Skip to main content

Pejuang Subuh Yang Berjaya

Solat adalah salah satu cara kita berbicara dengan Allah. Dan sujud merupakan saat paling hampir kita dengan-Nya.
Solat juga adalah bukti rasa bertuhan dan pengharapan kita sebagai hamba-Nya.
Yakin dengan kekuasaan-Nya dan bersyukur atas semua nikmat-Nya yang begitu banyak. Dan itulah tanggungjawab hakiki kita diciptakan; untuk beribadah kepada Allah selain menjadi khalifah di atas muka bumi ini.
Subuh adalah solat yang wajib yang dilakukan dalam tempoh sewaktu fajar menyinsing sehingga terbitnya matahari sebanyak 2 rakaat.
"Solat ini adalah sangat berat bagi orang munafik. Mereka akan berasa malas untuk menunaikannya."
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ketika seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga simpulan di kepalanya. Untuk setiap simpulan ia menyatakan, ‘tidurlah engkau sepanjang malam’. Ketika dia terbangun lalu menyebut nama Allah SWT, maka lepaslah satu simpulan. Jika dia berwuduk, lepas lagi satu simpulan dan jika dia solat terbukalah semua simpulan. Ketika bangun waktu pagi, dia berasa penuh bersemangat dengan badan yang sugar-bugar. Jika tidak, dia akan bangun waktu pagi dengan perasaan serba tidak selesa dan malas.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Kelebihan solat subuh ini adalah keberkatannya (terutama jika memulakan hari dengan mencari rezeki), kita akan lebih bersemangat dan perjalanan kita mencari rezeki akan dirahmati selain dapat menyelamatkan kita daripada azab api neraka.

Cara untuk mudah bangkit solat Subuh

  • Jauhi dosa. Cuba menjauhi perkara-perkara yang Allah larang.
  • Zikir sebelum tidur.
  • Lazimi istighfar. Selalulah amalkan. Rasulullah SAW walaupun maksum namun tetap tidak pernah meninggal istighfar.
  • Pegang niat sungguh-sungguh nak bangun Subuh sebelum tidur.
  • Tidurlah dalam keadaan berwuduk.
  • Lakukan solat sunat witir sebelum tidur.
  • Akhir sekali gunakan alat bantu bangun, seperti jam loceng, orang dan sebagainya untuk membantu kita bangun.
Daripada Abu Zuhair iaitu Umarah binti Ruwaibah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidak masuk neraka seseorang yang sembahyang sebelum terbit matahari dan juga sebelum terbenamnya, iaitu sembahyang Subuh dan sembahyang Asar.” (Hadis Riwayat Muslim)
Isilah hati dengan perkara-perkara baik. Ikhlaskan semua ibadah kita.
Semoga Tuhan teguhkan iman, ampuni dosa-dosa-dosa kita dan kita mampu menjadi pejuang subuh yang berjaya! Insya-Allah.
Kredit : ILuvIslam

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN ISLAMIK : ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia. Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook; yang mana dahulunya cukup terkenal sebagai akhi yang sering yang bermujahadah dan istiqamah dalam dakwah, kini hanyut dengan arus cinta manusia. Gambar-gambar bersama teman wanita menghiasi ‘profile pictures’ sahabat-sahabatnya. Tidak kurang juga bagi akhwat, yang dahulunya sangat dihormati kerana menjaga batas pergaulan, tunduk apabila berbicara membuktikan kukuhnya iman, kini alpa dengan arus pemodenan. Hijab yang dahulunya menjadi duri bagi setiap kumbang yang ingin hinggap pada m...

Surah Ar Ra'd ayat 28

Bagaimana nak hati menjadi tenang? Ingatlah Allah. Jika hati sentiasa berniat baik, Allah akan pertemukan dengan hal yang baik, orang-orang baik, tempat yang baik dan kesempatan untuk berbuat baik. InsyaAllah.

Doa Qunut Nazilah

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ (اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ اللَّهُمَّ يَا الله. يا الله. يا الله إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم TERJEMAHANNYA: Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x), Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PALESTIN YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH RAKYAT PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN TENTERA REJIM ZIONIS ISRAEL LAKNAT YA ALLAH KAU SELAMATKANLAH MASJID AL-AQSA DARI TERUS MENJADI SASARAN PIHAK YAHUDI LAKNAT YA ALLAH KAU TAMBAHKAN LAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG PALESTIN YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KANAK2 ...