Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Ibrah Aidiladha

"Wanita jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail." . Suka untuk share 1 pengajaran dari peristiwa korban ini. Siti Hajar, seorang isteri dan ibu. Taat perintah ALLAH dengan cara (meredhai anaknya di sembelih, meredhai dirinya ditinggalkan bersama Nabi Ismail oleh Nabi Ibrahim yang mempunyai urusan diluar kota). Tidak mengeluh apapun beliau, berterusan memastikan anaknya dijaga baik walau tiada suami disisi, tiada wang ringgit, tiada bekalan. Tidak berputus asa berlari-lari anak berulang kali dari safa ke marwah untuk mendapatkan air untuk diminum dan menyusui anaknya. Namun setiap kali itu, bukan air yang ditemui akan tetapi ianya hanyalah bayangan haba dari jauh yang nampak seperti air. Disebalik seorang lelaki, suami & ayah yang  hebat  itu iaitu Nabi Ibrahim serta seorang anak yang sabar dan taat itu iaitu Nabi Ismail, pernahkah kita menyingkap ada seorang insan bernama WANITA, ISTERI dan IBU itu...

Hikmah Sedekah

"Semakin sedekah, semakin kaya." "Ada RM50 je ni dekat tangan, dalam bank ada RM22.15. Macam mana nak survive untuk beberapa minggu ni?" Bisik hati kecil ini. "Dah plan nak ke Port Dickson ada PRK Port Dickson minggu ini, semua pakat turun infak tenaga." "Sayangnya tak dapat turun sebab dah dekat sangat dengan Shah Alam." Google harga tiket bas pergi balik Shah Alam ke Port Dickson. Alhamdulillah okay cukup. Tapi nanti macam mana nak survive nak makan, dan kelas lagi. Sebab sejenis orang yang tak suka beritahu ibu ayah duit dah habis. Hmm. "Kena cancel lah ni nak ke Port Dickson." Sedih sangat. Log in Bank Islam, nak buat online banking transfer ke akaun PAS untuk pujuk hati dan diri ini, "Takpelah tak dapat pergi sana, dapat infak sikit pun jadilah." Masa ni kempen dari Ustaz Idris Ahmad, kempen infak PRK Port Dickson RM10. "Alhamdulillah, done transfer RM10 ke akaun PAS." Ada la...

Allah Bagi Cuti aka ABC?

Allah Bagi Cuti? Here we go! Semoga bermanfaat.

Mutabaah Amal.

Let’s be a productive and better Muslim. InsyaAllah  🌸

Cintailah wanita yang suka membaca.

Tatkala kita sibuk membawa dia ke shopping mall untuk berbelanja, tempat utama yang dituju adalah kedai buku dan bukannya  kedai emas permata. . Cintailah wanita yang suka membaca. . Kerana dia bukan sahaja cintakan ilmu, bahkan dia cintakan Tuhan pemilik ilmu. Dan apabila cinta Tuhan memayungi segalanya. Sempurnalah hidup kita sebagai hamba. . Cintailah wanita yang suka membaca. . Orang yang berilmu ini darjatnya di angkat, hidupnya berkat. Rezekinya murah, hidupnya dipermudah. Kerana ilmu menyempurnakannya. . Cintailah wanita yang suka membaca. . Kerana cinta ilmu yang dia rasa, bukannya cinta manusia yang sementara. Sekelumit cinta buat manusia yang ada di dadanya pasti berpaksikan ilmu dan cinta Pencipta. . Jadi cintailah wanita yang suka membaca, pimpinlah tangannya. Agar kita juga dapat menjejakkan kaki bersamanya di syurga.  💌

Dr Dinie ^^

Selamat Hari Doktor Sedunia! Darjah 4. Apa cita-cita kamu? Saya ingin menjadi seorang Doktor. *I’m so into it. I want to be a Doctor that could serve Ummah! Tingkatan 2. Lepak di dewan makan dan terjumpa buku bio. Ambil dan baca. Mula dari hari tu seorang dinie baca buku Bio dan semakin kuat cita-cita ingin menjadi seorang Doktor. Tingkatan 4. Masuk kelas sains fizikal (fizik,kimia & akaun) takde rezeki nak ambik biologi. Dan time tu kalau tak silap tak ramai juga cikgu bio. Salah satu sebab kenapa pilih untuk tak tukar ke kelas bio. Seorang pencinta Subjek Sains since sekolah rendah sampai sekolah menengah. Dan sebab tu masa jadi cikgu di SRIBU paling excited mengajar Sains sebab nak mereka (anak2 murid) minat dan suka subjek Sains macam mana cikgu dia ni suka sangat Sains  😂 Dinie minat Sains dulu sebab cikgu yang mengajar Sains semua best. Haha.  🤣 Darjah 4 - Cikgu Tengku Zakaria Darjah 5 - Cikgu Saifulizam Ibrahim Darjah 6 - Wan Nor Azlina K...

Aku & Al Quran

Pesannya ringkas namun membawa seribu makna,  "Carilah sesuatu yang menjadi asbab untuk kau terus jaga Al Quran," pesan Ust Uqbah.  Ada orang, seusai sahaja menkhatamkan hafalannya terus menyambung pengajian ke bidang yang lain. Ada juga orang yang seusai sahaja tamat pengajian dalam bidang Al Quran, lari ke pekerjaan bidang lain pula.  Ada yang bercita cita menjadi seorang doktor al hafiz, ada juga ingin menjadi usahawan al hafiz yang berjaya. Namun bukanlah gelaran itu sahaja yang dikejarkan. Akan tetapi sejauh mana Al Quran itu mampu dijaga. Iya, pekerjaan itu tampak gah sekali di mata manusia. Tapi bagaimana pula dengan amanah al hafiz yang telah Tuhan pertanggungjawabkan? Al hafiz itu bukanlah sekadar nama yang harus dibanggakan, akan tetapi suatu hari nanti ia akan dipersoalkan. Sejauh mana kita menjaganya? Kita selalu kata, bukan mudah untuk menjaga aaptahlagi tidak berada di suasananya. Ini benar sekali. Saya akui kerna saya juga pernah berada di situasi itu. T...

How to Complete Reading the Quran in 21 Days.

“Ramadan is the (month) in which the Quran was sent down, as a guide to mankind and a clear guidance and judgment (so that mankind will distinguish from right and wrong) ”  (2:183) In honour and remembrance of that, some would devote time to complete reading and understanding the Quran during Ramadhan.  There are many other ways to complete reading the Quran during Ramadhan. Do what works for you. Below is my sharing on how to complete reading the Quran within 21 days. Other than Tarawih, reading the Quran during Ramadhan is good. There are  30 juz  with  6236 verses (ayat)   in the Quran. In  21 days , you need to read in average  300 verses , and allocate  4-5 hours  a day, should you want to complete the Quran. This is assuming it takes  1 min  to read a verse. Many can read a verse in less than 30 seconds. 1. How can you find 4-5 hours/day? Whether or not you are working, you can find time within these sl...

Nasihat buat Muslimat AKIFI

Bersama Ustazah Salamiah di Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang Ucapan Ustazah  Salamiah Mohd Nor II Kemenangan kerjasama PAS-BN memberi isyarat kpd parti pemerintah, bahawa kedudukan mereka tidak stabil. Selepas kemenangan prk cameron, kini di semenyih. Syarat kerjasama: 1. Meletakkan islam di tempat tertinggi. 2. Kita rela meninggalkan sahabat apabila langkah dibuat ingin meletakkan islam di bawah. Kita ada prinsip perjuangan. 1. Muslimat adalah ahli yg wala kpd pimpinan. Kita akan selamat apabila berpaksikan paksi islam, tak cukup dgn paksi bangsa melayu. 2. Demi kepentingan islam, kita sedia korbankan perasaan yang lepas selama 60 tahun untuk melihat islam kembali di tempatnya. Demi wala dan thiqah kpd pimpinan. 3. Parti yang didalamnya terletak tarbiyah didik masyarakat jadi baik, ini juga parti dakwah, juga siyasah (politik). 4. Letak matlamat perjuangan semata-mata kerana Allah, kemudian Allah akan beri kemenangan dunia dan akhirat. ...

Ustazah, ana hendak bertanya....

Bersama sebahagian anak2 murid Alhamdulillah. 6 bulan Allah izinkan menjadi ‘kakak’ mereka. Banyak yang diri ini belajar. I’m not the best one. Cuma ini sekadar menceritakan pengalaman menjadi pendidik. "Kenapa nak jadi guru? Kenapa nak jadi tenaga pengajar?" The only sentence yang diri ini respon sewaktu temuduga. “Saya hendak berkongsi sesuatu yang baik yang saya dapat sewaktu belajar di sekolah dahulu & saya akan membaikpulih sesuatu yang kurang baik yang lihat di sekolah dulu supaya mereka (anak didik saya mendapat yang terbaik - bukan sahaja akademik tapi dalam semua benda).” Seseorang selalu ingatkan saya, “Jika kita bersungguh2 didik anak orang lain, insyaAllah akan datang cikgu lain juga akan mendidik anak2 kita dengan baik dan bersungguh2.” Terima kasih kerana selalu support saya. For me Akademik, Agama dan Akhlak sangat penting dalam pembentukan seorang Individu Muslim. Nak lihat dunia akan datang lihatlah belianya. ...

Tak Kenal Maka Taaruf

Petang itu, selepas tamat waktu kelas Annur menuju ke Tasik didalam kawasan kampus kerana ada perjumpaan bersama mentor. Annur berasa sangat excited kerana apa yang dicari dan apa yang dinanti akhirnya Allah temukan juga. "Nama saya Annur Insyirah binti Zainol. Saya berasal dari Pulau Pinang. Saya mengambil jurusan  Degree Perakaunan Semester 4." "Saya Farah binti Ahmad dari Kelantan. Saya mengambil jurusan Degree Marketing Semester 4." "Alhamdulillah sempat kita berkenalan hari ini. Sekarang saya membawa seorang sahabat iaitu Kak Fatin. Kak Fatin akan menjadi mentor adik-adik di kampus ini.", kata Solehah. "Assalamualaikum wbt, Nama diberi oleh ibu dan ayah Nur Fatin binti Ruslan. Saya berasal dari Perak dan juga mengambil jurusan Degree Perakaunan Semester 6." Masing-masing bertukar cerita. Sesi perjumpaan petang itu lebih pada bersantai sahaja dengan tujuan untuk berkenalan. Kemudian masing-masing pulang ke rumah sebel...

Sesalju Nur di bumi tarbiyah Kedah

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan." ANNUR telah pun selamat mendaftar sebagai mahasiswi disebuah kampus sekitar Kedah. Annur selesai mendaftar sebagai non-resident (NR) kerana penempatan pelajar Ijazah Sarjana Muda diluar dari kawasan universiti. Annur yang dikenali sebagai seorang yang sangat aktif sejak dibangku sekolah lagi sentiasa mencari-cari peluang untuk menyertai persatuan-persatuan dikampus barunya itu. Namun begitu, sudah dipasakkan dalam dirinya untuk menyertai satu sahaja persatuan sepanjang pengajiannya diperingkat degree ini. Target utama mencari persatuan Islam. Fighting, Annur! 2 minggu berlalu, Annur masih belum menemui mana-mana persatuan Islam dikampusnya itu. Dia ke Pusat Islam untuk melihat sekiranya ada hebahan berkenaan persatuan Islam yang dicarinya itu...

Allah bantulah HambaMu ini

“Berdoalah kepada ALLAH dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan dan sesungguhnya ALLAH tidak mengabulkan doa daripada hati yang lalai dan berpaling.” (HR At - Tirmizi) AIRMATA Annur gugur lagi. ‘Ya ALLAH, maafkan aku. Aku menangis lagi kali ini. Berikan aku petunjuk-Mu, ya ALLAH. Aku akhirnya gagal membendung gelora jiwa. Terasa sakit hatiku datang semula. Sakit yang ku tahan-tahan selama ini. Lindungi hatiku daripada nodaan syaitan dan iblis, ya ALLAH...’ Annur sendkan SMS akhir itu kepada Amar. Moga itu menjadi SMS terakhirnya pada Amar. YA ALLAH... jika segalanya tiada. Jika dia bukan pemilik rusukku, usirlah pesonaku daripada pelupuk matanya. Lupuskan aku daripada relung hatinya. Janganlah dia merindui kehadiranku. Gantikan cinta yang berlabuh di hatinya dengan dambaan rindu cinta yang murni di hatinya hanyalah untuk-MU. Semaikan rindu cinta di hatinya hanya untuk syahid di jalan-MU. Kau bimbinglah dia ke jalan keredhaan-MU. Kerana aku tak mahu hat...

Sahabat

”Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya.” (Riwayat Abu Daud)

Dinie’s 1st Semester Journey

Doa Belajar

Pdf Doa Belajar Selamat beramal. InsyaAllah ❤️ Doakan saya last paper FAR720 (Ahad 13/1)

Al Fatihah. Ustaz Zawawi Hassan.

Al Fatihah. Hanya Allah yang berhak atas apapun dimuka bumi ini. Pergi seorang insan yang berjiwa besar. Yang sangat kuat dalam medan tarbiah dan pengkaderan. Semoga Allah tempatkan Ustaz ditempat yang terbaik disisinya. InsyaAllah. Semoga semua ahli keluarga Ustaz kuat menghadapi ujian Allah ini. Semuanya rahsia Allah. Mengenali ustaz sebelum beliau sakit, semasa sakit selalu juga follow up perkembangan di Facebook dari sahabat2 ustaz yang menziarah dan sehingga hari ini terkejut sekejap mendengan berita ini. Semuanya ada hikmah Allah kita tidak nampak namun itulah yang terbaik buatnya. Al Fatihah. Ustaz Zawawi Hassan. Mantan ADUN Semanggol, Perak.

Hari Jubah Dinie

29 Oktober 2018. Alhamdulillah dengan izin Allah, selesai pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, Kedah  🙂 Selamat tinggal Merbok, tanah tumpah air mata dan keringat. Lebih 3 tahun di sini, akhirnya Allah izinkan untuk pulang berdamping dan menggembirakan ibu ayah adik2, menawarkan bakti kepada masyarakat. Moga semakin bertambah ilmu, takwa dan amal. Doakan saya istiqamah, menjadi seorang yang menyumbang kepada bidang keilmuan dan berbakti kepada Islam. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, ya Rasul, ibu ayah dan keluarga tersayang kerana memaknakan hidup seorang Dinie. Terima kasih juga kepada pensyarah2 dan sahabat2 UiTM, lebah dan sahabat2 jemaah yang banyak membantu dan mendoakan yang  terbaik  untuk Dinie. Semoga Allah ganjarkan dengan kebaikan.  😇 # alhamdulillahtamat # istiadatkonvokesyenuitmke89 # sayamasihstudent # nakbuatkaranganpanjanglagitapiassignmentlagibanyaknakpiki...