Skip to main content

Usah Mencari, Berusahalah Menjadi!


“The older you get, the more you really just want someone with iman in the heart, a warm smile and arms that will hold you tight forever.” – The Wondering Ukhti
Manusia memerlukan cinta, betul ke?
Betul, cinta adalah fitrah manusia, tidak dapat tidak hidup kita pun sebenarnya berlandaskan cinta, dengan cinta ibu dan ayah kita, dengan cinta dan kasih sayang Allah maka kita wujud di dunia ini.
Semuanya sebab cinta, lalu mana mungkin cinta dipinggirkan, kita sememangnya hidup dengan cinta dan tidak keterlaluan jika dikatakan kita tidak boleh hidup tanpa cinta.
Cinta ni, terbahagi kepada banyak cabang. Cintakan ilmu, cintakan ummah, cintakan kedamaian dan ketenangan, cintakan manusia dan alam sekeliling.
Namun, sedalam manapun cinta kita tu terhadap sesuatu atau seseorang masih tidak akan mampu menandingi cinta Pencipta kita, yakni Allah.
Bercerita tentang cinta, lalu mata yang mengantuk tiba-tiba dirasakan segar, seronoknya kita bila teringat akan cinta yang kita sedia maklum cinta sememangnya, hanyut dibuai perasaan hingga kadang tergelincir dari landasan dan senang untuk melupakan Tuhan, hebatnya penangan cinta.
Tanpa kita sedar kita telah melupakan siapa sebenarnya pemilik cinta.
Apa itu cinta? Cinta adalah perasaan, betul.
Tapi yang sebenarnya cinta adalah sesuatu yang mendekatkan kita dengan Tuhan, semakin cinta maka semakin bertambah cinta dengan Tuhan. Apa-apa sahaja yang membawa kita kepada Allah adalah cinta. Senyum, begitu rupanya cinta.
“Apabila cintamu mengenal Tuhan, maka jadilah cintamu berstatus tinggi” – Ustazah Fatimah Syarha
Sebut cinta juga, takkan lari daripada cinta lelaki dan perempuan, sememangnya fitrah begitu, lelaki akan tertarik kepada dan perempuan juga akan tertarik kepada lelaki, jadi mana-mana yang selain dari itu akan mendatangkan kemurkaan sebab sudah lari daripada kebiasaan.
Apa yang dikatakan, “Usah Mencari, Berusahalah Menjadi” ni? Sebab bila kita cinta, mesti ada impian yang kita pasang, nak pasangan kita macam tu, macam ni. Betul tak?
Tak boleh ke kita nak pasang impian macam tu?
Wallahi, sememangya boleh tapi usahlah terlalu tinggi menggunung harapan, bimbang nanti jika Allah hadirkan pasangan yang berlainan daripada apa yang kita impikan, apa yang kita doakan, kita jatuh tersungkur kecewa, lalu menyalahkan Tuhan.
Boleh jadi pasangan yang Allah bagi pada kita adalah ujian, ujian untuk menambah iman. Senyum.
Kita pasang impian macam-macam, kita nak pasangan yang baik, kita nak yang indah-indah sahaja.
Allahu, kita terlupa. Kita juga manusia, pasangan kita juga manusia, manusia tak sempurna, pasti akan ada kekurangan, bukankah kita dicipta untuk saling melengkapi?
Justeru, kitalah dulu yang sepatutnya mempersiapkan diri dalam nak menerima pasangan kita, siapkan diri kita untuk sama-sama melengkapi, berdoa tidak salah sayang.
Doalah pada Allah kita nakkan pasangan kita macam mana. Pasti Allah beri.
“Saya dah doa, tapi Allah tak makbulkan pun, pasangan pun saya belum jumpa.”
Firman Allah (mafhumnya): “Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku Hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah;  Ayat 186)
Makanya, berdoa boleh. Membina impian tentang jodoh dan pasangan juga boleh, tapi jangan dilupa dengan diri sendiri.
Jika inginkan seperti Muhammad SAW, berusahalah menjadi seperti Khadijah. Kita baiki diri kita mana yang kurang, tetapi harus diingat, baiki diri bukan sebab inginkan jodoh yang baik sahaja, tetapi berusaha berazam untuk membaiki diri supaya diri disayangi Allah.
Jika jadi yang baik-baik, inshaAllah Allah juga akan berikan yang baik-baik kepada kita termasuklah jodoh.
Kepada yang sudah bertemu jodoh, didoakan semoga kalian berkekalan sampai ke syurga, pada yang belum bertemu jodoh, usah khuatir, cinta itu datang daripada Allah.
Sampai masanya nanti, Allah akan berikan jodoh yang paling baik untuk kalian, senyum.
Semoga kita semua dikurniakan jodoh yang mampu membawa kita kembali kepada Allah dan menyambung lagi kisah cinta kita di syurga Allah SWT. Aaamiin.
“Your life is nothing more than a love story. Between you and God. Nothing more. Every person, every experience, every gift, every loss, every pain is sent to your path for one reason, and the only reason: to bring you back to Him”. – Yasmin Mogahed
Jangan terlalu berharap dengan cinta manusia, bimbang nanti jatuh hati tersungkur mati.
Usah mencari dan berharap pada yang sempurna, tapi berusahalah untuk menjadi yang lebih baik, berusaha menjadi yang meletakkan Allah sebagai cinta tertinggi, dan semuanya akan okey!

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN ISLAMIK : ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia. Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook; yang mana dahulunya cukup terkenal sebagai akhi yang sering yang bermujahadah dan istiqamah dalam dakwah, kini hanyut dengan arus cinta manusia. Gambar-gambar bersama teman wanita menghiasi ‘profile pictures’ sahabat-sahabatnya. Tidak kurang juga bagi akhwat, yang dahulunya sangat dihormati kerana menjaga batas pergaulan, tunduk apabila berbicara membuktikan kukuhnya iman, kini alpa dengan arus pemodenan. Hijab yang dahulunya menjadi duri bagi setiap kumbang yang ingin hinggap pada m...

Surah Ar Ra'd ayat 28

Bagaimana nak hati menjadi tenang? Ingatlah Allah. Jika hati sentiasa berniat baik, Allah akan pertemukan dengan hal yang baik, orang-orang baik, tempat yang baik dan kesempatan untuk berbuat baik. InsyaAllah.

Doa Qunut Nazilah

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ (اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ اللَّهُمَّ يَا الله. يا الله. يا الله إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم TERJEMAHANNYA: Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x), Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PALESTIN YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH RAKYAT PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN TENTERA REJIM ZIONIS ISRAEL LAKNAT YA ALLAH KAU SELAMATKANLAH MASJID AL-AQSA DARI TERUS MENJADI SASARAN PIHAK YAHUDI LAKNAT YA ALLAH KAU TAMBAHKAN LAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG PALESTIN YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KANAK2 ...