Skip to main content

Cinta Yang Terpendam

share dari blog ini.

Hadirnya perasaan itu, bukan atas dasar paksaan. Ia hadir seiring dengan perubahan fitrah insani yang dikurniakan dengan hati dan perasaan. Ia bukan suatu bebanan, bukan pula suatu kepayahan. Tetapi ia adalah anugerah terindah.

Tidak dinamakan seorang manusia andai tiada sedikit pun perasaan dalam dirinya. Demikian juga haiwan, yang punya perasaan sekalipun mereka tidak dikurniakan akal fikiran, seperti manusia biasa. Cuma, mereka tidak mampu menterjemahkan perasaan itu melalui ungkapan kata-kata kepada manusia. Sebaliknya hanya menunjukkan tindakan mereka yang didasarkan kepada perasaan. Namun, tidak semua manusia memahaminya.

Adakah itu dinamakan Cinta Yang Terpendam?

Yang terpendam itu sesungguhnya tersembunyi daripada kata-kata tetapi tidak pada tindakan. Tindakanlah yang akan menterjemahkan rasa cinta itu yang sememangnya amat sukar untuk diungkapkan. Mungkin beratnya bibir untuk menyatakannya kerana tidak ada keberanian, atau tidak ada keyakinan untuk berhadapan sebarang kemungkinan. Takut untuk bertemu jawapan yang mungkin sekali tidak bertepatan dengan keinginan di hati?

Lalu, memilih untuk memendamnya sedalam yang mungkin?

Tahniah !!! Sungguh itu adalah jalan yang TERBAIK.

Kenapa pula TERBAIK ???

Sesuatu yang amat bernilai, tidak mungkin akan terbiar begitu sahaja. Demikian juga sebuah perasaan yang sekian lama tersimpan, terpendam, tersusun kemas di dalam hati, tidak pernah disentuh, hatta tidak pernah berubah sekalipun dilanda dugaan yang maha hebat. Perasaan itu, ia amat berharga. Sungguh !

Mana mungkin perasaan itu diluahkan sesuka hati. Andai demikian, apalah nilainya jika setiap orang mendapatkan bahagian perasaan itu? Semuanya sama. Tiada yang istimewa.

Jangan pernah menyesali dengan perasaan yang terpendam tidak terluah kerana sekalipun perasaan itu tidak diketahui orang lain, tidak pernah berbalas, ia tetap sesuatu yang bernilai. Nilainya adalah sebuah KESETIAAN. KESTIAAN itu adalah bukti bahawa cinta itu amat berharga. Cinta yang berharga tidak akan tumpah sewenang-wenangnya dan yang pasti, tidak mudah berubah-ubah.

Comments

Popular posts from this blog

Ibrah Aidiladha

"Wanita jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail." . Suka untuk share 1 pengajaran dari peristiwa korban ini. Siti Hajar, seorang isteri dan ibu. Taat perintah ALLAH dengan cara (meredhai anaknya di sembelih, meredhai dirinya ditinggalkan bersama Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim yang mempunyai urusan diluar kota). Tidak mengeluh apapun beliau, berterusan memastikan anaknya dijaga baik walau tiada suami disisi, tiada wang ringgit, tiada bekalan. Tidak berputus asa berlari-lari anak berulang kali dari safa ke marwah untuk mendapatkan air untuk diminum dan menyusui anaknya. Namun setiap kali itu, bukan air yang ditemui akan tetapi ianya hanyalah bayangan haba dari jauh yang nampak seperti air. Disebalik seorang lelaki, suami & ayah yang  hebat  itu iaitu Nabi Ibrahim serta seorang anak yang sabar dan taat itu iaitu Nabi Ismail, pernahkah kita menyingkap ada seorang insan bernama WANITA, ISTERI dan IBU itu...

How to Complete Reading the Quran in 21 Days.

“Ramadan is the (month) in which the Quran was sent down, as a guide to mankind and a clear guidance and judgment (so that mankind will distinguish from right and wrong) ”  (2:183) In honour and remembrance of that, some would devote time to complete reading and understanding the Quran during Ramadhan.  There are many other ways to complete reading the Quran during Ramadhan. Do what works for you. Below is my sharing on how to complete reading the Quran within 21 days. Other than Tarawih, reading the Quran during Ramadhan is good. There are  30 juz  with  6236 verses (ayat)   in the Quran. In  21 days , you need to read in average  300 verses , and allocate  4-5 hours  a day, should you want to complete the Quran. This is assuming it takes  1 min  to read a verse. Many can read a verse in less than 30 seconds. 1. How can you find 4-5 hours/day? Whether or not you are working, you can find time within these sl...

Faridah jadi aspirasi pelajar ACCA, perakaunan UiTM

Date: 29 Nov 2004 Publication: Berita Harian PROFESOR Madya Faridah Ahmad adalah salah seorang ahli ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) yang mengambil keputusan untuk memberi sumbangan melalui pendidikan. Kini, setelah memiliki pengalaman luas di dalam dan luar negara, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Perakaunan, di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Sejarah beliau dengan ACCA bermula selepas menamatkan pengajian sekolah menengahnya pada 1970-an. Faridah kemudian mengambil kursus Diploma Perakaunan di UiTM pada 1972. Tiga tahun kemudian, Faridah dengan berbekalkan sijil diploma memulakan kerjayanya dalam industri kewangan dan perakaunan. Dengan semangat dan daya usaha tinggi, Faridah mempelajari teori perakaunan, kewangan sehingga beliau mampu memegang jawatan lebih tinggi. Namun, untuk menjadikan beliau lebih berjaya di bidang perakaunan, beliau perlu kelayakan profesional. Atas keperluan itulah, Faridah m...