boleh samakan laa yang si Helmi tu dia sedang lena dibuai mimpi, bermain dalam angan2 di zaman yang serupa tapi tak sama dengan zaman jahiliyyah dulu. Bahkan lebih teruk.
nak tegok pun tak sanggup...
Kalau dulu, tanam anak. Kira baik la tu kan dorang simpan elok2 dalam tanah. Kita sekarang campak anak dalam lubang jamban, tepi longkang, tong sampah.
Kan?? Nampak tak? Siapa lagi jahil? Siapa lagi bodoh? Zaman jahiliyyah ke kita? Astaghfirullah…
Dan, si Helmi dah tersedar dari tidur tu. Dan dia sedar dia berada di rumah terbakar. Dia nak keluar dan alhamdulillah dia tak nak keluar sengsorang.
Kalau kita????
it's time to change, people...
..BraderJepp..
P/S: Dengan analogi, sesuatu mudah difahami kan. Semoga ALLAH bagi kefahaman Islam pada semua :)
Comments