SELAMAT TAHUN BARU 2019
Semoga di tahun yang baru, tumbuh semangat baru untuk meraih kejayaan baru.
Di tahun yang baru,
Didik diri untuk takut melakukan maksiat/dosa dan meletakkan pengharapan semoga Allah menerima setiap amalan kita.
Pertingkatkan amalan biar sedikit asalkan berterusan. Sebagai contoh, jika sebelum ini hanya menunaikan Solat Dhuha 2 rakaat kali ini tingkatkan kepada 4 rakaat. Jika sebelum ini jarang sekali berpuasa sunat Isnin dan Khamis kali ini cuba usaha puasa Isnin dan Khamis setiap minggu jika tidak mampu dua2 hari boleh salah satu dahulu dan dalam masa yang sama cuba pertingkatkan untuk puasa 2 hari. InsyaAllah.
"Semoga Allah SWT sentiasa membuka banyak peluang kepada anda untuk meneroka setiap kegembiraan dalam hidup anda dan membuat semua keputusan anda menjadi kenyataan."
Ikhlas daripada Nisa’ Pulau Pinang
1 Januari 2019
24 Rabiul Akhir 1440H
1 Januari 2019
24 Rabiul Akhir 1440H
Comments