share dari blog ini.
Kerana, Rasulullah SAW telah mengingatkan kita;
Kerana, Rasulullah SAW telah mengingatkan kita;
"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan"
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu 'anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Melihat keadaan anak-anak muda yang masih berada di alam persekolahan, menjadi kerisauan tatkala mereka meletakkan status 'Engaged' di FB masing-masing, tidak terkecuali kepada mereka yang 'so-called' Muslimah.
Adik-adik sekalian,
Sekalipun pertunangan itu boleh terjadi hanya dengan penerimaan pihak perempuan tanpa melalui wali (ibu bapa), tetapi kena ada adab-adab yang perlu dijaga sebagai seorang Muslim dan Muslimah.
Kesilapan kecil ini sering terjadi tidak kira kepada mereka yang faham agama mahupun mereka yang baru bertatih belajar agama. Boleh jadi, mereka yang faham agama ini terlupa walaupun sebenarnya ramai yang sengaja kerana kefahaman yang cetek tentang Islam itu sendiri. Namun, ia bukan menjadi alasan untuk mereka yang faham membiarkan perkara itu terus berlarutan apatah lagi terhadap diri mereka sendiri sebagai pelaku perbuatan tersebut.
Pertunangan hanyalah satu ikatan yang tidak rasmi yang mana ia boleh terputus bila-bila masa sahaja tanpa melalui proses yang formal. Maka, bayangkan sekiranya perkara itu dihebahkan kepada orang ramai kemudian ia terputus begitu sahaja. Bukankah ia mengundang malu kepada si perempuan itu ?
Ada yang tidak ambil peduli akan hal dan tidak kisah kalau diputuskan pertunangan kerana ia sudah menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat. Bukan setakat bertunang, yang belum bertunang pun perangai mereka lebih daripada mereka yang sudah berkahwin. Berjalan berdua-duaan ke sana ke mari seperti pasangan suami isteri. Siapa mereka? Golongan REMAJA yang hanyut dibuai bayang-bayang di siang hari.
Adik-adik yang diaksihi sekalian,
Abang yang menulis ini juga pernah melalui kesilapan yang sama dan atas dasar itu Abang cuba mengingatkan adik-adik semua akan perkara yang perlu dielakkan ini apatah lagi tatkala kita berada dalam kelompok yang dikenali sebagai 'Ustaz' n 'Ustazah'. Abang lebih suka menegur adik-adik di bawah Abang sebab Abang rasa, masih banyak peluang untuk adik-adik semua mengubah perkara yang tidak patut itu berbanding dengan mereka-mereka yang seusia dengan abang, yang mana mereka sendiri sudah boleh berfikir baik buruk hasil daripada tindakan mereka sendiri.

Kita sebagai Ejen Dakwah mesti menjaga adab-adab pergaulan dalam kehidupan seharian kerana kita akan menjadi tumpuan masyarakat. Kesilapan yang sedikit bakal mencalarkan imej dakwah yang kita pikul kerana masyarakat kita ini lebih suka untuk terus menghukum daripada memberi peluang kepada diri mereka sendiri untuk menilai kesilapan tersebut yang juga merupakan kekurangan sebagai seorang manusia.
Apa yang penting, kesilapan yang dilakukan, jangan dibiarkan berpanjangan. Perbaiki selagi berkesempatan. Dan yang paling penting, ingatlah pesanan Rasulullah SAW di atas, Rahsiakan Pertunangan ~
Comments