Skip to main content

Serikandi Islam


Sayu melihat wajah-wajah ini. Sosok pejuang yang pergi di usia muda. Perginya mereka meninggalkan kesan di hati.

Siti Hajar binti Ahmad Sabir, 20 Januari 2013
Ahmad Ammar Ahmad Azzam, 2 November 2013
Ezzat Nor Azam Abdullah Hadi, 13 Mei 2014
Shaifullah Idlan Rozlan, 14 Mei 2014

Melihat mereka saya teringat satu sosok itu.

Pagi tu, sama-sama bangun dengan dia, bangun nak bersahur, puasa sunat bersama
sahabat.

Bangun pagi, masak bersama-sama ikan goreng, nasi, bersama kobis masak dengan air. Berselera sungguh semuanya.semua senyum-senyum, gelak sebab ikan hangus.

Lepas sahur, kemas-kemas, semua bersiap, bersedia untuk solat subuh berjemaah, bersama
khairun, Hajar dan Aisyah.Kak Masyitah jadi imam.

Lunak, sedap sungguh suaranya, beralun-alun, yang mendengar pun sebak, surah as-sajadah!

Subhanallah.

Selesai, masing-masing ke meja belajar, fatrah imtihan, semua bertungkus lumus.Pagi-pagi belajar, biasanya sangat bagus, cepat saja terasa ilmu masuk dalam kepala, rasa segar, buka tingkap,hirup udara pagi.

Kak Masyitah, biasanya dialah paling rajin, tak duduk diam .Walaupun minggu imtihan, tetap paling tenang, pelajar yang cemerlang akhlak dan akademik.

Senyumannya yang buat kami
jatuh cinta, walaupun ada masalah, tak pernah nampak mukanya tak senyum. Boleh kata
sepanjang masa dia senyum.Manis sekali.

Pagi tu, kak Masyitah mandi awal dari semua. Biasanya memang dia lah. Yang lain masih sibuk menelaah buku.

Sempat lagi,kak Masyitah pesan;

"Al-Quran warna pink tu ,ada atas almari,akak nak bagi kat adik usrah akak, Insyirah tu, ada kat atas almari, nanti tolong akak bagi kat dia ye".

Angguk.Dia senyum lagi.

Lama tunggu kak Masyitah keluar dari bilik air. Terdetik dalam hati 'lamanya kak Masyitah dalam bilik air'

Selalunya paling lama dalam bilik air pun sejam lah, sebab nak cuci baju sekali. Ketuk pintu bilik air,panggil kak Masyitah.Tak ada yang menyahut.Ketuk lagi beberapa kali.

Panggil Khairun, Hajar dan Aisyah sekali.

Semua muka blur + cemas.

"kak Masyi, Kak Masyi, Kak Masyi!".

Sambil tangan mengetuk pintu bilik air.

Khairun dan Aisyah berlari, ambil pisau dan sudu.

Buka pintu bilik air, nampak Kak Masyitah terbaring di sudut sebelah kiri, tangannya memegang dada. Bau gas dan wap air panas.

Segera buka tingkap, Hajar berlari ke ruang tamu, menelefon ikhwah.

Dalam perjalanan ke hospital nampak muka Kak Masyitah pucat, kuku dah jadi kebiru- biruan. Tapi tetap nampak mukanya seperti tersenyum. Kami semuanya dah mengalirkan air mata. Semuanya dah tahan sebak, tak nak bagi Kak Masyitah nampak. Rasa nak peluk Kak Masyitah saja masa tu.

Bila sampai hospital, terus pergi ke bahagian emergency, masa tu tak tahu dah jadi apa, macam tak mampu nak berfikir.

'Allah, ujian lagi kah ini?'

Pergi ke surau, mohon sangat-sangat Allah tolong selamatkan Kak Masyitah.

Doa sampai mengalir air mata tak henti-henti.

" Bantulah Kak Masyi ya Allah.."

Tak tertahan empangan air mata, jatuh berderai.

Hajar dan Aisyah pun sama, Khairun ada kat bawah.

Bila turun, nampak dah ramai yang datang ziarah Kak Masyitah.

Berdebar-debar.

Khairun datang. Matanya dah bengkak.

"Kak Masyitah dah tak ada".

Pap! Umpama bunyi petir menyambar telinga.
Rasa tak percaya.

'Kak Masyitah dah tak ada.'
"Kak Masyitah dah tak ada'
"Kak Masyitah dah tak ada'

Berulang-ulang.

Terngiang-ngiang di telinga.

Rasa kosong sangat.

Khairun, Aisyah , Hajar, masing-masing berpelukan sesama sendiri.

Ya. Kak Masyitah dah tak ada.

Tak ada..Allah..

Balik..
Rasa..
Hilang.....
Sunyi...
Sepi.. : 

Senyuman Kak Masyitah, karenahnya, akhlaknya, semangatnya, auranya, suaranya
menjadi imam, bacaan Al-quran sewaktu bertadarus, terasa hadir di mana-mana, di segenap ruang.

Beliau sudah pergi. Insya-Allah husnul khotimah.

Srikandi yang sangat tabah, tak lekang semangat dakwahnya, yang sentiasa positif menghadapi hidupnya.

Kadang-kadang teringin nak jadi seperti kak Masyitah.

Nak kumpul kekuatan, kenang balik dirinya.

Moga engkau tenang disana kak Masyitah.

Walaupun dirimu sudah pergi bertahun lamanya, namun bagai semalam terasa bersama. Kekal di dalam hati.

Semoga tenang di sana.

Semangat perjuangan yang akan kami bawa dalam hidup ini sebelum pergi menemui Ilahi..

by : Nur Farah Ahmadi

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN ISLAMIK : ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia. Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook; yang mana dahulunya cukup terkenal sebagai akhi yang sering yang bermujahadah dan istiqamah dalam dakwah, kini hanyut dengan arus cinta manusia. Gambar-gambar bersama teman wanita menghiasi ‘profile pictures’ sahabat-sahabatnya. Tidak kurang juga bagi akhwat, yang dahulunya sangat dihormati kerana menjaga batas pergaulan, tunduk apabila berbicara membuktikan kukuhnya iman, kini alpa dengan arus pemodenan. Hijab yang dahulunya menjadi duri bagi setiap kumbang yang ingin hinggap pada m...

Surah Ar Ra'd ayat 28

Bagaimana nak hati menjadi tenang? Ingatlah Allah. Jika hati sentiasa berniat baik, Allah akan pertemukan dengan hal yang baik, orang-orang baik, tempat yang baik dan kesempatan untuk berbuat baik. InsyaAllah.

Doa Qunut Nazilah

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ (اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ اللَّهُمَّ يَا الله. يا الله. يا الله إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم TERJEMAHANNYA: Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat, Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x), Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH PALESTIN YA ALLAH KAU SELAMATKAN LAH RAKYAT PALESTIN DARI TERUS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN TENTERA REJIM ZIONIS ISRAEL LAKNAT YA ALLAH KAU SELAMATKANLAH MASJID AL-AQSA DARI TERUS MENJADI SASARAN PIHAK YAHUDI LAKNAT YA ALLAH KAU TAMBAHKAN LAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG PALESTIN YA ALLAH KAU LINDUNGILAH KANAK2 ...